Radio berita pertama negara |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



KUALA LUMPUR: Radio24, radio berita pertama negara, yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memulakan siaran ujian di frekuensi 93.9Mhz tepat tengah hari ini.

Pengurus Operasi Radio24, Openg Onn Net berkata, ujian itu merupakan pengenalan kepada pendengar sebelum pelancaran rasmi stesen radio terbaru oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin pada 3 Sept ini.

"Selain melakukan ujian transmisi dan promo siaran, buat masa ini kami turut menyelitkan ucapan menteri dan pengurusan Bernama sempena pelancaran Radio24, yang diselang-seli dengan lagu-lagu patriotik," katanya.

Openg berkata sebagai radio berita pertama yang beroperasi 24 jam sehari, Radio24 memuatkan informasi terkini menerusi laporan berita interaktif secara langsung dari tempat kejadian.

"Matlamat Radio24 ialah untuk menyebarkan berita dengan tepat dan berwibawa menerusi buletin berita setiap jam, berita-berita utama serta isu semasa dalam rancangan bual bicara, selain menjadi platform memberi kesegeraan kepada 'breaking news'," katanya.

Openg berkata Radio24 turut memuatkan laporan lalu lintas secara langsung oleh wartawan penyiaran di lokasi serta maklumat dan perkembangan terkini pasaran saham.

Katanya walaupun frekuensi Radio24 buat masa ini hanya tertumpu di Lembah Klang, beritanya meliputi seluruh negara hingga ke peringkat antarabangsa dengan sokongan jabatan pengarang dan biro Bernama sedia ada.

Sementara itu dalam amanat sempena ujian siaran, pengurus besar Bernama Datuk Azman Ujang berharap selain memaparkan kelainan dalam gaya penyampaian berita, Radio24 akan mempunyai pengikutnya sendiri.

Beliau juga mahu Radio24 membantu khalayak pendengar mendapatkan berita dengan lebih cepat.

"Bagaimanapun, kita faham projek sebegini memerlukan masa untuk berjaya, tetapi saya percaya Radio24 akan mencapai kejayaan," katanya. Bernama


Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates