Mana lagi 34 MP Sabah S'wak ? |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }





Hanya seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak SAHAJA , yang hadhir dan mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam.

Kalau dikira betul – betul , jumlah Ahli Parlimen di Sabah ialah seramai 25 orang, 24 daripada BN dan 1 DAP , manakala di Sarawak seramai 31, iaitu 30 BN dan 1 DAP.

Yang mampu hadhir dalam sidang akhbar di Parlimen hanya lah 20 orang SAHAJA, jadi dimana lagi 34 orang Ahli Parlimen dari BN , tidak termasuk 2 dari DAP ?

Adakah benar 34 orang yang tidak hadhir itu adalah jumlah yang akan berhijrah ?

Sukar untuk BN menafikannya , kerana gambar atau foto boleh memberikan seribu makna.Jadi agak – agaknya betul lah seperti kata YB Sdr Azmin Ali , kita , maksudnya Pakatan Rakyat sudah mempunyai jumlah yang selesa , untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
sumber: tranungkite

TAAT SETIA...


Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam. – Gambar IZHAM JAAFAR


Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan melompat parti seperti yang diheboh-hebohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.

Kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang itu disifatkan mereka sebagai satu pembohongan.

Sebaliknya Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak berbelah terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Turut menyatakan sokongan pada sidang akhbar itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Unggah Embas; dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.


Sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates