Tiada jambatan bengkok |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





DS Najib mencadangkan kepada Singapura untuk membina satu lagi jambatan ke pulau itu yang akan dibina di Timur Johor.

Jambatan baru itu akan dapat membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong semalam.

Tambak Johor yang menjadi kontroversi dengan idea "jambatan bengkok" oleh Che Det tidak akan dibina malah akan dibaik pulih pula.



Ini bermakna sudah ada tiga jambatan penghubung Johor dan Singapura iaitu selepas Tambak Johor di JB, Link Kedua di Tuas.

Timur Johor yang dimaksudkan kemungkinan ialah di Pengerang, Kota Tinggi. Sekarang sudah ada jalan laut dari Tanjung Pengelih ke Changi, Singapura dengan perjalanan lebih kurang 45 minit dengan menaiki bot.

Jika kita lepak di Tg Pengelih akan nampak dengan kapal terbangnya yang terbang setiap 15-20 minit. Juga kita akan melihat deretan kapal-kapal besar yang melalui lorong sempit pantai Pengerang dan Sg Rengit menuju ke Sembawang, Singapura.



Dengan tidak jadinya jambatan bengkok dan pemeliharaan tambak Johor bermakna terselamatlah juga sumber air Pulau Singapura yang dijual oleh Malaysia dengan harga runtuh iaitu pada kadar 3 sen seribu gelen. Bermakna tiada perjanjian baru dan berterusanlah subsidi air Malaysia kepada Singapura.

Perbincangan isu tanah KTMB juga diperbincangkan tetapi Malaysia mungkin terlupa nak bincang tanah PUB milik Singapura yang berada di Johor.

Isu lain - Mas Selamat berjaya melepasi Singapura dengan berenang ke Johor Bahru. Mudah sungguh Johor ditembusi selain dari PATI yang berasal dari Indonesia atau tinggi sangatkah ilmu Mas Selamat?


"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"

"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates