WWE di Iraq |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }

WWE di Iraq



Posted on Sunday, June 24 @ 14:19:24 MYT by SongkokPutih
Komentar Oleh drfikrah

 Perasan atau tidak perasan, satu kejutan besar bagi mereka yang belum menyedari keberlangsungan peristiwa ini. Apabila sebut tentang wrestling, semua orang tahu, terutamanya peringkat awal remaja dan lebih membahayakan lagi kanak-kanak bawah umur. Secara umumnya, wrestling terbahagi kepada banyak cabang, antaranya World Wrestling Federation (WWF), World Wrestling Entertainment (WWE), World Champion Wrestling (WCW) dan sebagainya.


Walaupun artikel ringkas ini akan memuatkan satu isu yang agak kurang disedari oleh kebanyakan manusia, namun tidak dinafikan bahawa di sana mungkin ada yang sudah mengetahuinya. Walaubagaimanapun ia belum disedari oleh kebanyakan orang yang sedang sibuk dengan pelbagai isu hari ini.


Krismas tahun lepas (2006) menyaksikan adengan jijik oleh Tentera Amerika yang sedang melakukan pemupusan terhadap rakyat Iraq , di mana mereka telah menyambut perayaan tersebut dengan menjemput WWE untuk membuat pertunjukan di Iraq . Di tengah-tengah kemelut pembunuhan rakyat Iraq , mereka mampu untuk berhibur dan bersuka ria dengan idola-idola mereka.




Hari ini, kita melihat gusti (wrestling) sebagai alah satu aktiviti sukan ataupun pergaduhan ganas, namun remaja dan anak-anak kita sangat menggilai rancangan ini sehinggakan sanggup berkorban waktu tidur untuk menyaksikannya di kaca-kaca TV. Mungkin di sana , terdapat segelintir ibu bapa yang cubna menghalang anak-anak mereka daripada berbuat demikian, tetapi saya pasti masih ada lagi yang membiarkannya, apatah lagi bersama-sama anak-anak untuk menyaksikannya ketika lewat malam.


Lihatlah hari ini, berlaku beberapa kes di seluruh dunia yang terjadi kerana terpengaruh dengan aksi-aksi yang tidak sepatutnya ditonjol di dalam rancangan tersebut. Tak perlulah saya hurai tentang keburukan rancangan ini dan ia sepatutnya sudah lama dilupuskan daripada dunia.


WWE di Iraq


Sepertimana yang telah saya sebutkan tadi, Akademi Tentera Amerika yang sedang “bermastautin” di bumi Iraq sambil merobohkan kediaman, memukul dan menyiat kulit-kulit saudara kita, telah mengadakan satu rancangan WWE di Iraq. Peristiwa ini seolah-olah menunjukkan keangkuhan mereka menjajah bumi Iraq . Bukankah WWE yang menjadi rancangan kesukaan remaja, menjadi sebuah senjata MEMPERBODOHKAN Iraq ?


\

Tentera Amerika yang sudah awal-awal lagi menyambut ketibaan mereka cuba menggambarkan bahawa, “inilah bumi Iraq yang sedang kami tawan!!”. Tiada seorang pun dari penggemar-penggemar rancangan ini yang bangkit membantah kelakuan biadap mereka. Sudahlah menjajah Negara Islam, dibangga-bangga lagi dengan rancangan dan hiburan yang dijalankan ketika Perayaan Krismas.


\


Adakah umat Islam yang melihatnya hanya tahu menyokong idola-idola kafir mereka, tanpa sekelumit rasa benci? Lihatlah wrestling yang cuba memburuk-burukkan Iraq di mata dunia menjadi kegemaran umat Islam sendiri. Masalah ini belum dikaitkan lagi dengan kesan-kesannya terhadap minda generasi-generasi Muslimin akan datang.


Adakah kita mengharapkan generasi-generasi kita menjadi penyokong dan pendukung Amerika secara tidak sedar? Adakah kita mengharap anak-anak kita ter“bodoh” dengan suntika-suntikan mereka? Lihatlah sendiri rancangan-rancangan yang dimuatkan di kaca-kaca televisyen. Bukan sahaja wrestling, malah banyak lagi rancangan yang memaparkan kebencian mereka terhadap Islam.


Adakah umat Islam hanya berdiam diri dengan rancangan-rancangan jahat mereka? Bertambah malang lagi, hari ini rancangan-rancangan televisyen yang dahulunya dijadikan alat oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam, hari ini ia diisi dan dikendalikan sendiri oleh mereka yang menggelarkan diri mereka “Islam”, walhal merekalah boneka-boneka Yahudi.


\


Realiti TV

Tidakkah kita lihat pada rancangan Realiti TV yang “mengorbankan” Islam di mata dunia Islam sendiri. Siapakah penganjur, penerbit dan pengendali rancangan tersebut kalau bukan orang yang mengatakan bahawa mereka adalah “Islam”. Kita sepatutnya sudah awal-awal lagi menolak dan membuat bantahan terhadap tayangan rancangan-rancangan seperti ini.


Malangnya, masyarakat Islam, terutamanya di Malaysia terus tenggelam di dalam keseronokan masing-masing. WWE yang diadakan di Iraq , sempena Krismas, tiada lagi kedengaran suara-suara yang membantahnya. Apakah sebabnya? Lihatlah sendiri, inilah kesan-kesannya yang sudah lama dinanti-nantikan oleh mereka. Mereka sudah lama mengharap penghinaan Islam oleh orang “Islam” sendiri secara terbuka di dalam televisyen sepertimana yang dilakukan oleh Rosnah Mat Aris.


Penjuru Dunia Islam

Tidakkah kita melihat, di dalam keseronokan mereka meraikan krismas di bumi Iraq , mereka masih mampu untuk melakukan penyeksaan demi penyeksaan terhadap tahanan-tahanan Iraq di penjara Abu Gharib. Tetapi , setelah maklumat tersebut didedahkan kepada umum, berapa “kerat”kah orang Islam yang bangkit?

\

Sekiranya anda hanya melihat dengan “sebelah mata” peristiwa WWE yang diadakan di bumi Iraq di tengah kemelut peperangan, TIDAK MUSTAHIL SATU HARI NANTI MEREKA BANGGA DENGAN MEMBUAT PESTA SEKS BESAR-BESARAN DI MASJIDIL AQSA!!! Adakah anda hanya membisu dengan WWE tersebut? Adakah hanya menunggu “perangai” mereka selanjutnya yang tidak henti-henti menjatuhkan Islam!!!


Source

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates