Naib Presiden Gerakan meninggal dunia |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





TIGA Naib Presiden Gerakan yang baru (dari kiri), Datuk Mah Siew Keong, Datuk Dr S. Vijayaratnam dan Huan Cheng Guan selepas diumumkan menang pada pemilihan jawatan tersebut di Kuala Lumpur pada 11 Oktober lalu. Pada pemilihan kali ini, Mah memperoleh 1, 153 undi, Vijayaratnam (678 undi) dan Huan (568 undi). --
fotoBERNAMA
SEREMBAN: Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. S. Vijayaratnam, yang berjaya mempertahankan kedudukan pada pemilihan parti bulan lalu, ditemui meninggal dunia di hadapan kliniknya di bangunan Vijaya Mahal, Jalan Tunku Hassan di sini tengah hari tadi.

Beliau dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan milikinya itu.

mStar Online ketika menghubungi Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin mengesahkan beliau meninggal dunia kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata, Vijayaratnam datang ke kliniknya seperti biasa dan mengambil kunci untuk naik ke tingkat atas bangunan.

"Kata pembantu klinik itu, majikannya memberi alasan ada orang hendak menyewa tingkat teratas di bangunan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Sejurus kemudian, mayat Vijayaratnam ditemui dengan kesan kecederaan parah di kepala dan seluruh badan, katanya.

"Setakat ini siasatan awal menolak penglibatan pihak ketiga atau ada unsur bunuh diri. Kita letakkan kes itu di bawah 'sudden death' (kematian mengejut)," katanya.

Beliau berkata terdapat orang yang melihat kejadian itu dan polis akan mendapatkan keterangan daripadanya.

Sumber: mstar online

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates