Guru, pelajar dicekup khalwat |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

MUAR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah yang boleh digambarkan apabila seorang guru Pendidikan Jasmani sebuah sekolah menengah di sini, ditangkap berdua-duaan bersama seorang pelajar perempuan sekolahnya, dalam bilik di sebuah rumah di Tangkak, pagi kelmarin.

Pasangan terbabit dicekup penduduk kampung kira-kira jam 9.30 pagi, dipercayai ketika mereka sedang lena tidur di dalam bilik berkenaan.

Lebih mengejutkan, difahamkan guru lelaki berusia 39 tahun itu baru seminggu bercerai dengan isteri pertama yang tinggal di sebuah Felda di daerah ini, manakala isteri keduanya yang dinikahi di sebuah negara jiran tinggal di Masai.

Malah, perkahwinan dengan isteri kedua di negara jiran masih belum didaftarkan di negara ini.

Guru berkenaan mempunyai tiga anak, dua daripadanya hasil perkahwinan dengan isteri pertama manakala seorang lagi dengan isteri keduanya.

Sumber berkata, guru itu mengajar pada sesi petang manakala pelajar perempuan berkenaan belajar pada sesi pagi dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini.

Katanya, pelajar berkenaan ponteng sekolah ketika ditahan bersama guru terbabit yang pernah mengajarnya pada tahun lalu.

Menurutnya, ketika ditahan guru dan pelajar yang bukan muhrim itu dipercayai sedang lena tidur di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Perbuatan mereka hanya disedari apabila seorang lagi lelaki yang tinggal bersama guru berkenaan balik dari bertugas malam dan ternampak sepasang kasut perempuan di luar rumah," katanya.

Menurutnya, apabila pemeriksaan lanjut dijalankan, mereka sedang lena tidur di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum lelaki itu menasihatkan pasangan terbabit supaya keluar dari rumah.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan dipercayai berdegil dan menyambung semula tidur sebelum sekumpulan penduduk kampung datang untuk menahan mereka.

Difahamkan, pelajar berkenaan dibebaskan selepas bapanya membayar jaminan bernilai RM2,500 sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 17 Julai depan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor, Yosree Ikhsan ketika dihubungi semalam, mengesahkan kes berkenaan.

Katanya, adalah memalukan seorang pendidik mengambil kesempatan dengan membawa pelajar balik ke rumah untuk bermalam sehingga ditahan berdua-duaan di dalam sebuah bilik yang boleh menimbulkan curiga.

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates