adsense

Showing posts with label pelaburan internet. Show all posts
Showing posts with label pelaburan internet. Show all posts

14 October, 2008

Buluhmas kena siasat BNM





Bank Negara Serbu Empat Syarikat Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Haram

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia menyerbu empat syarikat hari ini yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata empat syarikat itu ialah Buluhmas Enterprise Sdn Bhd, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel and Services Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd, yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat itu dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.

Bank Negara akan menjalankan siasatan ke atas operator syarikat terbabit mengikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.

Denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan ke atas pesalah mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan wang yang dianjurkan menerusi Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak berlesen atau dibenarkan oleh Bank Negara untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing.

Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

-- BERNAMA

03 December, 2007

Surat untuk Ustaz Zaharuddin



Petikan dari : www.tranungkite.net

"Di sekeliling kita sekarang penuh dengan berita pelaburan internet yg telah difatwakan haram.tahniah para mufti dan USTAZ ZAHARUDDIN juga kerana berjaya membawa perkara ini ke media dan ke badan yg berwajib secara lansung.saya mengikuti setiap rentetannya hingga kini.tahniah sekali lg.ini bermaksud kita tidak ketandusan ilmuan dlm bidang ekonomi berlandarkan Quran dan Sunnah.

TAPI..amat mengecewakan..
dalam setiap ulasan dan komen yg diberi berlandaskan kpd 2 punca tadi, dari awal isu ini timbul, tiada satu pun cadangan atau pandangan yang dikeluarkan oleh ustaz zaharuddin dan JAKIM bagi mengharuskan program2 internet base ini.

sebagai contoh..Empay
dikatakan ianya tidak berlandaskan syariat kerana konon antaranya;

1. TIADA AKAD.

mengapa ustaz2 di luar sana YANG GALAK mengatakan itu dan ini, tidak MENCADANGKAN IDEA bagaimana masalah akad ini boleh diatasi (samada perlu berjabat salam dulu ke seperti bank tempat umat islam berhutang - Bank Rakyat cthnya, sebelum org Islam diberi diberi hutang.juga ada borang perjanjiannya ) .supaya program yg telah terbukti memberi pendapatan sampingan kepada umat islam ini dapat menjadi halal.

2. GHARAR

Cuba juga para mufti dan TERUTAMANYA ustaz zaharudin - Pakar Ekonomi Islam, cadangkan satu jalan supaya ia tidak gharar - tahu syarikatnya di mana, tahu penerajunya, tahu perjalanan duitnya, ada produknya (seperi Bank Rakyat yg menyatakan dalam borang perjanjian ketika memberi hutang kepada orang Islam itu lebih kurang begini"Pihak Bank jual Pendingin Hawa ini kepada si peminjam dengan harga bla bla..( peliknya, TAK NAMPAKPUN MANA PENDINGIN HAWANYA - atas kertas aje kut! Gharar juga tu). jangan pandai komen tapi tak pandai memberi idea.

Andaikan begini la..jika sedang memandu, kereta kita rosak, bolehkah kita setakat duduk dalam kereta sambil mengomel?! KITA PERLU KELUAR DAN BAIKINYA!!!

3. BEGITU JUGA LAIN-LAINNYA.

Internet (jaringan) adalah sebagai pemudah cara atau bahan tara. seumpama jg kereta atau motosikal yg kita perlukan untuk bekerja atau membeli keperluan. begitu jg peranan internet sekarang ini. EPF, Perkeso, LHDN pun melabur. Adakah mereka membawa sejumlah duit dalam beg, kemudian bawa ke tempat pelaburan (pelaburan melalui internet haram).harap2 begitu lah selepas ini sebab saya tak mahu duit saya dalam EPF jadi haram pulak di sebabkan melalui internet.

dan jika,tempat pelaburan itu pula yg tidak mengikut syariat, baiki je la yg tu. BERIKAN IDEA Wahai Zaharuddin.panggil rakan handai taulan yg pakar2 ekonomi islam seperti ustaz, tanpil memberikan idea.SYORKAN SESUATU!! Seperti mana bank2 konvensional yg telah berjaya "diIslamkan) opss..tapi bank2 ada penasihat syariah..yg di alaun kan untuk itu..sori lupa!

sayang sekali..
org2 Islam negara ini yg yg telah ada peluang memperbaiki ekonomi sendiri dan cuba mengelah daripada ular2 bank (termasuk RHB Bank) , BINGUNG DAN KETAKUTAN. kerana..

PAKAR-PAKAR EKONOMI ISLAM KITA HANYA PANDAI MEMBERI KOMEN TAPI TIDAK PANDAI MENCARI JALAN MEMBAIKI KEADAAAN tanpa perlu mereka yg terlibat keluar daripada apa yng mereka kerjakan sekarang utk menyara leluarga.


pok cik

01 June, 2007

Isu Hangat: PERINGATAN PELABUR INTERNET



Kuala Lumpur, 31 Mei 2007

SC sekat akses ke laman web skim pleaburan tidak sah, pelabur digesa tutup akaun serta merta

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memulakan operasi menyekat akses kepada laman-laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah kepada orang ramai di Malaysia. Operasi ini akan bermula pada 11 Jun 2007.

Semua pelabur sedia ada skim melalui Internet tersebut adalah digesa agar mengeluarkan pelaburan mereka dan menutup akaun mereka serta merta. Pelabur tidak akan boleh memasuki akaun mereka apabila akses ke laman web berkenaan disekat.

SC bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurities Malaysia untuk menjejak, mengenal pasti dan menyekat akses kepada laman-laman web tempatan dan asing yang mempromosikan skim penipuan pelaburan.

Langkah terkini oleh SC ini adalah rentetan daripada siri amaran berulang dan peringatan kepada pelabur mengenai skim pelaburan tidak sah. SC telah mewujudkan satu pasukan petugas dalaman dan telah memulakan kempen kesedaran pelabur yang menyeluruh mengenai skim penipuan pelaburan internet. Walaupun amaran berulang telah diberikan, masih terdapat mereka yang terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini. Antara bulan April dan Mei 2007, SC telah menerima kira-kira 720 pertanyaan dan aduan berkaitan dengan skim pelaburan internet tidak sah yang mana sesetengah orang ramai melaporkan bahawa mereka telah kehilangan sejumlah wang yang banyak.

Skim pelaburan tidak sah yang dipromosikan di Internet adalah tidak dilesenkan oleh SC untuk memberikan nasihat pelaburan yang berkaitan dengan aktiviti sekuriti atau niaga hadapan atau menjalankan aktiviti pengurusan dana di Malaysia. Orang ramai adalah diingatkan bahawa mereka hendaklah hanya melabur dengan pihak yang dilesenkan oleh SC agar mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti.

Senarai syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC untuk terbabit dalam aktiviti pelaburan boleh didapati di www.sc.com.my . Laman web SC juga menyediakan senarai yang dikemas kini secara berkala syarikat dan laman web yang diketahui yang tidak diberi kuasa atau tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan. Pelabur adalah dinasihatkan agar menyemak senarai tersebut sebelum melabur dengan mana-mana pihak.

SURUHANJAYA SEKURITI

Blog Widget by LinkWithin