Boleh buka puasa jika lebih dua marhalah |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }



KUALA LUMPUR 19 Sept. – Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz menjelaskan, mana-mana individu yang melakukan perjalanan jarak jauh melebihi dua marhalah (kira- kira 100 kilometer) diberi kelonggaran untuk berbuka puasa lebih awal.


Beliau berkata, ini bermakna bukan pemandu bas ekspres sahaja yang diharuskan berbuka puasa tetapi pemandu-pemandu lain yang dikategorikan sebagai musafir juga diharuskan berbuat demikian tanpa mengambil kira sama ada mereka keletihan atau sebaliknya.


Namun demikian, Abu Hassan menasihatkan pemandu- pemandu bas yang berhajat berbuka puasa awal supaya tidak makan dan minum di khalayak ramai bagi menghormati bulan Ramadan.


‘‘Jangan kata makan dan minum, menghisap rokok di hadapan penumpang juga tidak digalakkan,’’ ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Abu Hassan mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa pemandu bas jarak jauh yang bertugas sepanjang Ramadan diharuskan berbuka puasa awal bagi mengelak mereka keletihan dan seterusnya membahayakan penumpang apabila berlaku kemalangan.


Bernama melaporkan, pemandu berkenaan bagaimanapun hendaklah menggantikan jumlah hari yang tertinggal pada bulan lain.


Sumber

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates