adsense

Showing posts with label Linda Onn. Show all posts
Showing posts with label Linda Onn. Show all posts

14 March, 2007

Isu Hangat : Baju yang Linda Onn tak nak pakai di mlm Grammy



Tak tau kebenarannya. Dari email yang bertebaran di group-group

Alasan dia korset dia tak fit ngan badan dia. STAR movie punya org cakap Linda fail masa raptai, tak capai standard yg ditetapkan meaning English dia tak cukup power kut, entah mana satu yg betul pun Wallahualammm .

10 March, 2007

Isu Hangat : Isu Hangat Linda Onn

PERINGKAT AWAL

* Penghujung Januari 2007 - Linda diberitahu oleh Rostam (Pengurus Program Era) tentang pemilihan Linda untuk ke Los Angeles.
* Setelah disahkan melalui perbualan telefon bersama Nini (Star Movies),Linda kemudian berhubung dengan Shamel (pegawai Star Movies) untuk perkara-perkara yang lebih lanjut.

- Linda diberitahu yang mereka (Star Movies) akan mencari pakaian jenama antarabangsa untuk Linda bagi acara besar ini.

- Surat permohonan pinjaman/tajaan baju daripada BCBG diberikan kepada Linda (bertarikh 9

Februari 2007 seperti dilampirkan).

- Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES,Linda pergi ke Butik BCBG (KLCC) dan mencuba pakaian mereka. Setelah dipilih pakaian yang sesuai dengan imej Linda, Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG bahawa pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk ditaja. Hanya pakaian model baru yang boleh ditaja. namun pakaian model baru tidak sesuai dengan imej Linda dan Linda mengambil keputusan menggunakan khidmat Jovian (yang mana Linda mengupahnya untuk pakaian Linda bagi acara Anugerah Bintang Popular)

- Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan meminta lakaran pakaian tersebut ditunjukkan terlebih dahulu kepada pihaknya. Peluang ini digunakan Linda untuk mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan imej Linda dan menampilkan ciri Melayu dan ketimuran.

- Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama pakaian tersebut dalam proses disiapkan, dengan bangganya Linda memberitahu bahawa pakaian Linda adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri wanita timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat) .

- Kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dijangka berlepas ke LA (22hb Feb), Linda diberi surat sokongan oleh pihak STAR Movies untuk permohonan VISA US. 16 Februari 2007, Linda menghadiri temuduga permohonan VISA bersama kakak (Intan) dan ianya diluluskan. Pihak kedutaan meminta kami kembali untuk mendapatkan VISA pada 21 Februari 2007. Pihak STAR Movies maklum akan proses permohonan dan kelulusan visa ini.

Kronologi peristiwa ('kehilangan' Linda)

20 Feb 07

Sambungan
Blog Widget by LinkWithin