adsense

Showing posts with label gaji naik. Show all posts
Showing posts with label gaji naik. Show all posts

26 May, 2007

Sengal: Senyum Dari Telinga Ke Telinga



Senyum dari telinga ke telinga
Hari ni semua mereka gembira
Dari peon hingga anggota tentera
Dari guru hingga professor madya
Dari polis hingga pegawai istana
Dari hakim hingga pegawai penjara
Dari buruh hingga Menteri Kerjaraya
Terkilan pekerja-pekerja swasta
Mereka pun akan bising meminta

Namun janganlah terlalu happy
Cukai pendapatan tak boleh lari
Tak bayar tak boleh ke luar negeri
Begitu juga dengan makanan asasi
Gula, tepong minyak masak dan roti
Semua akan naik tak lama lagi
Jenuh kementerian dibawah Shafiee
Pak Lah bagi warning awal-awal lagi
Namakan dan malukan itulah strategi
Pakar sosial kata ini shame-base society
Kalau orang dia kenal dia nice and friendly
Kalau orang tak kenal dia buat sesuka hati
Di barat mereka diajar jadi guilt-base society
Kalau dia buat salah dia rasa guilty
Sebab tu jarang berlaku di civil society
Buang sampah atau buang bayi
Okaylah I know you tak faham ini teori

Anyway, how about you and me
Orang yang kerja sendiri
There is no revision in salary
Kena usaha lebih gigih lagi
Sebenarnya berniaga disukai nabi
Nabi kata 90% sumber rezeki
Kerja makan gaji ada gaji mati
Sky is the limit kalau kerja sendiri

Well ini bermakna election sudah dekat
Janganlah terlalu seronok sangat
Ini semua gula-gula untuk rakyat
Dia penaik gaji cukai dia pun sebat
Tak lama lagi naik minyak dan susu pekat
Lebuhraya punya tol pun akan meningkat
Yang terbaik kita belanja dengan berhemat
Belanja rumah dengan berjimat-cermat
Selamat di dunia dan juga akhirat.

21 May, 2007

Isu Hangat: Gaji Dinaikkan Maksimum 35%, Harga Barang Akan Naik???%



Posted on Monday, May 21 @ 17:17:27 MYT by greenboc
Pelbagai Oleh pemudawilayah

"naik
Kenaikan gaji kakitangan awam kumpulan 1 (Gred 1-16) sebanyak 35% dan kumpulan II (Gred 17-40) sebanyak 25% dan Kumpulan Pengurusan profesional (Gred 41 hingga 54) kekal 15% yang diumumkan oleh Perdana Menteri pagi tadi begitu meransang semangat kakitangan awam khusus dalam kategori kumpulan sokongan.

Namun jumlah ini sebenarnya hanyalah cukup-cukup makan bagi mereka memandangkan para peniaga kini dilihat cenderung untuk menaikkan harga barangan.


Kenaikan gaji yang diumumkan dalam Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di PICC itu dilihat agak mengecewakan kerana cadangan CUEPACS agar Kerajaan melaksanakan Dasar Gaji Minimum sebanyak RM 1,000 turut tidak dipedulikan.
Secara keseluruhan, jumlah yang kenaikan diumumkan oleh Pak Lah ini kurang 5% dari tuntutan asal CUEPACS.
Kenaikkan elaun cola sebanyak 100% pula dilihat seperti satu diskriminasi bagi pekerja dari Semenanjung ke Borneo dan Borneo ke Semenanjung yang mana mereka tidak menerima apa-apa tambahan atau kenaikan dalam elaun khidmat diluar Wilayah.
Tindakan ini dilihat bertentangan dengan dasar Kerajaan yang melaungkan slogan Tradisi Membela Rakyat. Seharusnya kumpulan ini turut dinaikkan elaun mereka kerana kos untuk mereka menziarahi Wilayah asal adalah lebih tinggi berbanding kakitangan tempatan. Kerajaan hanya memperuntukan tiket tambang percuma bagi setiap 2 tahun bagi mereka.
Selain itu, mereka turut menghadapi masalah yang sama dengan kakitangan lain yang bertugas dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor, dan Georgetown iaitu masalah kenaikan harga barangan kegunaan harian, minyak dan tol.
\\Ekoran dari pengumuman ini bermula esok, kemungkinan pesta kenaikan harga bagi barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, gula dan peralatan rumah akan bertambah rancak. Selain itu mungkin harga barangan tekstil turut naik bersama bil elektrik, air, telefon, tol dan minyak. Sama ada Kenaikan ini akan berlaku dalam tempoh terdekat ini, ianya terpulang pada pengeluar.
Kerajaan harus bertindak lebih awal bagi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menyembunyikan barang keperluan bagi mendesak kenaikan harga.
Jika ini berlaku Kerajaan akan menyebabkan rakyat terhimpit dan tidak dapat meningkatkan tabungan walaupun gaji mereka dinaikan.
Yang paling teruk adalah kakitangan swasta yang masih lagi belum menerima apa-apa kenaikan khususnya dalam kategori buruh tidak mahir dan separuh mahir. Kesan Kenaikan gaji ini akan dirasai oleh kakitangan Awam sahaja tetapi jika berlaku kenaikan harga barangan kesannya akan dirasai oleh semua rakyat.
Berdasarkan teori ekonomi, pertambahan perbelanjaan oleh pengguna akan meningkatkan gelombang pasaran dan ini akan menyebabkan graf ekonomi meningkat. Walaubagaimana pun, keadaan ekonomi negara yang di war-warkan sebagai stabil ini sebenarnya tidak begitu kerana tabungan rakyat semakin berkurangan.
Walaupun gaji meningkat tetapi apabila para peniaga menaikan harga barang, kuasa beli rakyat akan berkurangan dan mereka perlu mengunakan duit yang banyak untuk membeli barangan yang sedikit. Indeks harga pengguna mungkin naik sedikit tetapi akan jatuh teruk selepas 2 atau 3 bulan kemudian kerana kenaikkan ini jarang ada penurunan sedangan kenaikan gaji ini hanya berlaku 10-15 tahun lagi.
Kesimpulannya, kenaikan gaji kakitangan ini haruslah dilihat sebagai satu cabaran pada Kerajaan untuk memastikan agar para peniaga tidak mengambil kesempatan. Pada situasi kebiasaannya Kerajaan gagal untuk mengawal mereka. Kalau pun ada perundingan kenaikan tetap akan berlaku sama ada 0.1%, 1% atau lebih.
Jadi terpulanglah pada rakyat untuk melihat dan mentafsir pasaran semasa dan bangkit membuat bantahan awam kiranya ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan hidup rakyat

-
Herman Samsudeen


Sumber

Blog Widget by LinkWithin