Internet TM ke Eropah down.. |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Patut le website Eropah, US - slow browsing termasuk ler site Ebook store saya..

Perkhidmatan Internet TM Terganggu Akibat Kerosakan Sirkit Sistem Kabel Dasar Laut

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah.

TM berkata kerja-kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast Asia Middle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka beroperasi seperti sediakala pada 31 Dis ini.

Berikutan dengan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan internet TM akan alami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Eropah, katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa laluan internet telah dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, katanya.

TM berkata berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara dijangka akan mengalami gangguan, sementara trafik ke negara lain adalah seperti sediakala.

Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih "perkhidmatan internet" atau di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai masalah perkhidmatan internet mereka, katanya.

-- BERNAMA

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates