Bantuan diperlukan..kanak-kanak hilang |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Assalamualaikum Saudara/saudara ku semua..

Tolong forwardkan email nie kepada kenalan anda , semoga dengan sedikit bantuan dari kita semua dapat membantu keluarga kanak-kanak nie dalam pencarian seterusnya hingga dipertemukan

Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun

(Kuala Lumpur ) Isnin lalu, seorang pelajar tahun dua yang menghidap sakit buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya seorang diri.

Kehilangan anak kedua daripada empat beradik itu membimbangkan ibu bapanya, lebih-lebih lagi kanak-kanak tersebut perlu memakan ubat setiap hari.

Ibu kepada empat orang anak perempuan ini berkata, anak sulungnya, Nurin Jazshira, 9, demam sejak kehilangan Nurin Jazlin dipercayai akibat rindukan adiknya kerana mereka amat rapat.

Sekiranya saudara-saudara semua yang mempunyai maklumat mengenai Nurin Jazlin diminta menghubungi telefon bimbit Norazian dan suaminya Jazimin di talian 019-3667067 atau 013- 2486651 dan Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO di talian 019-3255886 atau 03- 40441199 atau pun Balai Polis terdekat.

Salam hormat



Buat Ringtone Anda Sendiri

Related Posts by Categories



1 comments

  1. Unknown  

    September 20, 2007 at 2:43 PM

    Assalamualaikum..Biarlah saya kenalkan diri saya sebagai Intan. Terus terang saya katakan, saya sedih dengan berita kehilangan Nurin dan kematian kanak-kanak perempuan yang dibunuh dengan kejam. Saya tak tahu samada pembunuh itu mempunyai hati dan perasaan. Cubalah dia bayangkan, jika anak perempuan dia sendiri diperlakukan sedemikian? Tidak mustahil jika anak sendiri dikerjakan. Dimana sifat kemanusiaan dia sebagai seorang lelaki dan juga ayah? Apalah salah anak kecil itu sehinggakan dia sanggup melakukan jenayah seksual? Jika pembunuh itu berada di hadapan saya, akan saya lepaskan anjing-anjing untuk makan sahaja kemaluan penjenyah itu. Silap-silap, anjing tersebut tidak berselera untuk makan.
    Saya memohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan jangan hentikan pencarian ini selagi perjuangan itu belum selesai. Jika saya bertemu dengan penjenayah tersebut, pastinya saya akan membantu pihak berkuasa mengesan penjenayah tersebut dan andainya Nurin masih hidup dan saya terjumpa, akan saya serahkan kepada keluarganya semula. Saya ingin membantu secara ikhlas. Insya-Allah....

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates