ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
03 June, 2009
Search tidak dapat tembusi Kelantan
Konsert rock jelajah Malaysia oleh otai rock Malaysia SEARCH "berbaloi-baloi" telah diadakan di Trengganu minggu lalu namun Kelantan sudah pun membatalkan permit kebenaran konsert jelajah Malaysia itu menjejakkan kaki ke dalam negeri tersebut.
Nampaknya walau pun Amy sering berjumpa dan cium tangan Tok Guru Nik Aziz tapi masih tidak boleh menembusi Kelantan.Mat-mat Kelantan kalau nak tengok Search pergi ke negeri lain yer..
Saya mendengar teguran Ustaz Mursyid di radio JBFM berkenaan dengan konsert Jomheboh di Danga Bay JB ahad lepas. Walaupun dia tidak bercakap direct konsert tersebut adalah Jomheboh tapi memandangkan event tersebut baru berlaku di JB confirmlah konsert yang dikatakan itu adalah konsert Jomheboh.
Dia kata wajib bagi dirinya menegur mengenai haramnya bercampur gaul bebas lelaki dan wanita bukan muhrim, bersentuh-sentuhan, bergesel-gesel bahu, tidak menutup aurat dan mungkin tidak sembahyang Maghrib. Beliau bersangka baik semua penonton konsert tersebut sembahyang jemaah dulu. Tahniah kepada Ustaz Mursyid yang berani menegur walaupun secara beralas-alas...
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Iklan Di ISUHANGAT!
29 September, 2008
Amy Search disaman
Amy Search disaman 3 juta oleh kanak-kanak berumur 3 tahun Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir menyaman Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman selaku pemilik Restoran Laksamana Cheng Ho kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur akibat terkena tumpahan kuah tomyam panas.
Nik Muhammad Zakwan memfailkan saman itu melalui bapanya, Nik Zahir Nik Mohd. Idris, 31, dan menuntut ganti rugi sebanyak RM300,000.
Berkata kepada Kosmo, Amy Search menganggap saman tersebut adalah cabaran Ramadhan baginya.
14 May, 2008
05 May, 2008
Tuan Guru Nik Aziz dan Amy Search
Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin Mon | May 05, 08 | 12:21:04 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Serch di Wangsa Maju, Setapak, Ahad lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum itu merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju. Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri. Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur'an di Johor. Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif. Berita penuh menyusul.- tajdid |
Sumber: harakahdaily
Technorati Tags: Gambar Tok Guru, Tok Guru Nik Aziz, Gambar Amy Search, Amy Search, Amy Search masuk PAS, restoran Amy, restoran Cheng Ho, PAS
20 November, 2007
20 July, 2007
Amy Search menangis melihat Kaabah
APABILA penyanyi rock terkemuka yang pernah berambut panjang, beranting-anting dan memakai kalung di leher memutuskan menunaikan umrah baru-baru ini, ramai terkejut. Pelbagai tanggapan timbul, kononnya pemergian Amy ke Makkah adalah suatu yang pelik kerana imejnya sebagai penyanyi rock sukar dikaitkan dengan ilmu agama. Malah Amy sendiri mengakui semasa di sana, beliau turut diuji apabila terdengar kata-kata orang yang mempertikaikan kehadirannya di situ hasil wang nyanyian yang disifatkan 'tidak bersih'. 'Dalam sibuk beribadat, masih ada orang sempat memperlekehkan insan lain. Saya terdengar perbualan seseorang mempertikaikan kehadiran saya di tanah suci. Barangkali maksudnya saya ini penyanyi, maka wang yang saya perolehi tidak halal. 'Alhamdulillah, saya sedikit pun tidak melenting kerana umrah urusan saya dengan Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Bijaksana. Sama ada saya diterima atau tidak, itu hak Allah. 'Yang pasti, sewaktu mengambil keputusan ini dulu, hati saya sudah bulat dan saya berserah dengan apa pun dugaan yang bakal ditempuhi,' luah Amy dalam laporan akhbar Harian Metro. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 49 tahun, berada di Makkah bersama isteri, Hasniza Hassan atau mesra dipanggil Norish, 26 tahun, dari 29 Mei hingga 11 Jun lalu. Menurut beliau, keinginannya mengerjakan umrah sudah terdetik sejak beberapa tahun lalu. 'Paling seronoknya sepanjang mengerjakan umrah saya dapat sembahyang Jumaat dua kali iaitu di Masjid Nabawi, Madinah, dan Masjidil Haram, Makkah. 'Selama empat hari di Madinah, saya berpeluang solat di Raudhah, salah satu taman syurga. Bukan mudah merebut peluang bersembahyang di Raudhah kerana kawasannya amat terhad dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai,' tambahnya. Ketika tiba di Makkah, Amy mengucap syukur sebaik melihat Kaabah. 'Ia cukup indah hingga saya menangis. Selesai berehat, saya terus melakukan tawaf. Saya juga mengorbankan rambut. Malah saya berikrar mahu kekal dengan imej begini selama-lamanya kerana dengan cara ini hati saya sentiasa terkenangkan Makkah,' kata Amy. Mengenai doanya ketika di Makkah, Amy berkata, beliau memohon kepada Allah swt agar ditetapkan hatinya supaya tidak malas bersolat dan mematuhi segala yang termaktub dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Kini beliau berhasrat untuk melakukan umrah Ramadan pula. BHS |
25 June, 2007
Amy Search dapat ketenangan luar biasa di Mekah
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
|
SINGGAH di kediaman baru penyanyi Amy Search di Villa Damansara, wangi setanggi menyemarak ke rongga hidung. Saat jarum jam sudah menjengah ke angka 8.40 malam, alunan bacaan al-Quran beralun lembut dari sisi radio yang terhias cantik di ruang tamu menyambut tiba tetamu.
"Ini bukan bau setanggi, ini bau haruman Hajarul Aswad,'' kata Norish seraya mempersilakan kami duduk di sofa.
Amy dan Norish bersama empat saudara yang lain baru pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah.
Kemudian Amy muncul dengan anak lelakinya Xander dan menceritakan pengalamannya di Mekah. Selama dua minggu, Amy melakukan sesi umrah sebanyak enam kali, sementara isterinya sebanyak lapan kali.
Banyak pengalaman indah lagi berharga sepanjang empat hari di Madinah dan 10 hari di Mekah.
Orang kata, rockers biasanya berjiwa keras dan kasar, tetapi itu bagi yang tidak mengenali siapa Amy secara luar dan dalamnya. Amy bukan hanya seorang rockers yang cemerlang, tetapi pancaran aura seorang ayah dan suami yang baik.
Dia bercakap dengan bahasa yang lemah lembut, hormati orang lain dan berbudi orangnya. Dalam pertemuan itu, Amy menyatakan kerinduan untuk ke Tanah Suci lagi jika diberi rezeki.
*Pemberian Tuhan
Kepada Amy mengerjakan umrah adalah anugerah yang tidak ternilai. Meskipun beberapa kali tertangguh, akhirnya dia kembali mengadu kepada Yang Maha Kuasa untuk mendapatkan peluang mengerjakan umrah pada Jun ini.
"Memang mulanya sedih sangat bila dua kali tertangguh. Ada masalah visa, ada masalah masa yang membuatkan kami terbantut untuk pergi lebih awal.
"Saya memohon supaya Allah sampaikanlah hajat saya kali ini. Alhamdulillah akhirnya kami berangkat juga dan selamat kembali tiga hari lalu," kata Amy.
Berkongsi pengalamannya, setelah 25 tahun melibatkan diri kepada dunia seni, di Tanah Suci menurut Amy, adalah ketenangan dan kedamaian yang sama sekali berbeza.
Dia sudah lama mengidamkan saat-saat ini. Tatkala berada di Mekah dan Madinah, hati tiba-tiba luluh. Dia ingat kepada Allah dan Rasulullah, perjuangan sahabat-sahabat dan kemurnian Islam.
"Saya dan isteri tidak berfikir lain selain dari ibadat, sebab bukan mudah untuk datang ke sana lagi," tegas Amy.
Katanya, mereka datang dari jauh, berpisah dengan keluarga, anak-anak untuk menziarah dan beribadat di Tanah Suci.
Masjid Nabawi yang punya tarikan tersendiri, menjadikan masa lapang Amy tidak di bilik penginapan. Setiap solatnya di masjid yang dijanjikan pahala seribu kali berbanding masjid-masjid lain selain Masjidilharam itu.
Begitu juga ketika di Mekah. Amy berusaha sedaya mungkin berada di saf hadapan pada setiap kali solat, berdepan dengan Kaabah.
"Keindahan yang tidak boleh diceritakan kepada sesiapa sahaja. Selepas sembahyang, mengucup Hajarul Aswad, memang momen paling bahagia dalam kehidupan seorang manusia,'' kata Amy lagi.
*Doa di Raudah
Peluang beribadat di Raudah, yang terletak berhampiran dengan makam Rasulullah s.a.w. Amy sempat menitipkan doa indah. Yang dipinta sebaik pulang ke Malaysia hatinya kekal dengan kasih dan sayang, cinta yang sarat kepada kebaikan.
"Biarlah rasa cinta ini selama-lamanya. Doa saya supaya jangan tutup pintu hati kepada Allah. Jangan malas sembahyang, jangan malas buat kebaikan. Juga kepada anak-anak semoga punya masa depan yang indah," katanya.
Rockers terkenal ini juga tidak dilupakan bagi menitipkan doa kesejahteraan dan murah rezeki untuk seluruh peminat yang selama ini mengangkat dirinya ke tahap sekarang.
Sebagai penyanyi, Amy percaya apa yang dikecapi hari ini adalah dengan sokongan dan dorongan peminatnya.
"Entah mengapa ketika di sana, saya menjadi semakin sentimental mengenangkan pengorbanan peminat-peminat selama ini," ujarnya. Justeru selama di sana, dia tidak putus turut mendoakan semua peminat di tanah air yang selama ini menjadi pendorong.
Biarlah mereka juga dibuka pintu rezeki untuk sama-sama ke Tanah Suci dan melakukan ibadat sebaik mungkin di sana suatu masa nanti.
Apa yang paling puas kepada Amy ialah melalui wang yang diterima hasil titik peluh menyanyi selama ini, dia diterima sebagai tetamu Allah di Tanah Suci.
Kata Amy, mungkin kerana dia rockers, ada yang menyangka dia tidak ingat Tuhan. Sebab itu ada yang hairan bila mendapat tahu Amy mahu ke Mekah.
"Saya sendiri pelik kenapa ada tanggapan sebegitu sedangkan kita sebagai manusia adalah sama saja," tegas Amy.
Bagi Amy, persepsi bahawa orang seni mungkin tak ingat Tuhan adalah silap sebab apabila dia dipilih sebagai tetamu Allah, itu tuah dan rezekinya.
*Menyesal tak bawa anak
Sepanjang berada di Tanah Suci, kedua- dua anak kecilnya, Xander dan Sonia dijaga oleh ibu mentua Amy. Meskipun begitu kata Norish, sesampai saja di sana, hatinya kesal kerana meninggalkan dua anak itu dan tidak membawa bersama-samanya.
Norish yang bertudung semenjak April lalu juga berhadapan dengan pelbagai pengalaman indah sepanjang di Tanah Suci.
"Melihat jemaah lain mengendong anak kecil ada yang lebih kecil daripada Sonia, saya menyesal tidak membawa mereka bersama. Lain kali kalau diizinkan lagi ke sana, insya-Allah kami akan membawa anak-anak bersama,'' katanya.
Melihat pengalaman wanita dari negara lain yang membawa anak-anak masing-masing, Norish merasakan bukan sesuatu yang terlalu sukar untuk mereka menjaga anak sendiri sepanjang beribadat di Mekah.
*Semoga Yayasan Isabella jadi realiti
Ada satu perkara yang belum menjengah menjadi realiti. Amy berhasrat semoga suatu hari nanti cita-cita untuk menubuhkan badan kebajikan atas nama Yayasan Isabella akan menjadi kenyataan.
"Itu akan menjadi komitmen saya kepada masyarakat. Kerana mereka mengangkat saya, mereka mengangkat Search sampai masanya untuk kami mengembalikan semula segala-galanya kepada mereka pula.
Sumber20 June, 2007
Amy Search, Masjidil Haramain dan pengurusan masjid kita
Amy Search, Masjidil Haramain dan pengurusan masjid kita
Posted on Tuesday, June 19 @ 13:44:21 MYT by greenboc
Oleh pemudawilayah
"Oleh Ahmad Tajdid
Alhamdulillah, pada akhir Mei dan awal Jun lalu, saya berkesempatan melakukan ibadah umrah dan ziarah di Makkah dan Madinah. Banyak pengalaman yang mampu dikutip sepanjang 3 hari di Madinah dan 8 hari di Makkah.
Pada suatu pagi hari di Madinah, saya dan bapa mertua menuju ke Masjid Nabawi bagi menziarahi makam Rasulullah s.a.w. dan mencari kesempatan beribadah di Raudhah. Sesampainya kami di dataran Masjid Nabawi, saya melihat Dr Badrul Amin Baharon, bekas tahanan ISA dan bekas Ahli MPT KeADILan sedang berbual dengan beberapa orang jemaah Malaysia.