adsense

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

04 May, 2009

Larangan-larangan







FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT




"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Seminar Perniagaan Internet TERMURAH di Pantai Timur!

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Iklan Di ISUHANGAT!

26 July, 2007

Petua Hangat



KELAPA PARUT
Utk lebih tahan lama,....selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2002. Dan sebelah lagi pada 1 January 2003. Wah?..tahan sampai 2 tahun kan?...

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,...jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. sebab tu lauk cepat basi. ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama',...bayar la zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Kalau tak,..tetiba hilang atau kena curi,...padan muka korang,.ha haa

14 June, 2007

Koleksi Petua Orang Tua-Tua



NASIHAT ORANG TUA-TUA



Kita sering mendengar orang sesat di hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut

Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air

Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali

Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air

Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.


Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat

Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat



25 April, 2007

Santapan Jiwa: Rezeki jadi luas kalau.....



Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: " Kalau kau
rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup,
harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."
Dia menyambung "Kalau kau sudah senang
setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut.
Nescaya
Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet
ada rm2 saya sedekahkan rm1.
Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan
sedikit. Kalau ada rakan susah
nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar
alhamdullilah,
kalau tak saya anggap saya sedekah.
Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada
masa
akan datang.
Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta.
Dalam masa yang sama kena saman polis.
Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar
beberapa ribu. Saya pesan kat dia,
mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan
kat dia.
Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak
mudah
dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.
Kadang, bak kata mak saya,
rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan
puas. Gaji seperti biasa,
tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang
dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
pahalanya itu untuk kamu sendiri.
Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari
keredaan
Allah (ikhlas).
Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan
diberi
pahalanya dengan cukup,
sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat
272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw.,
"Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau
bersedekah dalam keadaan
senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah
bersabda,
"Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan
hisab
(perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar
memperingatkan
sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang
bertaqwa.... ......
Blog Widget by LinkWithin