Tiga selebriti ke mahkamah urusan cerai |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



Bukan nak menyibuk, tapi secara kebetulan baca Metro hari ni, tiga orang selebriti naik mahkamah kerana urusan penceraian.. Dua orang darinya adalah selebriti TV3 yang baru menghabiskan konsert Jomheboh minggu lalu.

Pertama: Radhi OAG



Isteri kepada vokalis kumpulan OAG Radhi, meneruskan hasrat untuk bercerai dengan isteri nya anggota kumpulan GIM, Shazlin walaupun kejadian nyaris lemas yang menimpa anak pasangan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya
Ini berikutan Shazlin Sharif (plaintif), 30, melantik peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz kelmarin untuk mewakilinya bagi mengendalikan kes pengesahan lafaz cerai suaminya, Radhi atau nama sebenar Muhammad Radhi Razali, 31.

Kedua : Mazidul

di luar mahkamah, semalam." title="MESRA...Mazidul bersama isterinya, Khairul Fazlin berbual
di luar mahkamah, semalam." border="0" height="204" width="300">
MESRA...Mazidul bersama isterinya, Khairul Fazlin berbual
di luar mahkamah, semalam.

PETALING JAYA: Wartawan penyiaran yang juga pengacara rancangan 360 darjah dan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, Mazidul Akmal Sidik, 41, memberitahu Mahkamah Syariah di sini, semalam, dia ada melafazkan cerai kepada isterinya pada 13 Oktober lalu.

Mazidul berkata, lafaz cerai itu dibuat pada 11.30 malam di rumahnya selepas berlaku pertengkaran dan mengetahui isterinya, Khairul Fazlin Kamaruddin, 38, menghubungi keluarga mentuanya.

“Saya fikir...saya ingin menyelesaikan masalah bersama isteri tanpa membabitkan orang lain.

“Ketika kejadian, saya berada dalam keadaan waras dan sedar apabila melafazkan cerai itu kepada isterinya,” katanya

Ketiga: Zakiah Anas




SHAH ALAM: “Jangan tutup pintu perbincangan dan komunikasi kerana perlu ada penyelesaian secara baik di luar mahkamah,” kata Hakim Syarie Kamarulzaman Ali di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Kamarulzaman memberi nasihat itu kepada pengacara popular rancangan 999 terbitan TV3, Zakiah Anas, 42, (gambar) (plaintif) selepas mahkamah membenarkan permohonannya untuk meminda perceraian secara baik kepada cerai fasakh.

Beliau membenarkan pindaan itu selepas peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif yang mewakili Zakiah memberitahu suami pengacara terbabit, Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46, (defendan) gagal hadir ke mahkamah.

Sumber: Mymetro

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates