Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu  bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli  ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya  suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu.  Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap  maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap  mahal.
 Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini  dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin  bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di  pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu  memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata,  kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan  dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan  sardin.
 Tabiaat suka makan sardin saya berterusan  sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.  Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa  berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan  arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak  makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat  terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin.  Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam  kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan  sardin.
 Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk  tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan  sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka  makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak  akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali  mesyuarat di pejabat saya.
 Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya  suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan  sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua  tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di  rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara  berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak  akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker  memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan  tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
 Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah  mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya?  Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam  tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga  menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang  menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan  sardin.
 Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan  ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan  bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa  dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya.  Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu  melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang  gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan  kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah  memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi  sentiasa tersedia.
 Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya  semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali  orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid  di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah  sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya  berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di  dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen  (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan  menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun  dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan  tumor.
 Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap  makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu  mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam  makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya  ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik  sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim  bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau  tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan  ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan  ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini  belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya  alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah  menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah  walaupun dahulunya jahil.
 Sebagai latihan pengukuhan kepada para  pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan  atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan  selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini  memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian  memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena  sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser  lainnya.
 Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan  ikan sardin.
 Wassalam wallahualam

 
