adsense

Showing posts with label Sharlinie. Show all posts
Showing posts with label Sharlinie. Show all posts

24 October, 2009

Kanak-kanak perempuan di culik dan dirogol

due 21 Nov

Sistem pembelajaran cemerlang due 15 okt

Masih teringat lagi isu hangat yang menggemparkan kisah adik Nurin Jazlin Jazimin yang ditemui telah meninggal dunia dan adik Sharlini yang sehingga kini tidak mempunyai apa-apa berita.
gambar Nurin Jazlin Jazimin

Setelah lama isu tersebut menjadi senyap sehingga gambar adik Sharlini yang dulunya bertebaran di blog-blog kes budak kena culik menjadi isu hangat semula. Selagi penculik psyscho ini belum ditangkap nampaknya kanak-kanak perempuan dan juga mungkin budak lelaki seperti Asmawi dahulu dalam bahaya.

Jika adik Nurin dan Sharlini diumpan dengan mencari kucing yang hilang, semalam seorang lagi kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun di Meru,Klang telah diculik dan dirogol dengan diumpan wang RM5.00.

Kanak-kanak itu dipercayai sedang berjalan dengan seorang sepupunya untuk ke kedai berdekatan rumah mereka di Sungai Pinang di sini malam tadi apabila dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Kanak-kanak perempuan itu berkata kemudian lelaki tersebut memindahkannya ke sebuah van berwarna putih. Kanak-kanak itu berjaya melepaskan diri dan berjalan sejauh kira-kira 2 km sebelum menjumpai perumahan untuk meminta pertolongan.

Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini pagi tadi dan pemeriksaan awal menunjukkan dia telah dirogol.


"Bina Empayar E-commerce Anda Dari Rumah & Jana Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari"


"LEVIS DAN JEANS TERHANGAT DESIGN JAPAN&HONG KONG"


"INGIN MENJANA INCOME RIBUAN RINGGIT SEMINGGU?HANYA DI RUMAH!PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA !"


"BISNES GLOBAL CUMA RM35, SAMBIL MILIKI WEBSITE SENDIRI"


"Pakej fotografi perkahwinan TERMURAH dan EKSKLUSIF bermula dari serendah RM200!!"


"JOM TENGOK-TENGOK JERSEY BOLA BAIK PUNYA!!!"


"Pakej fotografi perkahwinan TERMURAH dan EKSKLUSIF bermula dari serendah RM200!"


"Jana Income Dari Rumah Dengan Dua Jam Sehari Sahaja"


"Jawatan Kosong / Kerja Kosong di Kerajaan. Apply Sekarang!"


"bisnes online yang mudah dan gempak! duduk rumah pun duit masyuk!!"


"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"


Iklan Di ISUHANGAT!

11 February, 2008

Bekas polis gagalkan cubaan culik kanak-kanak 5 tahun



Kes culik di Malaysia semakin menjadi? Adik Sharlinie belum dapat dikesan sedangkan ganjaran sudah mencecah RM100,00.00 mencadi cabaran kepada PDRM dan rakyat Malaysia. Kempen "dimana adik Sharlinie" masih tidak berhasil malah ada yang buat lawak sarkas dengan memberi info palsu juga bomoh-bomoh yang membuktikan mereka sebenarnya tidaklah sehandal mana. Juga isu waran PDRM yang menggeledah rumah yang disyaki serta Dato Yusof Haslam yang membuat kecoh dengan Drama Gerak Khasnya

Yang terbaru ialah di Klang di mana ada percubaan culik juga kepada kanak-kanak yang bernama Ain pula.

Persoalannya kenapa kejadian culik semakin galak sekarang ni????

Bekas polis gagalkan cubaan culik kanak-kanak 5 tahun

KLANG 10 Feb. - Cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang hanya dikenali sebagai Ain di hadapan pusat beli-belah Klang Parade di sini pada 27 Januari lalu berjaya digagalkan oleh seorang bekas anggota polis yang terserempak dengan kejadian itu.

Mohamed Yassin Fatah Mohamad, 45, yang juga ahli Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan (Perisi) menggagalkan cubaan culik oleh dua lelaki bermotosikal itu selepas berjaya menakutkan mereka.

Menceritakan peristiwa kira-kira pukul 8 malam itu, Mohamad yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini petang ini untuk melaporkan kejadian itu berkata, ketika kejadian, beliau sedang berjalan ke arah pekarangan pusat membeli-belah tersebut untuk membuat salinan dokumen perniagaannya.

''Ketika sedang berjalan, saya ternampak kanak-kanak perempuan berkenaan sedang berlari dalam keadaan ketakutan sambil menjerit perkataan mama beberapa kali.

''Pada masa yang sama, di belakang budak perempuan itu ada dua lelaki bertopi keledar dan menaiki motosikal sedang mengekori.

''Saya yang pada mulanya tidak menyangka ia satu cubaan untuk melarikan kanak-kanak itu terus menjerit kepada kedua-dua suspek yang mula mencapai tangan budak itu,'' katanya.

Katanya lagi, pada ketika itu, beliau menghampiri kedua-dua lelaki terbabit dan seorang awam yang menaiki kereta.

''Mungkin kerana takut, kedua-dua lelaki terbabit melepaskan tangan kanak-kanak itu dan terus memecut," dakwanya.

Menurut Mohamad Yassin, melihat kedua-dua lelaki terbabit melarikan lari, beliau terus mendukung kanak-kanak itu sementara orang awam itu pula menghubungi polis.

''Kanak-kanak itu menangis dan badannya menggigil mungkin ketakutan dan saya memujuknya sambil bertanya nama dan di mana ibu dan bapanya.

''Kanak-kanak itu memberitahu namanya Ain dan ibu bapanya berada di pusat beli-belah Klang Parade untuk membeli barang," katanya.

Kata Mohamad Yassin, selepas 15 minit menunggu, sebuah kereta peronda polis tiba dan beliau menyerahkan kanak-kanak itu kepada anggota polis untuk tindakan lanjut.

Beliau kemudiannya pulang ke rumah dan tidak dapat melupakan kejadian tersebut serta ingin mengetahui keadaan budak perempuan itu.

''Akhirnya selepas berbincang dengan Ketua Perisi, saya yang sibuk dengan urusan perniagaan datang ke balai hari ini untuk membuat laporan kejadian dan pada masa yang sama ingin bertanya kepada pihak polis keadaan Ain.

''Saya berharap dapat berjumpa Ain selepas ini," jelasnya.

Katanya, beliau dan anggota Perisi lain turut membantu usaha mencari kanak-kanak yang diculik, Sharlinie Mohd. Nashar, 5.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada ibu bapanya pada hari yang sama kejadian berlaku.

Kata beliau, ibu bapa kanak-kanak itu berada di dalam pusat beli-belah Klang Parade dan tidak mengetahui yang anak perempuannya hampir diculik.

30 January, 2008

Gambar Sharlinie selain lentuk kepala



Seorang blogger ,Wahdi, telah mengubah sedikit gambar Sharline yang gambar asalnya terlentuk kepala ke gambaran yang lain untuk memudahkan kita mengecamnya:

Kepala tegak;
Image hosting by Imageshack.us
Berambut panjang;
Image hosting by Imageshack.us
Dibotakkan;
Image hosting by Imageshack.us

Dipakaikan tudung;
Image hosting by Imageshack.us
(Spt biasa klik gambar untuk perbesarkan)


Credit

25 January, 2008

Jangan beri harapan palsu dan mencipta syirik - Penganalisa Jenayah




Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim menasihati supaya para bomoh mahupun paranormal yang menawarkan khidmat mengesan Sharlinie Mohd Nashar yang hilang agar tidak memberi harapan palsu kepada kepada keluarga mangsa.

Kamal berkata dalam beberapa kes penculikan, terdapat ramai bomoh tampil memberi jaminan dengan khidmat yang diberikan akan dapat menemui mangsa culik dengan segera sedangkan sebaliknya merupakan harapan palsu yang menyebabkan keluarga mangsa akan merasa lebih tertekan dan derita.

"Jangan memberi harapan palsu dan mencipta syirik kepada Allah SWT," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.net baru-baru ini.

"Dalam kes lepas sejumlah 73 paranoramal, pawang atau bomoh telah berjanji akan menemui mangsa namun satu pun tidak berjaya," katanya.

Kamal berkata, dalam kes Nurin Jazlin Jazimin, bapanya pernah meminta beliau menyaksikan sendiri dua bomoh yang datang ke rumah untuk mengesan kehilangan anaknya itu.

"Dua bomoh ini mengatakan mereka pakar dan begitu angkuh menyatakan Nurin telah 'disembunyikan' oleh orang bunian di atas sebatang pokok," katanya

Image"Lantas saya menggesa mereka segera 'menurunkan' Nurin daripada pokok tersebut namun mereka memberi helah termasuk menyatakan ada perjanjian antara Raja Bunian dan akan membawa kembali Nurin dalam jangkasa masa terdekat," katanya.

Semenjak itu, Kamal sering menghubungi bomoh terbabit untuk mendapat maklum balas, namun pelbagai alasan diberikan sehinggalah kanak-kanak malang ini ditemui 27 hari kemudian dalam keadaan yang menyayat hati.

Dalam pada itu Kamal juga tidak bersetuju dengan penawaran ganjaran kepeda orang ramai bagi mengesan mangsa culik. "Nak beri ganjaran atau nak jadikan orang sebagai hero atau 'dewata' semuanya boleh dilakukan tetapi selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu. Tak payah hebahkan," kata bekas anggota polis itu.

Kamal menjelaskan bagi penjenayah yang pertama kali menculik, ganjaran tersebut akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya dan hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.

Lebih parah katanya jika penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini dan bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.

Beliau menyarankan agar wang ganjaran itu, atau mana-mana pihak yang ingin mebri imbuhan supaya menyalurkan wang tersebut kepada pertubuhan-pertubuhan cegah jenayah sepert PS the childern (Please Save the Children) atau PIBG sekolah yang ingin menganjurkan program cegah jenayah ataupun pencegaha penculikan.

"Adalah lebih baik menyalurkan ganjaran tersebut kepada mereka kerana pertubuhan ini perlukan dana untuk anjurkan program seperti itu. Wang tersebut boleh membendung, mencegah dan mengurang risiko jenayah dan penculikan daripada berlaku.

"Kenapa setiap kali penculikan terbaru ada ganjaran yang diberikan dan bagaimana kes 10 tahun lalu yang belum ditemui mangsa, tiada ganjaran yang diberikan?"

"Bagi saya yang penting adalah kejujuran," katanya yang turut mempunyai laman blog sendiri iaitu www.kamalfndhashim.blogspot.com

Credit

24 January, 2008

RENUNGAN AMALAN BUAT KEDUA IBUBAPA ADIK SHARLINE



Oleh gadisberbisa


"Salam kasih buat keluarga adik Sharline yang sekian lama mengharap redha dan rahmat Allah agar setiap harapan dan doa dimakbulkan oleh Allah swt Yang Lebih Maha Melihat dan Maha Berkuasa dari segala-galanya.Moga setiap solat hajat dan doa yang dipanjatkan oleh setiap kita yang bernama saudara muslim dan muslimat diterima oleh Allah. Amiin.

Penulis memohon kemaafan dalam cadangan yang diberikan ini.Namun sebagai saudara yang merasakan perlunya bersama memberi sokongan dan pendapat kepada kedua ibubapa adik ini,penulis ingin meluahkan sedikit amalan buat kedua ibubapa tersebut.Moga dengan amalan ini dapat memberi satu petunjuk atau jalan yang senantiasa diredhai dan dirahmati Allah.Insya Allah.

Maaf sekali lagi.Penulis bukanlah bomoh ataupun pakar dalam bidang agama mahupun bijak pandai dalam perubatan tradisional.Penulis cuma memberi beberapa tips kepada kedua ibubapa anak ini agar dengan usaha dan cara ini mungkin dapat memberi petunjuk mahupun kebenaran diatas masalah kehilangan adik Sharline.

Moga jua setiap doa dan munajat yang dilakukan oleh setiap kita diperkenankan oleh Allah swt.Aamiin Ya Allah.

Tips ini pernah dicuba oleh pesakit penulis dan Alhamdulillah dengan izin dan kuasa Allah Yang Maha Hebat,benda yang hilang dapat dijumpai semula.Namun kita perlu tawakkal pada kuasa dan kehebatan Allah dan tips ini hanyalah sekadar satu iktihar serta usaha kita.

Maaf.

1. Lakukan solat hajat 2 rakaat.(Sujud akhir sekali-berdoa dalam hati agar Allah mengembalikan adik Sharline dengan selamat)

2. Selepas salam terus membaca ayatul kursi 7.(Jangan berkata-kata pada sesiapa semasa membaca ayat tersebut)

3. Selepas itu berzikir dengan menyebut Ya SAMAD 100 X dengan harapan doa dimakbulkan.

4. Ya KHOBIRUU 100 X

5. Ya Latiff 100 x

6. Terus berdoa dengan membaca Alhamdulillahirobbilaalamin 7 x,Ya Wahab 7 x dan salawat sepertimana dalam tahiyat akhir solat dan terus bermunajat doa pada Allah agar adik Sharline dijumpai semula dengan selamat.

Amalan ini adalah satu cadangan sahaja dan perlu dilakukan oleh salah seorang dari kedua ibubapa adik Sharline.Amalkan sehingga berjumpa atau sekurang-kurangnya 3 hari.


7. Selepas itu kedua ibubapa tersebut perlulah banyakkan berzikir Ya KHOBIRUU dalam jumlah seberapa sahaja setiap masa

Tips ini hanya satu pendapat yang merupakan salah satu perubatan yang diberikan kepada pesakit penulis yang pernah kehilangan benda.Alhamdulillah,dengan kudrat dan kuasa Allah,pesakit penulis dapat menjumpai barangnya semula dengan selamat.Dengan keyakinan mengharap redha Allah,pesakit menjumpai barang yang hilang dalam masa 45 minit.Namun semua ini adalah kuasa dan kudrat Allah Yang Maha Hebat.

Mungkin ada banyak lagi tips dan cadangan yang dapat membantu keluarga adik ini.Ramai juga dikalangan ahli dan pembaca tranungkite lebih bijak pandai dan kuat dalam amalan beragama.Moga segala doa,cadangan dan panduan yang dilakukan oleh ahli mahupun pembaca dapat membantu usaha mencari adik Sharline.

Penulis memohon kemaafan diatas panduan dan cadangan ini.Cuma penulis merasa terpanggil untuk membantu memberikan satu kaedah rawatan dalam perubatan yang dilakukan oleh penulis.Maaf sekali lagi.

Moga segala doa,munajat dan amalan solat hajat yang banyak dilakukan oleh setiap kita senantiasa diredhai dan dirahmati Allah swt serta dimakbulkan.Aamiin.

maaf sekali lagi.
"


23 January, 2008

Minta kad kuasa polis yang periksa rumah




PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan agar memastikan pemeriksaan dari rumah ke rumah yang dijalankan bagi mencari Sharlinie Mohd. Nashar, 5, hanya dilakukan oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed menegaskan, orang ramai perlu mengambil langkah melihat kad kuasa anggota polis terbabit bagi mengelak daripada ditipu.

“Orang ramai boleh meminta polis supaya menunjukkan kad kuasa sebelum membenarkan mereka memasuki rumah,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang disiarkan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini kepada semua ketua polis daerah supaya melaksanakan gerakan mencari Sharlinie dari rumah ke rumah.

Menurut Musa, gerakan yang dimulakan terlebih dahulu di Lembah Klang itu akan turut meliputi Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Arjunaidi menjelaskan, pihak polis tidak memerlukan sebarang waran untuk melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

“Waran hanya diperlukan untuk kes tertentu tetapi dalam kes ini (mencari kanak-kanak hilang) tidak perlu,” ujar beliau.

Mengulas arahan Musa itu, bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussain mengalu-alukan usaha terbaru polis itu.

16 January, 2008

Doa untuk adik Sharlinie



"a
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda


Ya Allah ya Tuhan kami

Kami lemah ya Allah, hanya kepada Mu kami mohon pertolongan ya Allah
Tolonglah kami mencari adik Sharlinie binti Mohd Nashar
Agar kami dapat menjumpainya dalam keadaan yang selamat

Ya Allah ya Tuhan kami yang melembutkan hati manusia
Lembutkanlah hati penculik adik Sharlinie binti Mohd Nashar
Agar dia dapat memelihara dan mengembalikan adik Sharlinie kepada ibu bapanya

Ya Allah, segala usaha telah kami lakukan
Segala tenaga telah kami kerahkan
Namun Engkau Yang Lebih Berkuasa sebenarnya

Ya Allah, teguhkanlah iman kami ini
Teguhkanlah iman Puan Suraya binti Ahmad dan Encik Mohd Nashar bin Mat Hussain

Ya Allah, apalah cubaan yang menimpa negara Malaysia sekarang ini
Ya Allah, jadikanlah kejiranan kami, kejiranan yang berkasih sayang

Ya Allah, peliharakanlah kami, lindungilah kami dari orang yang zalim dan berbuat aniaya di Malaysia ini.

Hanya kepada Mu kami berserah
Kami hanya insan yang amat lemah

Perkenankanlah doa kami ini ya Allah.
Amin

11 January, 2008

Lelaki kucing



Inilah dia gambar penculik Sharlinie yang dilakarkan oleh Polis dengan bantuan kakak
Sharlinie. Lelaki ini juga dipercayai lelaki gila seks yang sama dengan kes culik arwah Nurin dan beberapa orang kanak-kanak perempuan yang hilang lain.

Digelar lelaki kucing kerana dia menggunakan taktik mengajak mangsa mencari kucing yang hilang.

Gambar lelaki kucing

Kempen pencarian Sharlinie Mohd Nashar



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kejadian menimpa adik Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan kita,kini mangsa terbaru kanak-kanak perempuan di culik, Sharlinie , 5 , atau dikenali sebagai Nini dilaporkan hilang kira-kira pukul 11.30 pagi semalam ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka.

Antara yang menawarkan ganjaran ialah Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) Datuk Donald Lim Siang Chai yang melalui Pusat Perkhidmatannya, menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mana-mana individu yang memberi maklumat sehingga terjumpanya kanak-kanak itu.

“Saya harap masyarakat akan tampil memberikan maklumat dan kerjasama dengan polis agar Sharlinie dapat kembali semula ke pangkuan keluarga,” katanya kepada pemberita dalam program `Kembalikan Adik Sharlinie Ke Pangkuan Keluarga’ di sini malam ini.

Lelaki gila seks yang diberi gelaran lelaki kucing dipercayai terlibat.

Sila forward kepada teman poster adik Sharlinie ni..
Blog Widget by LinkWithin