Amy Search dapat rumah 2.5 juta, bina yayasan dan madrasah |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }







Alhamdulillah setelah balik dari umrah, Amy Search berubah dengan agak drastik. Beliau kini lebih cenderung kepada usaha-usaha kebajikan dan membantu orang yang memerlukan. Rezeki beliau juga semakin bertambah kerana Amy Search baru mendapat hadiah sebuah rumah bernilai RM2.5 juta di kawasan perumahan elit sempena harijadi beliau yang ke 50.

Walaubagaimana pun, Amy enggan memberitahu siapakah gerangannya yang menghadiahkan rumah mewah itu kepadanya

Amy Search juga akan melancarkan sebuah yayasan , bernama Yayasan Isabella yang diusahakan Amy membantu golongan miskin.

Selain itu, Amy Search juga mempunyai impian yang mulia iaitu ingin membina sebuah Madarasah yang di beri nama Madrasah Hajah Fatimah Abdul Rahman (nama yang dipilih sempena nama ibu dan bapanya) di Pekan Nanas, Johor. Ia dicadangkan dibangunkan pada tahun depan.

Madrasah itu katanya, diharap dapat menampung pengajian 60 anak yatim - 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan. Projek itu dikatakan menelan belanja sekitar RM3 juta.

"Selama 25 tahun bergelar anak seni, saya berasakan saya belum benar-benar memberikan sesuatu kembali kepada masyarakat. Jadi, madrasah inilah pemberian yang boleh dikatakan hadiah sebenar saya buat mereka," katanya mengenai projek amal di atas tanah seluar empat ekar itu.


*Gambar dari HMetro


Amy, Gua Caya Sama Lu...!!! (bahasa rock kapak)



Technorati Tags:
, , , , , , , , , , , ,

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates