Isu Hangat: PERINGATAN PELABUR INTERNET |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Kuala Lumpur, 31 Mei 2007

SC sekat akses ke laman web skim pleaburan tidak sah, pelabur digesa tutup akaun serta merta

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memulakan operasi menyekat akses kepada laman-laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah kepada orang ramai di Malaysia. Operasi ini akan bermula pada 11 Jun 2007.

Semua pelabur sedia ada skim melalui Internet tersebut adalah digesa agar mengeluarkan pelaburan mereka dan menutup akaun mereka serta merta. Pelabur tidak akan boleh memasuki akaun mereka apabila akses ke laman web berkenaan disekat.

SC bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurities Malaysia untuk menjejak, mengenal pasti dan menyekat akses kepada laman-laman web tempatan dan asing yang mempromosikan skim penipuan pelaburan.

Langkah terkini oleh SC ini adalah rentetan daripada siri amaran berulang dan peringatan kepada pelabur mengenai skim pelaburan tidak sah. SC telah mewujudkan satu pasukan petugas dalaman dan telah memulakan kempen kesedaran pelabur yang menyeluruh mengenai skim penipuan pelaburan internet. Walaupun amaran berulang telah diberikan, masih terdapat mereka yang terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini. Antara bulan April dan Mei 2007, SC telah menerima kira-kira 720 pertanyaan dan aduan berkaitan dengan skim pelaburan internet tidak sah yang mana sesetengah orang ramai melaporkan bahawa mereka telah kehilangan sejumlah wang yang banyak.

Skim pelaburan tidak sah yang dipromosikan di Internet adalah tidak dilesenkan oleh SC untuk memberikan nasihat pelaburan yang berkaitan dengan aktiviti sekuriti atau niaga hadapan atau menjalankan aktiviti pengurusan dana di Malaysia. Orang ramai adalah diingatkan bahawa mereka hendaklah hanya melabur dengan pihak yang dilesenkan oleh SC agar mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti.

Senarai syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC untuk terbabit dalam aktiviti pelaburan boleh didapati di www.sc.com.my . Laman web SC juga menyediakan senarai yang dikemas kini secara berkala syarikat dan laman web yang diketahui yang tidak diberi kuasa atau tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan. Pelabur adalah dinasihatkan agar menyemak senarai tersebut sebelum melabur dengan mana-mana pihak.

SURUHANJAYA SEKURITI

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates