Kisah musim Haji |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Labaikallah humma labaika
Labaikallah humma labaika
Labaikallah syarika laka labaika
Innalhamda wani’mata la
ka Wamulkalla, syarikala

Sekarang ni musim haji dan tak lama lagi Hari Raya Korban iaitu pada hari Isnin hadapan. Tahun ini ada 6-7 orang rakan yang menyahut seruan di Mekah dan nenek orang rumah yang baru pergi Sabtu lepas di KLIA.

Saya belum lagi ke Mekah dan memang bercita-cita hendak ke sana tetapi teringat kata Ustazah dahulu jika hendak menunaikan haji pastikan segala tanggungjawab di sini diselesaikan dahulu. Anak kecil lagi dan tak ada siapa nak jaga. Alasan ke tu? Namun kata orang jika ada niat, Insyallah. Kata orang jika nak pergi Haji,bagus pergi semasa usia muda kerana di sana kita memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Menurut dari pengalaman kawan-kawan, perkara pertama yang mesti dilakukan ialah menabung dahulu. Hmm.. sebulan potong gaji Tabung Haji RM20 bila nak cukup? Kedua ialah mendaftar di Tabung Haji. Bukan semestinya daftar terus dapat pergi Haji. Abang saya mendaftar tahun lepas , mengikut jadualnya pergi pada 2018. Tapi kalau duit simpanan dah cukup tak mustahil jika dapat pergi cepat.

Harga menunaikan Haji yang terkini lebih kurang RM9000 jika mengikut Muassasah dan RM18,000 jika ikut pakej. Kepada rakan-rakan dan saudara mara yang menunaikan haji pada tahun ini (walaupun tak baca blog isuhangat ni sekarang ni) semoga mendapat Haji yang Mabrur.

Saya menulis mengenai Haji ini kerana mendapat email gambar orang-orang yang sedang menunaikan Fardu Haji . Tak pasti adakah gambar ini adalah yang terkini atau tidak. Tapi melihatkan betapa ramainya manusia di Tanah Haram yang berkumpul menunaikan Rukun Islam yang kelima ni terasa sebak melihat kekuasaan Allah SWT. Lebih kurang sejuta manusia yang beragama Islam dari seluruh dunia berkumpul di Tanah Suci Mekah. Kekuasaan Allah walaupun begitu ramai pun muat.





Untuk gambar lain saya abadikan di Blog Untuk Sesama Insan <--

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates