adsense

Showing posts with label putera umno. Show all posts
Showing posts with label putera umno. Show all posts

15 June, 2007

Natasha kahwin lagi 4 Ogos ini



MODEL TERKENAL Natasha Hudson akan mengakhiri zaman jandanya dengan
memilih ahli politik dan perniagaan Datuk Shahrin Zahari sebagai teman hidupnya.

Shahrin berusia 31 tahun ini merupakan anak sulung kepada arwah Datuk
Zahari, antara pemegang saham terbesar syarikat yang terlibat dengan
industri minyak negara Ranhill Berhad.

Shahrin ini juga merupakan AJK Putera Umno, yang terkenal kerana
sebahagian besar ahlinya mat rempit. Dapat Pingat Cemerlang Melaka yang membawa
gelaran Datuk pada hari keputeraan Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakob, tahun
lepas.

Shahrin merupakan CEO Verti Global Berhad, dan merupakan jejaka idaman
ramai artis dan model terkenal tanahair, bekas balak kepada penyanyi suam-suam

kuku Krisya ini memang kaya raya dan berjiwa playboy.

Yang sebelah kanan Datuk Shahrin Bin Datuk Zahari itu Natasha Hudson,
pengacara, model terkenal yang menjanda selepas minta cerai dari
suaminya, Faiz, awal tahun ini.

Natasha sendiri khbarnya minta cerai kerana lakinya itu tidak berduit,
tidak bekerja dan yang lebih utama kerana dia terpikat dengan mamat kaya
bernama Shahrin ini.

Shahrin dan Natasha yang kononnya ditangkap berdua-duaan oleh bekas
suami dan bekas ibu mertuanya sendiri.

Tapi itu cerita lama, entah betul, entah tidak, yang pasti, sekarang
ini, AJK Putera Umno bernama Shahrin dan model yang juga janda hangat,
Natasha akan berkahwin. Majlis resepsi mereka nanti akan diadakan di banglo
kolonial tinggalan penjajah, Carcosa Seri Negara pada 4 Ogos ini.

Selepas Pengerusi Biro Ugama Pemuda Umno dan Setiausaha politik Menteri
Kewangan Al Ustaz Reezal Merican memilih artis dan janda penyanyi
Yantzen,Sharifah Haslinda atau Lynn kini Shahrin mengikut jejak langkah beliau.

Apapun, kepada Datuk Shahrin dan Natasha selamat pengantin baru. Pada
Khairy, selamat jadi ayah tidak lama lagi. Jangan main mata dengan Maya
Karin lagi. Dan mudah-mudahan lepas ini Nori Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dapat adik baru.

.


Blog Widget by LinkWithin