adsense

Showing posts with label contact lense. Show all posts
Showing posts with label contact lense. Show all posts

29 May, 2007

Isu Hangat: Larutan kanta lekap ditarik balik serta-merta



The image


28-05-2007 03:29:58 PM

PETALING JAYA: Pengguna kanta lekap yang memakai larutan Advanced Medical Optics' (AMO) Complete MoisturePlus harus berhenti menggunakannya serta-merta.

AMO berkata ia dengan sukarela menarik balik produk itu dari pasaran walaupun, menurutnya, tidak terdapat bukti wujud pencemaran pada produk tersebut. "Langkah ini tidak memberi kesan kepada produk lain jagaan kanta lekap AMO, termasuk larutan nyahjangkitan hidrogen peroksida."

Penarikan balik itu dibuat berasaskan maklumat daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengenai jangkitan akibat Acanthamoeba, sejenis organisme yang hidup di dalam air, yang boleh membawa jangkitan serius pada mata.

CDC telah menemubual 46 pesakit yang mengalami jangkitan Acanthamoeba keratitis sejak Januari 2005 dan 39 daripada mereka terdiri daripada penggunan kanta lekap, dan 21 dilaporkan menggunakan produk Complete MoisturePlus.

Acanthamoeba keratitis boleh menyebabkan kecederaan kornea dan mengakibatkan hilang penglihatan dan buta. Tanda-tanda serangan antaranya mata menjadi merah dan kesakitan yang berulang-ulang.

CDC menganggarkan, mereka yang menggunakan larutan tersebut boleh terdedah kepada risiko jangkitan itu tujuh kali ganda berbanding mereka yang tidak menggunakannya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pengguna 03-7710 6311 dari Isnin hingga Jumaat (9 pagi ke 6 petang) atau melawat laman web www.amo-eyecare-sea.com .
--
Blog Widget by LinkWithin