Melayu Kristian di Trengganu |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



" Pagi tadi, penulis sempat bersarapan pagi di Sura Gate, Dungun. Temujanji dengan Wartawan Sinar Harian jam 10.00 pagi di sebuah warung depan Sek. Men Sultan Omar.. Suasana di warung itu agak sibuk kerana ramai pelanggan yang sedang menikmati juadah di situ.

Sewaktu hendak memesan nasi dagang, penulis terpandang kepada seseorang yang memakai T-shirt Hitam tertulis: " Hard Core Christian " serta berlambang salib!

Penulis cuba mendekati beliau dan bertanya, " Awak Islam ke Kristian? ". Beliau diam. Sekali lagi penulis menanya dengan meninggikan sedikit suara takut kalau-kalau beliau tak dengar. Kali ini beliau mengangkat muka dan alangkah terkejutnya penulis apabila beliau memarahi penulis dengan loghat Ganu Kite seraya memanggil suaminya yang sedang menunggu di dalam van di depan gerai berkenaan..

Penulis dapat perhatikan perempuan Melayu yang tidak bertudung itu tidak begitu selesa ditanyakan soalan begitu, tetapi penulis tetap mempertikaikan mengapa dia memakai T-shirt yang bertulis dan berlambang Kristian???

Malangnya, suami beliau (bertopi dan juga berbangsa Melayu serta memakai T-shirt yang sama) turun daripada van memarahi penulis kerana mangambil cakna statusnya lalu dengan tergesa-gesa membayar pesanan yang dibungkus dengan banyaknya itu, tanpa langsung mendapat PERHATIAN SEWAJARNYA daripada pelanggan-pelanggan lain di dalam warung tersebut yang terdiri daripada 100% orang melayu-Islam.

Apa yang penulis kesalkan ialah:

1. Kini sudah kedapatan Melayu Kristian di Dungun!

2. Lemahnya penguat-kuasaan terhadap gejala 'Kristianisasi' oleh pihak-pihak yang bertanggung-jawab; dan

3. Langsung tidak mendapat perhatian daripada masyarakat tentang bahayanya 'Kritianisasi' terutamanya di kalangan penduduk di luar bandar! Penulis hanya dibairkan dimarahi begitu sahaja tanpa me
reka datang membantu atau bertanyakan penulis!.

Sumber: tranungkite

Related Posts by Categories



4 comments

  1. Rohani  

    December 25, 2008 at 12:32 PM

    Assalamualaikum!

    Subhanallah! semoga ALlah kuatkan iman kita dan anak cucu dari terjerumus ke lembah yang akan membinasakan itu!

  2. chico  

    December 25, 2008 at 12:50 PM

    apa salahnya dengan kristianisasi?
    kalau dikatakan melayu belot kaum dan budayanya dengan menganut kristian, maka melayu jugalah pembelot kpd agama hindu...
    agama bukan penentu kaum, kaum juga bukan penentu agama
    bila agaknya kita akan sedar dan tidak berfikiran sempit sedemikian??

  3. kancan  

    December 25, 2008 at 3:34 PM

    Kita perlu ingat, orang melayu di Malaysia adalah orang islam. Maka jika sekarang ada yang bukan islam bermakna mereka ini telah murtad, hukumnya.....
    Sudah menjadi tanggong jawab orang islam untuk menangani gejala ini. Kembalilah ke landasan islam yang sebenar. Agama islam adalah agama resmi malaysia dan rakyat bukan islam dibenarkan mengamalkan kepercayaan mereka, tetapi. Tetapi kenapa media terlalu menonjolkan perayaan agama yang selain dari islam. Pusat membeli belah dan sebagainya. Sepatutnya cukuplah kita benarkan mereka menjalankan kepercayaan mereka sahaja tetapi dengan menonjolkan kehebatan setiap perayaan agama selain dari islam secara halus akan melenturkan aqidah jenerasi islam yang pada masa sekarang sudah nyata lemahnya.

  4. Nixan  

    January 12, 2009 at 12:15 AM

    brother chico, ko bace sket blog nie, org melayu ni dari dulu lg islam, bukan nye hindu mcm british ckap!!! belajar tu biar tinggi sebelum buat statement. http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates