Sejarah Anwar,PKR di Permatang Pauh |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





Anwar mula mewakili Permatang Pauh pada tahun 1982 menewaskan calon PAS, Zabidi Ali (14,352 majoriti),
1986 menewaskan Mohamad Sabu (10,479 majoriti),
1990 mengalahkan Mahfuz Omar (16,150) dan
1995 menewaskan calon DAP, Abdul Rahman Manap dengan 23,515 majoriti.

Pada tahun 1999, Wan Azizah menang dengan majoriti 9077 menewaskan bekas Setiausaha Politik Anwar, Dato' Dr Ibrahim Saad, dikatakan kerana undi simpati terhadap Anwar.

Pada 2004 kerusi Permatang Pauh dikekalkan dengan majoriti yang kecil (590 undi) dengan menewaskan bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Pirdaus Ismail.

2008 menyaksikan Wan Azizah mengekalkan kerusinya dengan majoriti lebih besar iaitu 13,388.

sumber : harakahdaily.net



Kemasukan Penyokong Barisan Nasional ke dalam PKR

Pagi tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Klang Executive Club bagi menjayakan Program Kemasukan 2097 penyokong Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ( bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ) ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Beliau mengingatkan penyokong PKR agar sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi perancangan licik serta muslihat kotor dari aparatus Barisan Nasional. Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa kita penyokong Keadilan jangan mengambil ringan bahaya serta muslihat rasuah yang akan digunakan. Pengalaman di pilihanraya kecil Ijok harus sentiasa dijadikan iktibar.

Amaran juga ditujukan kepada UMNO agar berhati-hati dengan metod berkempen mereka kerana perhatian dunia serta tempatan sekarang tertumpu kepada pilihanraya kecil yang bakal diadakan ini.

Sumber: Anwar Blog

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates