Minyak turun 10 sen |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





Minyak naik macam ribut turun macam siput

Harga Petrol, Diesel Turun 10 Sen Esok


PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) -- Harga petrol dan diesel akan turun 10 sen mulai esok, masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Beliau berkata dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON92 pula akan menjadi RM2.30 seliter berbanding RM2.40 seliter sebelumnya.

Abdullah menyatakan perkara tersebut dalam kenyataan medianya yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad di sini.

Abdullah berkata pelarasan harga baru itu ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol di pasaran dari 1 Sept hingga 22 Sept lalu.

Katanya, walaupun harga minyak dunia menunjukkan sedikit penurunan, namun nilai ringgit berbanding dollar Amerika juga menyusut menyebabkan pengurangan sebanyak 10 sen itu merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan kerajaan.



Ini bermakna dah tiada penurunan harga minyak dalam masa terdekat ini. Adakah kadar inflasi akan turun dengan penurunan harga seposen ni? Harga barang akan turun..?
Kita tengok.... lihatlah dan fikirlah sendiri.





Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates