adsense

Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts

02 April, 2009

Siti Nurhaliza berjumpa Tok Guru Nik Aziz



pinjam duit

Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz

Siti Nurhaliza Tok Guru @ isu hangatSumber: Siasah
Salmah Mat Husain
Foto: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.


1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

KURSUS TERNAKAN KETAM (MASA TERHAD)

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

JAMINAN 100% INCOME RM100,RM200,RM700@LEBIH TANPA MENAJA!!

Tambah KETINGGIAN 3cm-9cm Dalam Tempoh 90 Hari. Jaminan 100% Wang Dikembalikan

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

29 August, 2008

Bakal menantu Dato Siti







Cun juga awek anak tiri Dato' Siti ni... lagi cun dari mak tiri dia hohoho

Klik di sini untuk melihat semua gambar

19 January, 2008

Siti mungkin sertai politik



PORT DICKSON 17 Jan. – Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin tidak menolak kemungkinan menyertai arena politik kerana minat yang mendalam untuk berbakti kepada masyarakat, khususnya dalam kerja amal.


Malahan katanya, sokongan padu juga akan diberikan kepada pucuk pimpinan negara dalam menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa.


‘‘Insya-Allah suatu hari nanti, siapa tahu. Tetapi buat masa ini, Siti mahu terlibat aktif dengan aktiviti masyarakat melalui Yayasan Nur Jiwa. Biarlah Siti tumpukan dahulu kepada bidang seni untuk waktu ini,” katanya.


Siti Nurhaliza berkata demikian kepada pemberita pada majlis Cipta Ekspres anjuran Badan Perlindungan Hakcipta Malaysia (MACP) dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) di sini, hari ini.


Menurut Siti, beliau akan sentiasa melibatkan diri dalam kerja amal serta membantu masyarakat kerana aspek-aspek itu penting sebelum menceburkan diri dalam bidang politik.


‘‘Kalau boleh Siti memang selalu hendak berbakti dengan masyarakat tetapi tidak semestinya dalam bidang politik. Banyak cara boleh dilakukan termasuk yayasan yang Siti asaskan itu,” kata Siti Nurhaliza yang ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.


Mengenai pilihan raya umum akan datang, Siti Nurhaliza berkata, sebagai rakyat Malaysia, dia juga akan melaksanakan tugasnya untuk mengundi.


‘‘Kita sebagai rakyat Malaysia perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Kita mahu hidup dengan aman. Kalau kita mahukan yang terbaik, kita harus memilih yang terbaik,” katanya.


Pada majlis tersebut, Siti Nurhaliza menerima cakera padat Cipta Ekspres daripada Pengerusi MACP, Habsah Hassan yang mengandungi 13 lagu terbaru ciptaan komposer terkenal antaranya M. Nasir, Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki, S. Atan dan Johan Nawawi.

09 January, 2008

Lagi gambar Siti bertudung



Harap Hajah Dato Siti Nurhaliza (Hajah Tokti) ni dapat masukkan jambul dia tu..tapi kira ok la dari sorang lagi penyanyi bergelar hajah tu.Opps cabul pulak mulut aku di tahun baru ni..

gambar siti nurhaliza bertudung

gambar siti nurhaliza bertudung

gambar siti nurhaliza bertudung

Siti mahu kekal bertudung



Alhamdulillah Hajah Dato Siti (tak tau Siti suka tak dipanggil Hajah) , kalau mahu kekal bertudung. Beliau adalah idola ramai remaja moga remaja kat luar sana tu yang memakai seluar belakang yang nampak spender pink pun akan terikut juga. Di harap Dato Siti akan meneruskan bertudung walaupun tidak ada penaja.


KUALA LUMPUR: Selepas pulang menunaikan ibadat haji, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28, buat pertama kali tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi Chef Wan di Restoran Tarbush, Starhill, Bukit Bintang di sini, malam tadi.


Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan selamat pulang ke tanah air pada 27 Disember.

Penyanyi nombor satu negara yang hadir ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, ketika ditemui memberitahu, penampilan itu akan dikekalkan.

“Insya-Allah buat masa se- karang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran.

Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita.

Siti juga menegaskan, dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

“Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya tetapi apa yang pasti, saya akan menutup kepala.

“Walaupun lagu Destinasi Cinta agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh disesuaikan dengan corak persembahan,” katanya .

Begitupun Siti tidak menafikan penampilannya itu akan menimbulkan cakap-cakap belakang di kalangan masyarakat, namun dia mengambil pendirian ‘tidak ambil pusing’ berikutan apa yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati.

“Rasanya inilah penampilan sebaik-baiknya. Untuk bertudung litup, Insya-Allah dengan izinNya mungkin saya mengenakannya pada masa depan,” katanya.

Baginya, dia perlu mengambil langkah baik itu secara perlahan-lahan.

Kata Siti lagi, suaminya senang apabila melihat dia bergaya sedemikian dan menyokongnya.

Bercerita lanjut mengenai ibadat dilakukan, kata Siti, dia benar-benar bersyukur kerana tidak banyak halangan dilalui sepanjang menunaikan haji.

“Saya bersyukur kerana impian dan doa saya dimak- bulkan. Sudah lama saya menyimpan impian dan akhirnya terlaksana.

“Pemergian saya menunaikan ibadat haji lebih manis kerana ditemani ibu tersayang, suami dan abang saya, Ayie,”katanya.

Antara gambar Siti di Jeddah ada di post terdahulu:

http://isuhangat.blogspot.com/2008/01/siti-jeddah.html

04 January, 2008

Siti @ Jeddah



Kan manis kalau Dato' Siti Nurhaliza bertudung litup.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

28 June, 2007

Perasaan Siti Untuk APM...



Siti NurhalizaAssalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hai... semua dah rindu ya, Siti lagilah rindu pada semua yang datang ke laman ini.

Memang aktiviti agak padat, termasuk urusan kerja dan peribadi tetapi Alhamdulillah dapat juga Siti menulis sesuatu di sini. Ramai yang mahu bertanyakan mengenai perasaan Siti sewaktu APM di Singapura tempohari.

Alhamdulillah, kepada peminat yang menngundi bagi kategori popular, Siti ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sokongan anda yang tidak pernah berhenti membuatkan Siti rasa lebih bersemangat. Begitu juga dengan kategori terbaik, tentunya material yang dinilai itu menambat hati golongan yang membuat penilaian.

Tidak mudah bersaing di pentas APM, walaupun ada lagi pihak yang mungkin memperkecilkan anugerah ini tetapi bagi Siti, melebarkan sayap ke peringkat lebih tinggi, apa salahnya kita menilai bakat sendiri dengan negara-negara jiran. Pengalaman berkarier di Indonesia dan Singapura selama 12 tahun juga banyak mematangkan Siti.

Tidak mudah menawan dan menembusi hati peminat negara jiran, ia perlu kerja keras dan bagaimana mahu memasarkan diri dan produk kita. Justeru Siti berterima kasih kepada APM kerana medan ini telah membawa satu lagi tahap kepada peningkatan industri muzik serantau.

Kepada peminat-peminat yang datang dari jauh, ada yang dengarnya datang ke Singapura dari Malaysia dan Indonesia, juga yang asal Singapura, Siti sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana hadir memberi sokongan kepada Siti di APM. InsyaAllah, pengiktirafan yang diterima tidak pernah mematahkan semangat Siti. Banyak lagi usaha yang harus dibuat untuk memajukan diri dan doakanlah agar Siti berjaya menghadapinya.

Sekarang ini jadual Siti kembali sibuk. Memang Siti akui bercuti seketika baru-baru ini tetapi kerja sudah menanti. Selain menjalani penggambaran beberapa iklan, Siti juga akan ke Indonesia untuk penggambaran video klip bagi lagu Runut Bunyi filem Kayangan. Selepas itu Siti sibuk sebagai salah seorang juri untuk rancangan terbitan TV3 terbaru, Mystarz.

Kemudian baru tumpuan diberikan kepada album tradisional terbaru. Jika album konsert Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma di Istana BUdaya tidak dapat diterbitkan atas sebab-sebab tertentu, Siti mohon maaf.

Sebagaimana yang Siti pernah katakan, tidak mudah melahirkan album yang bukan hakcipta sendiri. Jangan risau, Siti akan beritahu nanti bagaimana statusnya tetapi jangan bimbang kerana ada album lain yang akan menyusul.

Sekian sahaja catatan Siti kali ini. Semoga semuanya gembira selalu.
Salam manis...
Siti Nurhaliza



25 June, 2007

Terbaru Mengenai Siti



Posted on Sunday, June 24 @ 22:51:49 MYT by greenboc


Berita ctSiti Nurhaliza nama yang menjadi ikon bagi semua lapisan. Siapa yang tidak kenal Siti Nurhaliza? Daripada pemimpin negara hinggalah anak-anak kecil yang baru bertatih-tatih berjalan.


Semua orang kenal Siti dan semua ambil berat tentang dia. Kalau ada yang tidak kenal penyanyi nombor satu ini, anggaplah itu adalah satu "gurauan". Bagaimana Siti selepas sahaja bergelas isteri? Ikuti kisahnya...


Ogos ini genap setahun penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza melayari bahtera kehidupan sebagai isteri kepada Datuk Khalid Mohamed Jiwa.

Mengakui semakin matang dalam menjalani kehidupannya, kata Siti, dia sentiasa memanjatkan doa agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.


KEL


“Syukur dah hampir setahun pelayaran saya sebagai isteri. Masih banyak cabaran dan dugaan yang akan saya tempuhi. Tambahan pula bergelar isteri kepada seorang usahawan bukannya mudah. Selalunya suami saya pun sentiasa sibuk. Jadi bagi saya masa yang ada digunakan sebaiknya bersama-sama,” kata Siti yang ditemui selepas majlis ulang tahun ke-33 Lord’s Tailor dan sambutan hari bapa yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung perbualan, kata penyanyi jelita ini, kehidupannya sekarang semakin terisi dan dirinya masih lagi cuba untuk memahami antara satu sama lain demi mendapatkan keserasian dalam rumah tangganya.

“Saya masih lagi belajar untuk menjadi isteri yang baik. Saya masih lagi cuba untuk lebih memahami diri suami saya dan banyak lagi yang perlu saya pelajari,” ujarnya.

CT
gambar terbaru Siti Nurhaliza yang dirakam ketika penyanyi itu
melawat ayahnya di sebuah Hospital dekat Ampang Kuala Lumpur baru-baru.

Sama seperti pasangan lain, pastinya Siti dan suami tidak terlepas merancang untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya di sebuah lokasi yang mampu meninggalkan sebuah kenangan terindah buat kedua-duanya.

Biarpun pada mulanya Siti seakan berahsia, tetapi akhirnya Khalid telus memberitahu, Venice merupakan kota pilihan mereka.

“Kami akan ke Venice selama dua minggu. Dah lama kami merancang untuk ke sana. Cuma tarikhnya kami belum tentukan lagi,” kata Khalid sambil tersenyum.

Kebahagiaan rumah tangga
datuk

Tidak lokek untuk berkongsi kebahagiaan dirinya setelah bergelar isteri, kata Siti: “Rasanya petua kebahagiaan Siti tentunya kerana kami saling memahami antara satu sama lain. Paling penting perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Selain kita perlu taat kepada suami.”

Kebahagiaan itu jelas tergambar apabila Siti masih juga tersenyum apabila ditanya, bila akan menjadi ibu - satu soalan yang acap kali ditanyakan padanya.

“Saya tak merancang dan jika dapat anak dalam masa terdekat, satu rezeki buat saya. Ada juga yang kahwin enam atau tujuh tahun baru dapat anak kan? Saya harap rezeki saya tidaklah selambat itu.

Saya macam isteri-isteri lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Dengan cara berjumpa pakar kesihatan selain bertanya kepada orang-orang tua,” katanya yang turut mengakui doa untuk mendapatkan zuriat antara doa yang dimintanya ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.


ULASAN

Demikian kisah terbaru Dato' Siti Nurhaliza, ikon masyarakat yang kini muncul semula di tengah masyarakat.

re
Waktu remaja
Ramai diantara peminatnya yang bertanya: apakah Siti berubah selepas perkahwinannya? Atau setidak-tidaknya merubah penampilan dirinya kepada seorang muslimah yang lebih mulia setelah bergelar seorang isteri?

Ada desas-desus yang menyatakan Dato' Siti akan nmemakai tudung selepas bergelar isteri. Nampaknya harapan itu belum menjelma sekalipun membelek album gambar-gambar lama Siti akan mendapati Siti lebih ayu dan manis bila mengenakan tudung di kepalanya.

Apa pun kita berharap, sebagai IKON, Siti yang menjadi public figure ini dapat menunaikan hasrat para peminatnya kerana penampilan yang lebih mematuhi syariah pasti lebih memberkatkan kehidupannya.

Tiada siapa yang boleh memaksa dan tiada siapa pula yang boleh menentukan apa jua keputusan Siti selepas ini.

Namun dalam imbauan "Islam itu bersaudara" maka disitu melayakkan kami untuk menyampaikan hasrat peminat-peminatnya dari kalangan orang beriman.

Memang tidak dapat dinafikan yang bertudung tidak semestinya baik seperti yang pernah diutarakan oleh Siti satu ketika dulu, namun setidak-tidaknya menenuhi tuntutan syariat yang meminta muslimah agar tidak menampakkan bahagian auratnya.

Jika itu yang Dato' Siti dapat lakukan, maka itulah hadiah terbesar Dato' kepada peminat-peminat setianya kerana role model itu tetap menjadi ingatan dan ikutan para remaja selain dari mempunyai nilai pahala yang banyak apabila ianya diikuti oleh setiap mereka yang bakal mengikuti jejak langkahnya nanti.

21 June, 2007

Siti dan koleksi begnya



Huyoo.... Kagum2

Sejarah nya…. Bag nie baru sahaja diperagakan last March during Paris Fashion Week for Fall/Winter 2006 collection. I mcm xbole bayangkan macam mana Siti bole dapat jugak order bag nie. I macam lagi xpercaya die dpt jugak beli bag nie daripada percaya die dah kawin ngan datuk K!! she must hav made a special order in starhill & they directly paged the Paris boutique to give her special advantage.and LV paris must hav called sumone on datuk K's side to confirm on the purchase of the bag. Relatively, LV paris mmg dah ada record on siti or datuk K sbb LV Paris will never authorize any limited editions bags to be sold to just anyone!!! [ada banyak jer limited edition…tapi limited edition collection yer akak2 semua. This one is a limited edition bag; they don't get featured in any collection. Theyre just there!!!oh…fabolous! !!] after all, bag nie xbyk pon kat dlm dunia, so LV Paris will never let just anybody to buy the bag…they must be someone!!!!

This bag retails in the US for usd10 000+ yer puan puan [yea, mari telan air liur semua orang]. Tapi disebabkan bag nie teramatlah grand nyer, skarang dah dijual in ebay for usd 15 995!!! [appreciate usd6000 ok!] so, who said buying LV is not an investment??

bag nie sebenarnya tribute to elvis presley. Dats y uolls akan nampak batu2 bijik besar2 kat atas tue macam baju elvis katanya. Tak sama macam batu emas zhulian walaupun seakan-akan u all. Bag nie ade macam2 kulit. Kulit buaya, lembu semua. Tapi babi xderlaa. Literally, bag nie disahkan HALAL. Kulit ditenun corak bunga2 [bunga LV I kata] menggunakan benang emas. Ditepi bag di jahit dgn bulu pony [bukan bulu ayam mahupun bulu ari-ari]. Satu bag ader 96 bijik batu2 zhulian tue and all of them diletakkan carefully menggunakan tangan [maknanya tak guna machine laa eventho machine is handled by hands as well~d'oh]"


Blog Widget by LinkWithin