Sejadah mengambil air sembahyang |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }

due 18 Nov

due 21 Nov


Kejadian sejadah berdiri dengan sendirinya telah mengemparkan seluruh negara. Sejadah itu berdiri seolah-olah sedang menunaikan solat. Ada siap dengan berjemaah sekali. Beberapa insiden ini telah dilaporkan berlaku dibeberapa buah negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Berita terbaru kali ini berlaku di Melaka dikatakan sejadah bukan sahaja pandai berdiri malah dah pandai mengambil air sembahyang pulak (gambar). Insiden berlaku ketika waktu asar di sebuah surau apabila seorang kanak2 yang bermain berhampiran surau hendak membasuh kakinya terkejut melihat sehelai sejadah seperti sedang mengambil wudhu.

Selepas terlihat sejadah itu, kanak2 tersebut terus berlari ke rumah dan menerangkan kejadian yang dilihatnya kepada ibunya. Apa lagi si Ibu pun lantas membuat kecoh dan mengajak beberapa jiran2nya terus ke surau tersebut untuk menyaksikan sejadah mengambil air sembahyang pula kali ini.

Alangkah terkejutnya mereka dan seperti tidak percaya apa yang lihatnya memang benar2 berlaku sejadah tersebut berada dalam salah satu kolah kecil di surau tersebut seolah-olah seperti sedang mengambil air sembahyang.

Setelah suasana menjadi riuh rendah, tiba-tiba muncul bilal keluar dari dalam tandas surau dalam keadaan terpinga2 dan menanyakan kepada mereka apa yang sedang berlaku. Setelah mendengar penjelasan dari ibu kanak2 tadi, bilal tersebut lantas menerangkan hal sebenarnya seraya tersenyum menyatakan bahawa beliau yang meletakan sejadah tersebut disitu kerana hendak membasuhnya setelah terkena taik cicak.

KUANG KUANG KUANG....................

Related Posts by Categories



3 comments

  1. ashlee  

    November 4, 2009 at 8:43 AM

    hahaha.. xle blah.. lepas ni ape plak? sejadah otomatik lipat sendiri? xpun kibas org suruh solat?

  2. Mohd Asnawi  

    November 4, 2009 at 10:31 AM

    hahahahaha, I LOLed hardly!!!!
    Thank you good sir, you've made my day!
    kes sjadah berdiri ni makin menjadi2, kat tmpat mmber aku keje, kwn opis die yg buat dajal dirikan sejadah, pastu panggil org, seb bek tak panggil paper, hahaha

  3. ♥Ms Yuki♥  

    November 4, 2009 at 2:50 PM

    hahahahahaha

    funny

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates