Seharian di program Gempak Astro di Dataran Kluang,Johor pada 17 Oktober 2009 meletihkan tetapi saya berasa amat puas. Semua booth yang ada memulakan pelbagai program yang menarik seawal pukul 9.00 pagi lagi.
Gempak Astro telah bermula sejak pukul 9.00 pagi lagi dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan tarian poco-poco oleh kakitangan Majlis Daerah Kluang.
Pendaftaran untuk audition, Raja Lawak, gubahan bunga dan kain juga pertandingan fashion show juga mula dibuka oleh pihak sekeretariat.
Pada pukul 10.20 pagi pula, Dataran Kluang telah digegarkan dengan ramai artis dan selebriti Astro. Mereka beramai-ramai turun untuk meng”gempak”kan Kluang dalam acara sukaneka. Sungguh meriah dan penuh dengan gelak ketawa penonton melihat telatah peserta dan juga artis.
Zahid sedang menunjukkan skillnya menimbang bola.
Lain-lain artis-artis AF yang turun ke GA Kluang ialah Alam, Farhan, Hazama, Farah, Toi, Yazeer,Idayu,Afiq, Noni, Akma, Nubhan, Akma, Fitri,Edlin,Farish,Nadia ,Tam, Nora , dan Candy. Penampilan istimewa di Gempak Astro kali ini ialah artis Anuar Zain, Dato’ Khatijah Ibrahim dan Ning Baizura.
Artis AF dan selebriti yang selama ini warga Kluang dan kawasan berhampiran hanya melihat melalui kaca TV dan media berpeluang berjumpa secara live kali ini. Peminat tidak melepaskan peluang mengerumuni artis dan selebriti pujaan mereka untuk bersalam,bergambar serta mendapatkan tandatangan di autograf dan baju sebagai kenang-kenangan.
Audition Raja Lawak diadakan di Mobile Truck pada pukul 12 tengahari manakala pada pukul 2 petang showcase“Kau dan Aku” diadakan selama lebih kurang 45 minit. Penampilan Mila, Aril dan Akim berjaya menarik perhatian ramai pengunjung di situ. Mereka turut menyanyikan beberapa buah lagu dari drama muzikal mereka yang akan disiarkan di Astro Ria pada hujung bulan ini.
Rupa-rupanya ramai orang Kluang yang berbakat dalam bidang nyanyian. Dalam pertandingan karaoke retro yang diadakan dapat memberikan mereka membuat menyerlahkan bakat yang ada.
Di sebelah petang pula, lebih kurang pukul 5pm, fashion show retro yang berkonsepkan pakaian beragam pula diadakan dan fashion show retro ini amat menghiburkan. Ini antara kelainan GA Kluang dari program-program sebelum ini. Pelbagai gaya peserta berfesyen menyebabkan penonton pecah perut.
Istimewa pada GA ini , pelanggan yang baru mendaftar atau upgrade langganan Astro mereka bertuah kerana dapat mendapat cenderahati dari Astro .
Konsert Retro @ Gempak Astro yang diadakan di pentas utama memang ditunggukan oleh saya dan warga Kluang yang dahagakan hiburan.
Persembahan istimewa dari artis-artis AF, Anuar Zain, Dato’ Khatijah Ibrahim dan Ning Baizura amat menghiburkan dan menghilang penat di siang hari dengan lagu-lagu retro yang mengembalikan kenangan lampau.
Saya begitu teruja melihat penyanyi pujaan saya Khatijah Ibrahim yang mempersembahkan lagu-lagu retro dan sama-sama menyanyi lagu-lagunya yang evergreen seperti lagu ‘Doa Buat Kekasih’, ‘Ku Sangka Siang Kiranya Malam’ dan ‘Ku Pendam Sebuah Duka’. Walau pun sudah lama tidak beraksi, Dato’ Khaty mampu menunjukkan suara dia masih power lagi!
Jangan lupa melayari http://www.astro.com.my/gempak09 untuk menantikan GDA atau GSA di tempat anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)











. Tq

zal
October 27, 2009 10:55 PM
Sila baca tentang Skim Cepat Kaya di sini :
http://www.perniagaaninternet.ws/r/adminz/cepatkaya.html