ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
Showing posts with label infoo hangat. Show all posts
Showing posts with label infoo hangat. Show all posts
16 August, 2007
Benang Hitam
Soalan
>
> MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila
terdapat
> kanak--kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap
menangis
> lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat
dengan
> benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna
sebagai
> ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan
dan
> amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?
>
>
> SHAMSIAH ABU BAKAR
> Jerantut
>
>
>
> Jawapan OLEH DATO' DR HARON DIN
>
>
> Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah
> banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang
dibawa
> kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi
meminta
> supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah
dibuang
> dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.
>
> Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya
> berten-tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi
penjelasan,
> antaranya hadis yang bermaksud: "Uqbah Ibnu 'Amir berkata, 'Saya
pernah
> mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa
yang
> meng-gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan
menyempurnakan
> hajat-nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit
siput
> (Wada'ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.'"
>
> Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang
penggunaan
> tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja
yang
> dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan
kepada
> orang yang memakainya.
>
> Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada
satu
> lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang
lelaki,
> lalu baginda bertanya lelaki itu, 'Apakah yang kamu pakai ini?
"Lelaki
> itu menjawab, "Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang
> diriku daripada sebarang kelemahan."
>
> "Lalu baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya benda-benda seperti
ini,
> tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua,
buanglah ia
> kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda
> seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu." (Hadis riwayat
'Imran
> bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal.
>
> Dalam hadis lain (mafhumnya): "Dan Abu Bashir al-Ansari
meriwayatkan,
> pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w.
dalam
> satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada
unta-unta
> yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.
>
> "Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai,
> kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah
dipotong
> dan dibuang." (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).
>
> Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian,
sebab
> utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu,
orang-orang
> Arab mem-percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan
selamat
> daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada
syirik,
> samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.
>
> Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan
kanak-kanak,
> atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna
dipakai di
> leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua--tua, atas
kepercayaan
> ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.
>
> Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): "Sesiapa
yang
> mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai,
maka
> dia telah syirik kepada Allah SWT."
>
> Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.
>
> Waalahu a'lam.
>
>
>
>
>
> (Petikan dari Harakah Bil.1335)
>
>
>
>
>
> Komentar Saya :
>
>
>
>
>
> Perkara karut dan syirik seperti ini sememangnya amat banyak
dalam
> masyarakat. bagi saya, ia adalah
>
> salah satu punca kerapuhan iman umat Islam yang akhirnya dengan
mudah
> tertarik kepada harta haram dan
>
> seks bebas.
>
>
>
>
>
> Media tidak terkecuali mempelopori kesyirikan dan kekarutan
ini
> melalui cerita yang ditayangkan.
>
> Selain itu, apabila ada sahaja kisah orang meninggal, maka
media
> akan temuramah si ibu bapa atau
>
> keluarga berkenaan perkara pelik yang dilakukan oleh si mati sebelum
> menemui ajal, alalu didedahkanlah
>
> konnnya si mati sebelum itu muram, ada juga yang kata, dia tak
pernah
> mandi awal, tiba-tiba pagi
>
> semalam mandi awal, rupanya tanda nak mati dan lain-lain. INI SEMUA
> KHURAFAT KARUT SERTA BOLEH MEMBAWA
>
> SYIRIK.!
>
>
>
>
>
> Baca juga bentuk-bentuk kepercayaan karut dan syirik seperti
rama-rama
> masuk rumah, tangan gatal tanda
>
> dapat duit, sebelah mata bergerak tanda nak mati dalam tempoh
> tertentu, cawan pecah tanda perkara
>
> buruk akan berlaku dan banyak lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)