ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
Showing posts with label Ustaz Akhil. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Akhil. Show all posts
06 September, 2009
Janda Akhil Hayy jadi penyanyi
HAJAT untuk menyertai dunia nyanyian nampaknya berhasil jua apabila Maizawati Zainal telahpun mula memasuki studio untuk merakam lagu dua hari lalu.
Setelah 20 tahun meninggalkan aktiviti nyanyian, Maizawati atau Maiza kembali mengalunkan lagu yang sememangnya diminati sejak kecil lagi.
Maiza sedang menjalani proses rakaman dua buah lagu berjudul ‘Ketentuan’ manakala sebuah lagu raya yang belum diberikan tajuk.
“Lagu ‘Ketentuan’ lebih berkonsepkan ketuhanan manakala sebuah lagimerupakan lagu raya.
Sumber: mstaronline
"Ketahui bagaimana kami membantu beberapa pelajar sehingga mereka berjaya membuat sale RM226k hanya dengan online"
"Student Buat RM1000 Sehari Bersama Ecofirst Products Secara Online/Offline"
"Shopping di Giant, Kamdar dapat duit, isi minyak di Petronas dapat duit. Percuma RM50"
"JOM TENGOK BAJU-BAJU NI TENGOK DULU KOT-KOT BEKENAN"
"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
Iklan Di ISUHANGAT!
15 July, 2009
Akhil cerai isteri talak satu
IPOH: Penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, sah bercerai talak satu dengan Maizawati Zainal, 33, di depan Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.
Ustaz pun manusia biasa..
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
"WOW!!! SANGAT MUDAH, SANGAT SENANG & YANG PALING PENTING SANGAT LUMAYAN!!!"
"Pendapatan Menyentap, Berterusan Bersama Kryptonwork"
"Rahsia Mudah Dapat Zuriat"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Iklan Di ISUHANGAT!
01 June, 2009
Karya Ustaz Akhil yang hebat
Buat Ustaz Akhil Khayy kembalilah kepada isteri, keluarga dan jemaah dan ingatlah madah karya anta sendiri yang anda yang popular satu ketika dahulu. - Ilmu anta, adakah anta manafaat...?.
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabilamasyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negaramenjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadihormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabilatempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mulamengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak matilambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat.Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak ben da ' bulat ' .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
.Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
"TEKNIK MEMBEBASKAN DIRI ANDA DARI HUTANG!...KLIK DI SINI"
"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Iklan Di ISUHANGAT!
26 June, 2007
Akil Hayy ditahan Jais
Akil Hayy ditahan Jais, arak pula dibiarkan berleluasa!
Roy Rasul Mon | Jun 25, 07 | 05:17:26 PM | |
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Apakah jadahnya? Juara menyediakan arak tidak ditahan, tetapi pendakwah dianiaya dan ditahan dari menyampaikan syariat Islam. Semalam, Harakahdaily menyiarkan berita tiga anak Melayu yang menjadi juara menyediakan arak, dan agak malang pihak penguatkuasa agama membuta mata dan memekakkan telinga tanpa memgambil sebarang tindakan walaupun ia dilaporkan secara gah dalam akhbar The Star, 15 Jun 2007 yang lalu. Hari ini, pihak Harakahdaily mendapat laporan bahawa pendakwah dan penyanyi nasyid, Akil Hayy telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam 23 Jun lalu dan akan disoalsiasat oleh jabatan berkenaan esok (26 Jun 2007). Beliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini, berkata, soal siasat tersebut dibuat atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di bawah enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor. Dalam kejadian tersebut Akil Hayy ditahan oleh unit penguatkuasa Jais ketika beliau berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor. Sementara itu, dakwa penyanyi yang bernaung di bawah Inteam records dengan kerjasama EMI, ceramah agama yang disampaikan pada malam itu bertajuk 'silaturrahim' dan tidak ada mengena isu politik. Malah dakwanya ceramah tersebut dihadiri semua masyarakat tanpa mengira fahaman mana-mana politik. Beliau yang merupakan penceramah tunggal di majlis berkenaan, berkata, motif ceramah tersebut adalah untuk mengerat tali siratul rahim antara satu sama lain. Ceramah tersebut juga katanya, dilakukan di dalam surau dan tidak melebihi jam 12.00 tengah malam. Namun katanya, belum lagi beliau berada di pentas beberapa anggota polis dan unit penguatkuasa Jais sudah berada di surau berkenaan. Katanya lagi sebaik saja beliau selesai berceramah beliau didatangi beberapa pegawai Jais dan mereka menyatakan bahawa beliau ditahan kerana berceramah tanpa tauliah. Selepas itu katanya, beliau terus dibawa di Balai Polis Seri Kembangan. Bagaimanapun dakwanya, setibanya di balai berkenaan beliau tidak pun diambil keterangan oleh pihak polis sebaliknya pegawai Jais sendiri mengambil kes tersebut. "Saya tak faham mengapa saya tidak dibawa ke pejabat Jais sebaliknya dibawa ke balai polis. Adakah pihak Jais sengaja mendera minda dan jiwa saya kerana kes itu langsung tidak dilibatkan dengan polis. "Bahkan setelah saya bersama beberapa orang yang menemani saya berada hampir tiga jam di balai polis, tiba-tiba pegawai Jais yang bernama Mohd Rizalnuddin mengambil keterangan saya dan memberi jaminan agar saya untuk hadir ke pejabat Jais di Shah Alam esok," katanya yang pertama kali ditahan sejak terlibat dengan dunia dakwah dan artis. Katanya, walaupun beliau sedar majlis tersebut dipantau pihak berkuasa beliau tetap menyampaikan dakwahnya bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. "Antara intipati dakwah saya ialah menyuruh hadirin menutup aurat, para remaja tidak mendekati gejala dadah, tidak terlibat dengan gejala sosial dan jenayah. "Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi. Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks. |
05 March, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)