adsense

Showing posts with label Nurin Jazlin Jazimin. Show all posts
Showing posts with label Nurin Jazlin Jazimin. Show all posts

24 October, 2009

Kanak-kanak perempuan di culik dan dirogol

due 21 Nov

Sistem pembelajaran cemerlang due 15 okt

Masih teringat lagi isu hangat yang menggemparkan kisah adik Nurin Jazlin Jazimin yang ditemui telah meninggal dunia dan adik Sharlini yang sehingga kini tidak mempunyai apa-apa berita.
gambar Nurin Jazlin Jazimin

Setelah lama isu tersebut menjadi senyap sehingga gambar adik Sharlini yang dulunya bertebaran di blog-blog kes budak kena culik menjadi isu hangat semula. Selagi penculik psyscho ini belum ditangkap nampaknya kanak-kanak perempuan dan juga mungkin budak lelaki seperti Asmawi dahulu dalam bahaya.

Jika adik Nurin dan Sharlini diumpan dengan mencari kucing yang hilang, semalam seorang lagi kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun di Meru,Klang telah diculik dan dirogol dengan diumpan wang RM5.00.

Kanak-kanak itu dipercayai sedang berjalan dengan seorang sepupunya untuk ke kedai berdekatan rumah mereka di Sungai Pinang di sini malam tadi apabila dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Kanak-kanak perempuan itu berkata kemudian lelaki tersebut memindahkannya ke sebuah van berwarna putih. Kanak-kanak itu berjaya melepaskan diri dan berjalan sejauh kira-kira 2 km sebelum menjumpai perumahan untuk meminta pertolongan.

Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini pagi tadi dan pemeriksaan awal menunjukkan dia telah dirogol.


"Bina Empayar E-commerce Anda Dari Rumah & Jana Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari"


"LEVIS DAN JEANS TERHANGAT DESIGN JAPAN&HONG KONG"


"INGIN MENJANA INCOME RIBUAN RINGGIT SEMINGGU?HANYA DI RUMAH!PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA !"


"BISNES GLOBAL CUMA RM35, SAMBIL MILIKI WEBSITE SENDIRI"


"Pakej fotografi perkahwinan TERMURAH dan EKSKLUSIF bermula dari serendah RM200!!"


"JOM TENGOK-TENGOK JERSEY BOLA BAIK PUNYA!!!"


"Pakej fotografi perkahwinan TERMURAH dan EKSKLUSIF bermula dari serendah RM200!"


"Jana Income Dari Rumah Dengan Dua Jam Sehari Sahaja"


"Jawatan Kosong / Kerja Kosong di Kerajaan. Apply Sekarang!"


"bisnes online yang mudah dan gempak! duduk rumah pun duit masyuk!!"


"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"


Iklan Di ISUHANGAT!

19 January, 2008

Drama 'Gerak Khas' Syaitan Bertopeng



Drama 'Gerak Khas' episod Syaitan Bertopeng (bahagian 1) disiarkan pada 11/01/2008 dan juga sambungan bahagian 2 disiarkan pada 18/01/2008 patut diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa khususnya polis. Drama ini diarahkan oleh Saleh Majid yang diterbitkan di bawah Skop Productions (Datuk Yusof Haslam). Ini kerana cerita tersebut mempunyai jalan cerita menghampiri kisah keluarga Jazimin dan Allahyarham adik Nurin Jazlin.


Sinopsis cerita: http://hak-pengguna.blogspot.com/2008/01/drama-gerak-khas-syaitan-bertopeng.html


Daripada sipnosis di atas cerita itu memberi gambaran tentang pembunuhan adik Nurin Jazlin. Oleh sebab itu, tindakan harus diambil terdapat pengarah cerita Saleh Majid, penerbit Skop Productions dan juga RTM sebagai penyiar drama tersebut. Ini kerana:


  • Pihak drama 'Gerak Khas' telah menyiarkan cerita yang masih lagi di bawah siasatan polis. Sepatutnya kes ini tidak boleh dibuat pengambaran kerana ianya menganggu siasatan.

  • Drama ini membawa kesan trauma dan juga memalukan terhadap Encik Jazimin sekeluarga. Baru 5 bulan kehilangan anak tersayang, tapi pihak drama 'Gerak Khas' telah menyiarkan cerita yang menghampiri kisah adik Nurin Jazlin.

  • Watak Ali ini yang seolah-olah Encik Jazimin adalah seorang peminjam wang Along yang tak bertanggungjawab dan juga seorang panas baran. Ia juga menonjolkan Ali tidak mempercayai tugas polis dan juga keputusan DNA kanak-kanak tersebut. Adakah perlu watak ini memperlakukan Encik Jazimin seorang yang sangat tidak bertanggungjawab, bagaimana perasaan Jazimin dan keluarga apabila menonton drama ini?

  • Drama ini juga memaparkan seolah-olah pasukan 'Gerak Khas' mereka lebih efisen daripada PDRM yang dapat menyelesaikan kes itu dengan segera. Perlukah drama sebegini diberi ruang apabila kes masih lagi disiasat oleh PDRM?

  • Memaparkan pasar malam merupakan tempat yang tidak selamat kerana sering menjadi tempat penculikan kanak-kanak. Hal ini, menyebabkan orang ramai berasa takut pergi ke pasar malam dan membawa kerugian kepada peniaga-peniaga pasar malam. Sedangkan kes perculikan kanak-kanak berlaku di mana sahaja!
Oleh itu, disarankan sekali lagi agar pengarah, penerbit dan penyiar drama 'Gerak Khas' perlu diberi tindakan sewajarnya untuk teladan pada masa hadapan. Janganlah difikirkan peluang publisiti, eksplotasi dan keuntungan semata-mata tapi ianya memberi impak negatif kepada pihak yang lain. Diharap juga kajian diberi kepada drama yang menyatakan "kisah ini tidak berkaitan samaada masih hidup atau mati", tapi bagaimana drama itu jika ditonton oleh orang ramai terutama kanak-kanak, mengaitkan ia kejadian sebenar yang berlaku pada sesebuah keluarga. Harap maklum.

15 January, 2008

2 lelaki diberkas -- Pengawal ditahan bantu siasatan kes Nurin dan culik lain



TANGKAP... Suspek kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin (kepala ditutup) ditangkap di sebuah bangunan lama di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar NASIRRUDDIN YAZID.

Sumber: Utusan

03 October, 2007

Musibah Nurin Dari Kacamata Ustaz Zaharuddin



Musibah yang menimpa al-Marhumah Nurin Jazlin yang masih kanak-kanak bukanlah satu balasan terhadap dosanya, malah ia belum sempat untuk berdosa. Menurut para ulama Islam, musibah yang menimpa kanak-kanak seperti kematian sebegini adalah merupakan satu rahmat untuknya, adapun cara kejam pembunuhan itu adalah manifestasi kegagalan acuan dan hasil tangan manusia yang berlagak pandai untuk menguruskan kehidupan, mereka degil dari arahan dan larangan Allah s.w.t, lalu kelahiran manusia buas sedemikian adalah hasilnya, menandakan seriusnya tahap kejahilan dan kehancuran jiwa manusia di sekeliling.



Saya kira, semua insan normal akan merasa pedih apabila melihat gambar keadaan jenazah Nurin di atas, apatah lagi sesiapa yang melihatnya secara berdepan. Saya sendiri terganggu pemikiran sejak kelmarin apabila isu ini tersebar di berita. Terfikir betapa kesakitan yang dialami olehnya menyebabkan perhatian saya terganggu ketika memberikan ceramah. Ini kerana menurut media, ketika mayat Nurin Jazlin ditemui, ia baru 6 jam menemui kematian.

Bermakna, sejak kehilangannya selama 27 hari ia menanggung kesakitan dan hanya meninggal dunia pada hari mayatnya ditemui. Saya juga difahamkan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai, hasil bedah siasat mendapati perut Nurin Jazlin kosong dari sebarang makanan, seolah-olah ia tidak diberi makan selama sebulan kehilangannya dan hanya didera seksual sahaja. Inilah antara info yang amat menyukarkan minda saya menerimanya.

Ceramah saya di Universiti Malaya dua hari lepas (20 September 2007) adalah yang paling terkesan, minda saya gagal memfokuskan kepada isi kuliah yang ingin disampaikan. Mungkin para pendengar yang hadir dapat melihat situasi itu.

Benar, Ia juga merupakan satu ujian Allah s.w.t ke atas kedua ibu bapanya. Sesiapa sahaja yang mampu bersabar serta redha, bagi mereka Syurga dan barangsiapa yang menuding jari menyalahkan Allah s.w.t dan taqdir, mereka adalah dari kalangan ahli neraka.


Nabi bersabda :-


إِنَّ
عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah." ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)


Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.


Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh menjadi musuh Islam yang terbesar, jatuh murtad, melakukan dosa yang amat dahsyat dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka.

Justeru, dengan kematiannya di waktu kecil, ini bermakna Allah s.w.t dengan rahmatnya telah pasti terselamat dari sebarang dosa besar dan kemurtadan yang mungkin berlaku. Perihal sebegini ada disebut dalam surah al-Kahfi, iaitu sebagaimana kisah Nabi Khidir a.s yang sengaja membunuh seorang anak kecil yang telah diketahui melalui Allah s.w.t akan menjadi penjahat besar kepada ibu bapanya jika ia dewasa.

Ciri Mukmin Yang Sentiasa Tabah


BACA ARTIKEL PENUH<<<<

Dua suspek ini dicari kes bunuh Nurin




02-10-2007 02:50:19 PM

KUALA LUMPUR: Lakaran imej seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya penduduk tempatan, diedarkan oleh polis bagi siasatan kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata lakaran imej dihasilkan selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

"Kedua-duanya boleh membantu siasatan kes ini," katanya di Bukit Aman hari ini.

"Lelaki itu berusia antara 35 hingga 40 tahun, tinggi 168cm dan berkulit cerah. Lelaki itu pergi ke kawasan perumahan di Bangsar, bertanya orang ramai bilik untuk disewa bagi dirinya dan anaknya.

"Dia menemui beberapa pemilik rumah beberapa kali dalam tempoh Nurin Jazlin hilang," katanya.

Mengenai lakaran wanita pula, Wan berkata suspek berusia dalam lingkungan 20-an, tinggi 153cm dan mempunyai rambut paras bahu.

"Dia kelihatan berada dekat beg sukan berwarna biru gelap yang dimuatkan mayat Nurin Jazlin dan ditemui di sebuah kedai di Petaling Jaya Utama pada 17 Sept.

"Wanita ini muncul tengah hari, sehari sebelum polis menemui mayat Nurin Jazlin," katanya.

Beliau menggesa mereka yang teringat pernah melihat seseorang yang kelihatan seperti lakaran ini di kawasan tersebut dan membawa beg biru itu antara 16 Sept dan 17 Sept agar segera menghubungi polis.

Ditanya kemungkinan pembabitan sindiket pornografi kanak-kanak di belakang pembunuhan itu, Wan berkata polis menyiasat semua sudut yang mungkin.

Beliau menambah, polis percaya penjenayah terbabit ada hubungan dengan kes-kes pencabulan di Kampung Baru kerana kedua-dua kes tersebut mempunyai persamaan.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut.

Sejak Jun lalu, penjenayah kes cabul Kampung Baru dikehendaki polis bagi kes rogol dua kanak-kanak, masing-masing berusia lima dan enam tahun.

Dengan menjanjinkan mangsa hadiah ais krim jika kanak-kanak itu bersedia membantu mencari kucing yang hilang, suspek melarikan mangsa dengan motosikalnya.

Mangsa kemudian dicabul, antaranya dengan memasukkan terung ke dalam kemaluan mangsa sebelum dibebaskan beberapa jam kemudian.

Credit

01 October, 2007

Apa rahsia kad sim yang ditelan suspek?





Foto
Misteri pembunuhan kejam adik Nurin semakin terungkai...

KUALA LUMPUR: Kad SIM telefon genggam yang ditelan oleh suspek wanita Indonesia yang ditahan polis 12 tengah malam Jumaat lepas dipercayai mengandungi maklumat penting bagi menyelesaikan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin.

Menurut sumber polis, mereka sedang berusaha mengeluarkan kad SIM tersebut yang ditelan oleh suspek berumur 23 tahun itu semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dari ibu pejabat polis di Bukit Aman semalam.

Tindakan suspek itu menyebabkan dia tercekik dan hampir pengsan semasa polis membawanya ke Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama tujuh hari.

"Usaha mengeluarkan kad SIM agak sukar dan polis sedang melakukan yang terbaik. Kad SIM tersebut mungkin memberi petunjuk dalam kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bernama difahamkan kad SIM yang ditelan oleh suspek dipercayai mengandungi maklumat tentang nombor telefon dan panggilan yang dibuat oleh wanita tersebut kepada bapa allahyarham Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil semasa kehilangannya tempoh hari.

Wanita itu yang bekerja di sebuah gerai di Pasar Ramadan di Nilai, Negeri Sembilan dipercayai terbabit mengurung Nurin Jazlin.

Selain wanita Indonesia itu, polis turut menahan lima orang berusia antara 27 dan 33 tahun termasuk seorang wanita berhubung pembunuhan kanak-kanak berusia lapan tahun itu dalam tiga serbuan berasingan di Seksyen 7, Shah Alam pada Khamis lepas.

Wanita yang ditahan pada Khamis malam dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Sementara itu, sumber itu berkata pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dihantar ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan rakaman imej kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah premis di tempat mayat Nurin Jazlin ditemui di Petaling Jaya Utama dekat sini, tiba di Washington hari ini.

Rakaman tersebut dihantar ke makmal Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi membantu siasatan mengecam sama ada imej yang dirakamkan itu menyamai wanita terbabit atau sebaliknya, dan laporan siasatan dijangka disiapkan dalam masa seminggu lagi, katanya.

Sementara itu, keputusan ujian DNA ke atas beberapa helai rambut yang ditemui pada mayat Nurin akan diketahui minggu ini.

"Ujian yang dilakukan ke atas helaian rambut itu akan dipadankan dengan sampel darah yang diambil daripada suspek yang ditahan berkaitan dengan pembunuhan Nurin," katanya.

Menurutnya, Nurin telah disembunyikan dan dibunuh di dua tempat yang berasingan.

Sementara itu, Jazimin ketika dihubungi Bernama berkata beliau tidak mengenali wanita warga Indonesia yang ditahan itu dan sehingga kini polis belum memaklumkan kepadanya perkembangan siasatan kes pembunuhan anaknya.

Beliau berkata keluarganya ingin berjumpa dengan pembunuh sebenar anak keduanya itu. Bernama

29 September, 2007

Nukilan Sajak untuk arwah Nurin



Buat anakanda Nurin Jazlin dalam kenangan hari ini ibu meratap hiba,
anakanda Nurin Jazlin telah pergi buat selamanya, perpisahan ini
merenggut tangkai hati dan jiwa.
ibu tahu... ibu perlu redha,
kerana kematian pasti akan tiba,
namun, pemergian mu anakanda... terlalu menyakitkan.
anakanda Nurin Jazlin tersayang,
yang ibu kandung sembilan bulan,
yang ibu timang ketika kecil,
yang ibu asuh dan kucup saban hari,
kini semuanya hanya dalam lipatan kenangan, sepurnama lalu anakanda
pergi tanpa jejak, dan 'kepulangan' mu, anakanda, terlalu menghampakan
perasaan, kepulangan tragis mu, mengkhabarkan cerita derita, betapa
anakanda meratap tangis, mengharap simpati...
mengharap sayang...
mengharap kasih...
mengharap belas...
alangkah kecewanya hati ibu,
mengenang detik-detik terakhirmu yang penuh sengsara, dikala ratapan
tangis itu, ibu kejauhan...
tak tergapai tangan ibu,
untuk merangkul tubuh longlai anakanda,
untuk ibu dakap, usap dan kucup,
untuk ibu pujuk, untuk ibu bisikkan ..."jangan menangis sayang, ibu
sentiasa disisimu". hancur luluh hati ibu, melihat sekujur tubuh yang
tidak bernyawa, terbaring kaku, sejuk bagai salju, matamu yang redup
terkatup rapat, bibir mungil itu sepi tanpa bicara, segalanya di dalam
hidup ibu, terasa bagaikan terhenti. anakanda Nurin Jazlin, hati ibu
pasrah dengan ketentuan Yang Maha Esa, Dia yang lebih mengetahui. kini
anakanda, tenanglah dikau di sana, terhentilah sudah deritamu,
terpisahlah dirimu dari getir kehidupan, tiada lagi keluh kesah, oleh
kehidupan fana yang penuh dugaan. hari ini... di saat ini, ibu seka
airmata yang seringkali tertumpah, tiap kali bayangan wajahmu berkunjung
tiba, bukan kerana ibu lupa padamu wahai anakandaku tersayang. walau
dalam kehibaan yang teramat, ibu pasrah menerima hakikat, hanyalah di
sini pinjaman Tuhan buat ibu. anakandaku sayang, zahirnya dirimu
terpisah jauh, namun, di sudut hati ibu, tersemai kasih buat selamanya,
dan selama itulah... anakanda akan sentiasa 'hidup' di dalam diri ibu,
moga diizinkanNya bertemu dan bersama buat selamanya di alam kekal Al
Fatihah. Hasil nukilan...ummininasma. walau bukan anak sendiri namun
kesannya jauh menusuk hati.

Siapa Sebelum Nurin Jazlin ?




Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.

Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.

Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada13 Ogos 2001. Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.

Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpurpada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh. Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta BangsarShopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Kanak-kanak berusia10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabahpada 8 Januari 2004.

Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.

Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004. Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.

Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Bila membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itu kita lupa.

Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya kes-kes seumpama ini. Ketika ini ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin. Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu Siapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?

29 August, 2007

Bantuan diperlukan..kanak-kanak hilang



Assalamualaikum Saudara/saudara ku semua..

Tolong forwardkan email nie kepada kenalan anda , semoga dengan sedikit bantuan dari kita semua dapat membantu keluarga kanak-kanak nie dalam pencarian seterusnya hingga dipertemukan

Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun

(Kuala Lumpur ) Isnin lalu, seorang pelajar tahun dua yang menghidap sakit buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya seorang diri.

Kehilangan anak kedua daripada empat beradik itu membimbangkan ibu bapanya, lebih-lebih lagi kanak-kanak tersebut perlu memakan ubat setiap hari.

Ibu kepada empat orang anak perempuan ini berkata, anak sulungnya, Nurin Jazshira, 9, demam sejak kehilangan Nurin Jazlin dipercayai akibat rindukan adiknya kerana mereka amat rapat.

Sekiranya saudara-saudara semua yang mempunyai maklumat mengenai Nurin Jazlin diminta menghubungi telefon bimbit Norazian dan suaminya Jazimin di talian 019-3667067 atau 013- 2486651 dan Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO di talian 019-3255886 atau 03- 40441199 atau pun Balai Polis terdekat.

Salam hormat



Buat Ringtone Anda Sendiri
Blog Widget by LinkWithin