adsense

Showing posts with label kwsp. Show all posts
Showing posts with label kwsp. Show all posts

03 December, 2008

DOWNLOAD : Borang KWSP 17A(AHL)



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Hari ni website KWSP sibuk sangat sampai tak boleh nak access kerana ramai sangat yang nak download borang 17A .Borang tersebut ialah digunakan untuk sesiapa yang mahu mengekalkan potongan 11% KWSP.

Kalau tak submit borang ni di pejabat KWSP, potongan akan dibuat sebanyak 8% secara automatik. Mengikut fahaman saya kepada gaji yang lebih RM2500 sebulan akan dikenakan potongan income tax PCB yang lebih besar dari dahulu. Kira macam kontra dengan pengecilan potongan KWSP la..

Tu yang ramai nak isi borang ni dan submit di pejabat KWSP. Dari kena potong PCB lebih baik kena potong untuk simpanan sendiri. Tak tahulah bagaimana ramainya orang kat Pejabat KWSP sekarang ni...


27 November, 2008

Penurunan Kadar Caruman KWSP Sebanyak 3 Peratus Bermula Januari 2009





pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Soalan Lazim Berkaitan Penurunan Kadar Caruman KWSP Sebanyak 3 Peratus Bermula Januari 2009:

Adakah perlaksanaan kadar baru caruman ini dibuat secara automatik?

Ya. Kadar caruman berkanun/wajib bagi caruman syer pekerja akan diturunkan secara automatik daripada 11% kepada 8% selama 2 tahun berkuatkuasa mulai gaji bulan Januari 2009 hingga gaji bulan Disember 2010.

Perlukah saya membuat permohonan jika ingin mengekalkan caruman pada kadar 11%?

Ya. Anda perlu mengisi Borang KWSP 17A (AHL) untuk diserahkan kepada majikan anda. Majikan anda akan menterahkan borang anda tersebut ke KWSP.

Download Q&A penuh:-




11 April, 2007

Info Hangat: KWSP and SOCSO



Something to share...........

Berdasarkan seminar yang saya hadiri pada 29 September 2005, ingin
berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua :

1. Penamaan EPF

Sesiapa yang masih belum membuat penamaan EPF, sila berbuat demikian
dengan segera. Ini adalah kerana sekiranya tiada penamaan, proses
menuntut wang EPF oleh pewaris adalah amat sukar dan lambat. Dan
sekiranya nama di dalam borang penamaan adalah nama oranglain
selain dari pewaris anda, EPF tetap memberikan wang kepada orang
yang dinamakan tersebut. Satu kes benar sebagaimana yang diceritakan
oleh pegawai EPF

Taiping, 1986, seorang balu kematian suami bersama 4 anak datang
menuntut wang EPF suaminya. Simpanan suaminya ada RM 46,000.00 (satu
jumlah yang cukup besar pada masa itu ). Gagal mendapatkan wang tersebut
kerana di borang penamaan suaminya menulis nama ex-girlfriend
sebagai penerima. Selepas 2 minggu, ex-girlfriend suaminyamenuntut
dan berjaya mengeluarkan kesemua wang EPF lelaki tersebut. Walaupun
diberitahu oleh pegawai EPF yang lelaki tersebut meninggalkan
seorang balu dan 4 orang anak, si ex-gir lfriend tadi tidak mahu
menyerahkan walau satu sen pun.
Jadi, pegawai EPF pun tidak boleh buat apa-apa untuk membantubalu
tersebut.

Moral of the story : Pls namakan orang yang betul !!!!!!

2. SOCSO Claim

Saya juga baru mengetahui mengenai perkara ini. Orang yang meninggal
dunia secara mengejut di dalam tidur, pewaris boleh claim SOCSO up
to 65% dari gaji terakhir si mati. Jadi, SOCSO bukan hanya cover
untuk accident di tempat kerja atau dalam perjalanan kerja sahaja.

Sekian.

Sekiranya ada apa-apa maklumat yang boleh dikongsi bersama, akan saya forwardkan untuk kebaikan kita
semua.
Blog Widget by LinkWithin