adsense

Showing posts with label temuduga. Show all posts
Showing posts with label temuduga. Show all posts

05 July, 2007

Graduan Melayu bila pergi temuduga



Salam.....
Ni bukan sye yg reka, sye cuma fowardkan utk tatapan bersama.....jgn marah yer
Baru-baru ni, aku telah meng interbiew lebih kurang 50 orang graduates yang ingin meminta kerja di syarikat aku.
Mereka ni grad dari pelabagai U dan dari pelbagai jenis tahap pembelajaran dari bidang berkaitan ICT.
Kisah yang aku nak ceritakan sila ambik iktibar dan tolong jgn amalkan bila nak mintak kerja...

Kisah selepas aku pergi iklankan jawatan kat JTR :
Aku dapat panggilan telefon dari bebudak ni dan di antara soalan atau jawapan mereka.

1) "Helo, saya nak apply jawatan sebagai Jr Programmer, Gaji berapa?"
2) "Saya nak apply jawatan yang nombor 1 tu"katanya. Dan saya tanya balik. "Apa nama jawatan yang awak nak apply tu?" saya tanya. Dan dia jawab, "Entah le, saya tak pergi JTR tadi, kawan saya yang bagi tahu ada kosong".
3)" Ni company melayu ke?"
4) "Apsal susah sgt requirement yang company Encik mintak? Tak leh kurang kan sikit ke?" (yang ni bila dia baca bab minimun requirement.)
5) " Kerja kat Ipoh je ke, atau kena transfer tempat lain?"

Yang ni pulak bila aku dah shortlisted dan panggil interview..
Generally,Bila aku tanya beberapa soalan, diorang akan jawab yang lebih kurang sama camni :

Soalan (s) : Dari scale 1 hingga 10 (10 yg terbaik), berapa yang awak letakkan skill dan knowledge awak?
Jawapan (j) : Lebih kurang..aaa...emmm... 4. Sebab saya lecturer saya tak ajar dulu.hee..hee..(dia gelak)
(Jenis yang bergantung pada buku, dan tak reti-reti nak tambah ilmu, sebab dia bukan minat sangat kerja yang dia nak mintak!)

s: Dah tu kalau lecturer awak tak ajar, ada tak awak cuba belajar sendiri?
j: Mana ada..lagipun saya tak berapa study on the practical side. Saya lebihkan study untuk exam je..
(jenis ni yang belajar untuk exam je..final year project upah orang buat)

s: Boleh tak awak buat satu code yang buat connection ngan database? Dengan mengunakan text editor?
j: Tak boleh lah..sebab saya dah lama tinggal bab ni dan dah lama tak pegang.
(dia dah lama tinggal bab tu, tapi nak apply kerja yang melibatkan bab tu..)

s: Dengan pengetahuan dan juga pengalaman asas awak yang (sikit sangat) camni, awak rasa boleh ke awak buat kerja yang saya nak bagi ni?
j: Boleh tapi makan masa sikit le, sebab saya nak kena belajar balik.
s:agak2 berapa lama masa yang awak ambik untuk belajar balik semua benda yang saya list out tadi.
j: Benda yang encik nak tu, dulu dah belajar dah, tapi saya dah lupa, jadi saya rasa untuk belajar balik semasa kerja ngan company encik, maybe ambik masa 6 ke 7 bulan.
s: Hm.. 6 ke 7 bulan ye..habis tu, masa tempoh tu, berapa gaji yang awak expect awak akan dapat?
j: Saya tak demand encik, sebab saya ni tak berapa cekap sangat dan jugak tak berapa tahu sangat pasal kerja ni,Jadi, encik bayar gaji saya dalam RM 1400 ke RM 1600 pun saya terima.
( Ada tak mana2 company yang nak bayar gaji sebanyak tu untuk staff yang belum tentu mendatangkan hasil? )

s: Memandangkan skill dan juga knowledge awak mengenai task yang awak kena buat ni agak rendah., boleh tak kalau syarikat kami berikan awak peluang untuk membuktikan kemampuan awak selama 3 bulan, tetapi gaji yang awak akan dapat tu rendah dari apa yang awak harapkan. Dan selepas 3 bulan, sekiranya awak perform, maka kami akan bagi gaji penuh dan dikira sebagi confirm.
j: Saya rasa tak boleh lah, sebab saya ni degree holder, walaupun saya tak tahu nak buat kerja2 tu semua, encik kena nilaikan degree yang saya ada..
(Hmm...no komen..)

Dan banyak lagi. Dan aku rasa tak perlu lah aku sambung kisah sedih anak bangsaku mintak kerja...
Cuma nasihat ihklas aku, dan sebagai mewakili industri yang ambik orang kerja.. tolong lah persiapkan diri dengan knowledge dan juga skill yang bersesuaian dgn kerja yang nak di mintak tu..(tak smestinya companies nak ambik orang yang pernah ada pengalaman 2 -3 tahun)
Dan sebagai ICT punya orang, korang tak boleh expect ilmu yang di ajar tu je sudah mencukupi untuk korang dapat kerja, sebab ada kawan aku yang cuma ada SPM tapi dia punya knowledge dan juga skill ICT ngalahkan software engineer.Ini semua sebab dia ambik inisiatif untuk belajar sendiri.
Kalau zaman 80 -an dulu maybe le boleh demand,lepas grad je dah ada kerja kerajaan, jadi pegawai...zaman ni? Ada degree pun kena kait sawit..

Kalau korang tanya soalan,"Melayu je ke camni? Cina tak de ke buat perangai ni?"rasa-rasa jawapan korang apa? Jawapan aku "Dont Know and dont care, sebab dia bukan sedara segamaku.."
Blog Widget by LinkWithin