MIMPI SEORANG GADIS |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





Panduan Yahoo Search Marketing


Untuk Renungan Bersama..... .

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30
pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesak ita n yang amat sangat. Lalu Rasulullah
menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesak ita n
dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun mencer ita kan hal yang berlaku padanya :-
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi
aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
kesak ita n ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, cer ita kanlah mimpimu itu wahai
anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku
bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan.
Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api
neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip
mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di
tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan
kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa
sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan
ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku member ita hu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil.
Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil
pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka
dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga
dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan
kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu
ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua
penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air
kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku
lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku
melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercer ita sambil airmatanya tidak
henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika
sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah...
.Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN
AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.....
......SEBARKANLA .......

WASSALAM!!!. .......

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates