Berita Terkini Rusuhan Kaum Di Pasir Gudang |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }

Pada malam tadi (28 Ogos 2007) jam 9.15 malam, bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Cendana telah berlangsung satu sessi penerangan berkenaan masalah yang sedang melanda penduduk kawasan P.Gudang amnya dan Taman Cendana Khasnya. Antara yang hadir adalah ADUN Plentong Datuk KS Balakisnan, Wakil Rasmi Datuk Khaled Nordin, Ketua Polis Daerah Seri Alam (OCPD Roslan), Ketua Kampung Mukim Plentong, Wakil-wakil Penduduk kawasan berhanpiran dan orang awam.

Majlis yang pada mulanya dijangka dihadiri sekitar 50~60 orang, tetapi sungguh luar biasa apabila bilangan yang hadir melebihi 500 orang yang datang dari seluruh pelusuk kawasan P.Gudang dan sekitarnya. Mereka datang dengan satu niat untuk mendapatkan maklumat yang tepat dari pihak berkuasa dan pemimpin yang dilantik.

Sessi penerangan yang dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Kampung Mukim Plentong itu dengan jelas menegaskan bahawa semua berita yang disebarkan oleh SMS, email dan lisan adalah khabar angin semata-mata. Memang tidak dinafikan terdapat beberapa kes yang berlaku di kawasan P.Gudang tetapi ia merupakan kes2 biasa dan terpencil dan rakyat tidak perlu bimbang kerana pihak polis sentiasa menjalankan tugas mereka dengan cekap untuk menjaga keselamatan penduduk setempat.

Wakil Datuk Khaled Nordin juga memberitahu yang Datuk Khaled Nordin berasa sangat kecewa dengan apa yang melanda penduduk P.Gudang. Malahan berita ini juga tersebar dengan cepat sehingga ke Kedah. Semua ini adalah KUASA SMS yang begitu mudah memperdaya rakyat dan hanya menguntungkan syarikat telekomunikasi dengan SMS-SMS yang dihantar.

Di dalam ucapan Datuk K.S Balakrisnan pula, beliau meminta penduduk supaya lebih menekankan soal pendidikan anak-anak daripada memikirkan SMS yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Datuk K.S Balakrisnan yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor juga meminta semua penduduk saling hormat menghormati dan mengeratkan perpaduan kaum demi kesejahteraan bersama. Di dalam mengakhiri ucapannya beliau juga melaungkan kalimah MERDEKA! sebanyak 3 kali dan diikuti oleh semua yang hadir.

Yang pasti majlis yang berlansung malam tadi dihadiri oleh kaum Melayu dan India yang dilihat begitu akrab, bergurau senda dan bertepuk tampar tanpa ada rasa takut dan saling membenci. Segala SMS yang dihantar hanyalah fitnah yang direka. Namun begitu, penduduk P.Gudang perlu berhati-hati dengan cubaan oleh pihak luar yang cuba merosakan keharmonian kaum di kawasan ini.

Untuk memudahkan penduduk menyalurkan maklumat atau aduan, pihak polis telah meletakkan 2 anggota mereka di ZON 11 iaitu di Taman Cendana untuk memantau dan membantu penduduk. Pegawai polis ini boleh dihubungi di talian 019-7040446 (L/Kopral Yusri)Panggilan telefon juga boleh dibuat terus ke IPK Johor di talian 07-2212999.

Sekian untuk makluman semua.

Selamat Menyambut UlangTahun Kemerdekaan Ke-50
















Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates