adsense

Showing posts with label 18SG. Show all posts
Showing posts with label 18SG. Show all posts

24 November, 2007

Sesudah Asar



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
I ni adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya c uma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita.....


06 October, 2007

Kemalangan ngeri di Subang Jaya



Yang lemah semangat jangan besarkan gambar

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

21 September, 2007

Baby thrown from 17th floor in KL (18SG)



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Click for enlarge ( NOT FOR THE FAINT HEARTED)

21 June, 2007

Pelajar Al-Azhar Dibunuh Rakan Senegara



Keadaan Rumah Mangsa Pembunuhan (13/6/2007)Pelajar Al-Azhar Mansurah, Mesir





KUALA TERENGGANU 17 Jun - ''Makcik tidak maafkan dia, apa yang dia buat pada anak makcik adalah zalim, terlalu kejam," luah Zaharah Mohamad, 58, ibu pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir terhadap tindakan pelajar yang menikam anaknya sehingga mati, Rabu lalu.

Walaupun menyedari segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya, dia tidak dapat menahan sedih dan marah apabila anaknya, Mohamad Ishak, 22, diperlakukan seperti binatang.

Katanya, dia dapat membayangkan bagaimana anaknya ditikam berulang kali tanpa belas kasihan sehingga pisau yang digunakan patah walaupun mangsa cuba melarikan diri sehingga ke dalam tandas untuk mengelak daripada terus diserang.

''Zalim, memang kejam, tiada perikemanusiaan langsung. Dia buat anak saya macam kambing...macam binatang, walaupun Mohamad lari ke dalam tandas, dia tikam lagi, lari ke pintu hingga kain pelekat terlondeh, dia tikam lagi.

''Sekali dia tikam tak mengapa, tapi 10 kali dia tikam. Makcik boleh nampak macam mana dia menikam anak makcik yang sudah telanjang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini selepas upacara pengkebumian Mohamad, pagi ini.

Jenazah pelajar kursus Usuluddin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Mesir kira-kira pukul 9.10 malam tadi dan dibawa pulang ke rumahnya dengan van jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan tiba kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

Jenazah kemudian disembahyangkan di rumahnya dengan diimamkan oleh guru sekolah pondok, Abdul Rahman Ahmad sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut, Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 pagi ini.

Lebih 100 orang menghadiri upacara pengkebumian tersebut termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Kaherah, Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti serta wakil Yayasan Terengganu.

Mohamad anak kesembilan daripada 12 beradik dikebumikan di sebelah kubur kakak dan adiknya, Zuraida dan Zuarida selepas bacaan talkin yang dipimpin oleh imam Masjid Kampung Laut, Mohd. Rosdi Abdul Rahman.

Walaupun tidak dapat menahan kesedihan, Zaharah berpuas hati kerana dapat menatap wajah Mohamad buat kali terakhir selepas berpisah kira-kira lapan bulan lalu apabila Mohamad melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Menurutnya, selepas kejadian itu rakan anaknya yang hanya dikenali sebagai Kadir ada menelefon dan memberitahu perubahan sikap mangsa yang menjadi penakut beberapa hari sebelum itu.

''Malah pada hari kejadian dia berpesan kepada rakan-rakannya supaya pulang awal kerana takut tinggal seorang di rumah sewa mereka,'' ujarnya.

Zaharah yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah tidak akan membenarkan mereka melanjutkan pelajaran ke Mesir selepas ini kerana trauma dengan kejadian yang menimpa Mohamad.

Apabila ditanya sama ada dia sudi memaafkan suspek sekiranya keluarganya datang memohon maaf selepas ini, katanya, belum tentu dia boleh berbuat demikian dan melupakan penderitaan yang ditanggung anaknya sebelum menemui ajal.

Bapa mangsa, Ishak Abdul Rahman, 63, pula berkata, walaupun sedih anaknya meninggal dunia dalam keadaan yang menyeksakan akibat ditikam bertalu-talu, mereka sekeluarga tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya.

''Undang-undang ada, biarlah undang-undang yang menentukan," katanya sambil memberitahu bahawa wakil keluarga suspek ada menghubungi anaknya, Hasan, 28, bertanyakan mengenai kos perbelanjaan urusan pengkebumian Mohamad dua hari lepas.


--
Blog Widget by LinkWithin