ASTRO Untung RM31.9 Juta |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





ASTRO RM31.9j, Tapi Yuran Langgan Tetap Naik RM 15
Posted on Thursday, June 28 @ 13:31:04 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh pemudawilayah

"
\\ASTRO All Asia Networks Plc mencatat keuntungan bersih RM31.9 juta bagi suku kewangan pertama berakhir 30 April 2007.



Keuntungan ini diperolehi sebelum kadar yuran langganan dinaikkan kepada RM 15 pada bulan lepas. Dengan pengumuman yang dibuat oleh ASTRO ini, seluruh pelanggan Astro dinegara ini terasa seperti dibuli oleh syarikat pengedali TV Satelit ini.


ASTRO masih mampu mengaut keuntungan yang besar sekalipun kadar yuran langganan tidak dinaikkan sebenarnya.


Tindakan ASTRO yang menaikkan kadar yuran langgan mulai bulan lepas adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak diteliti dengan baik.


Dalam keadaan ekonomi rakyat yang kurang stabil akhir-akhir ini, ASTRO mengambil tindakan yang agak melampau terhadap pelanggan-pelanggannya dan memaksa mereka membayar lebih bagi mendapatkan perkhidmatan mereka.

Etika perniagaan yang buruk ini berkemungkinan akan menyebabkan kapitalis ASTRO yang menguasai siaran TV satelit dinegara ini mendapat untung yang lebih pada suku tahun yang kedua dan seterusnya selepas ini.


Pemiliknya, Ananda Krishnan pasti akan tersenyum lebar kerana berjaya mempergunakan Kerajaan untuk menindas pelangan-pelanggannya.


Sebenarnya, isu menaikkan harga ini telah menjadi Trend yang gagal dikawal oleh Kerajaan pada masa kini dan iannya digunakan oleh kapitalis untuk memperoleh untung lebih dengan cepat.


Mereka mengunakan helah seperti teori kenaikan harga barang lainnya serta kos bagi caj perkhidmatan yang kononnya membebankan mereka, yang sekaligus didakwa sebagai 'memaksa' mereka untuk turut serta dalam aliran kenaikkan ini bagi mengelakkan kerugian.


Hakikat ini hanyalah satu lagi penipuan yang seharusnya disiasat memandangkan kebanyakan Kapitalis ini tidak membuat congakan yang betul terhadap jangkauan pasaran masa depan dan hanya mengambil faktor semasa bagi mengambil keputusan untuk menaikkan harga barang.


Memandangkan ASTRO memonopoli sektor TV Satelit ini maka mereka mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan kenaikkan harga yuran langganan tanpa perlu merujuk mana-mana pesaing. Ini juga akan menyebabkan kerugian yang amat tinggi dipihak rakyat kerana terpaksa menjadi mangsa tanpa kerelaan.


Pihak Kerajaan pula langsung tidak menyebelahi rakyat malah memberi kata dua pada rakyat sama ada ingin bayar atau jangan gunakan perkhidmatan ASTRO.

Keuntungan besar syarikat-syarikat swasta yang dijana melalui pakej kenaikkan harga barang ini dijangka akan memberikan pulangan yang agak tinggi pada Kerajaan melalui pelangsaian cukai-cukai langsung dan tidak langsung.


Tapi, adakah perkara itu wajar sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat. Walaupun Kerajaan mengumumkan kenaikkan gaji tetapi itu hanya dinikmati oleh 1 juta rakyat Malaysia yang bekerja dengan Kerajaan.


Sebab itu MTUC bangkit berjuang agar nasib lagi 26 juta rakyat dapat dibela.


Walau apa pun. ASTRO diminta untuk memikirkan semula kenaikkan harga perkhidmatannya dan menurunkannya pada kadar yang lebih rendah bagi menarik lebih ramai pelanggan -Herman Samsudeen

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates