49(1)(a) AKTA HASUTAN 1948 (ISU PERKAUMAN) |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Jaga keharmonian -- Pihak cetus ketegangan kaum dikenakan tindakan tegas – PM

Oleh HATA WAHARI dan SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum.

Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan, apa yang dilakukan oleh pihak terbabit boleh memporak-perandakan rakyat dan negara ini.

Menurut Abdullah, negara boleh rosak sekiranya wujud golongan yang sengaja mengeluarkan kenyataan melampau tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat pelbagai kaum.

''Orang seperti ini langsung tidak fikir pasal kebaikan, perpaduan dan sensitiviti orang lain.

''Saya sebenarnya tidak kisah mereka memberi pandangan tetapi jangan sampai ia boleh memporak-perandakan rakyat dan negara,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO di sini.

Beliau menambah: ''Jika apa yang mereka katakan itu melampau dan boleh mencetuskan ketegangan kaum, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka.''

Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai kecenderungan sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan sensitif yang dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan kaum jika tidak dibendung.

Ketika diminta mengulas lanjut isu itu, Perdana Menteri memberitahu, golongan tersebut memang wujud dan akan cuba melakukan apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai.

''Mereka ini jenis manusia yang tiada kerja lain. Mereka hanya tahu bohong, bohong dan terus berbohong,'' katanya.

Perdana Menteri berkata, kumpulan itu juga sering menyebarkan fitnah yang sebenarnya boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

''Dalam Islam, fitnah ini merupakan dosa paling besar dan Allah akan melaknat mereka yang sengaja menyebarkan fitnah.

''Namun begitu, mereka ini bukan manusia yang faham mengenai kesan buruk akibat fitnah. Mereka tetap mahu melakukan kerja-kerja itu,'' jelasnya.

Sambil memberikan contoh khabar angin kononnya berlaku rusuhan kaum di Johor, beliau berkata, ia merupakan maklumat yang langsung tidak boleh dipercayai.

''Mengarut... mengarut. Ini merupakan satu lagi cubaan orang yang sengaja mahu menimbulkan satu isu yang boleh membuatkan rakyat rasa marah.

''Mereka pada asalnya tidak berjaya mempengaruhi rakyat, dan kerana itu mereka sengaja mengada-adakan terdapat ketegangan kaum di Johor. Ini semua satu bentuk pembohongan,'' ujarnya.

Menurut Abdullah, Malaysia dibentuk melalui satu nilai persefahaman yang jitu antara kaum sejak lima dekad lalu dan hubungan baik itu harus dipelihara sampai bila-bila.

''Sepanjang 50 tahun merdeka, kita telah menempuh hidup dengan rasa harmoni dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Perasaan ini perlu terus dipupuk dan dipelihara sepenuhnya,'' jelas beliau.


So sendrik mau ingat beb..

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates