JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret di sini semalam membebaskan dan melepaskan wartawan penyiaran serta penerbit TV3 daripada tuduhan menagih dadah berikutan ujian air kencing terhadapnya disahkan negatif.
Mazidulakmar serta Fadzli bersama lima yang lain dituduh melakukan kesalahan itu ketika ditahan dalam satu serbuan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sebuah disko di Jalan Abdullah Tahir di sini, awal pagi 12 Mei lalu.
Tertuduh lain, seorang bekas anggota Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), Mohd Nasir Jamil, 23; anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Johari Mohamed, 34; Johari Sarkon, 34; Tumijah Adras, 34 dan Umaisyah Abd Rahim, 25. Johari turut dituduh memiliki pil eramin 5 seberat 0.3 gram.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000.
Selain itu, Johari menghadapi tuduhan kedua mengikut Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki pil Eramin 5 seberat 0.3 gram.
Semua tertuduh, kecuali Maizidulakmar dan Fadzli diikat jamin antara RM2,500 dan RM3,000 seorang, dengan seorang penjamin serta perbicaraan ditetapkan 24 September depan.