adsense

Showing posts with label khalwat. Show all posts
Showing posts with label khalwat. Show all posts

29 June, 2007

Dramatis Popular Di tangkap Khalwat



SHAH ALAM: Seorang dramatis popular yang kerap
berlakon sebagai hero ditahan penguat kuasa Jabatan
Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat
dengan pasangannya di sebuah kondominium di Bukit
Antarabangsa, Hulu Klang, tengah malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu,
pelakon lelaki berusia lingkungan 30-an bersama
pasangannya mendiamkan diri ketika pegawai Jais
menekan loceng meminta mereka membuka pintu.

Menurut sumber, sepasukan pegawai Jais datang ke
kediaman terbabit sebelum mengetuk pintu dan menekan
loceng tetapi penghuninya enggan memberi kerjasama.

"Pegawai Jais kemudian membuka jeriji tetapi gagal
membuka pintu rumah berkenaan. Selepas berusaha,
mereka berjaya masuk tapi pemeriksaan awal mendapati
kediaman itu kosong.

"Bagaimanapun, selepas pemeriksaan teliti dijalankan,
terdapat sebuah bilik yang lampunya dipasang tetapi
dikunci dari dalam. Pegawai Jais mengetuk pintu bilik
itu tapi tidak juga berjawab," katanya kepada Harian
Metro di sini, semalam.

Sumber itu berkata, selepas beberapa kali diketuk,
baru pintu dibuka dan pemeriksaan mendapati pelakon
terbabit berada di dalamnya bersama seorang wanita.

Siasatan mendapati pasangan terbabit bukan suami
isteri selepas mereka gagal mengemukakan bukti.

"Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk direkod
kenyataan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

"Pelakon terbabit dikatakan sering ke rumah itu sejak
beberapa bulan lalu dan selepas mengesyaki mereka
tidak mempunyai hubungan mahram, penduduk membuat
aduan kepada Jais," katanya.

Wanita terbabit dipercayai menyewa berseorangan di
kondominium itu selepas rakan serumahnya berpindah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pekerjaannya.

Sumber itu berkata, beberapa aduan mengenai perbuatan
pelakon terbabit pernah dibuat kepada Jais sebelum
ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakrul
Azam ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

"Seorang lelaki ditahan bersama pasangannya yang bukan
mahram di kondominium itu dan Jais masih meneruskan
siasatan," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, pelakon terbabit mempunyai teman wanita
yang juga aktres dan model sebelum hubungan mereka
terputus pada pertengahan 2006.

.

21 June, 2007

Guru, pelajar dicekup khalwat



Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

MUAR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah yang boleh digambarkan apabila seorang guru Pendidikan Jasmani sebuah sekolah menengah di sini, ditangkap berdua-duaan bersama seorang pelajar perempuan sekolahnya, dalam bilik di sebuah rumah di Tangkak, pagi kelmarin.

Pasangan terbabit dicekup penduduk kampung kira-kira jam 9.30 pagi, dipercayai ketika mereka sedang lena tidur di dalam bilik berkenaan.

Lebih mengejutkan, difahamkan guru lelaki berusia 39 tahun itu baru seminggu bercerai dengan isteri pertama yang tinggal di sebuah Felda di daerah ini, manakala isteri keduanya yang dinikahi di sebuah negara jiran tinggal di Masai.

Malah, perkahwinan dengan isteri kedua di negara jiran masih belum didaftarkan di negara ini.

Guru berkenaan mempunyai tiga anak, dua daripadanya hasil perkahwinan dengan isteri pertama manakala seorang lagi dengan isteri keduanya.

Sumber berkata, guru itu mengajar pada sesi petang manakala pelajar perempuan berkenaan belajar pada sesi pagi dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini.

Katanya, pelajar berkenaan ponteng sekolah ketika ditahan bersama guru terbabit yang pernah mengajarnya pada tahun lalu.

Menurutnya, ketika ditahan guru dan pelajar yang bukan muhrim itu dipercayai sedang lena tidur di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Perbuatan mereka hanya disedari apabila seorang lagi lelaki yang tinggal bersama guru berkenaan balik dari bertugas malam dan ternampak sepasang kasut perempuan di luar rumah," katanya.

Menurutnya, apabila pemeriksaan lanjut dijalankan, mereka sedang lena tidur di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum lelaki itu menasihatkan pasangan terbabit supaya keluar dari rumah.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan dipercayai berdegil dan menyambung semula tidur sebelum sekumpulan penduduk kampung datang untuk menahan mereka.

Difahamkan, pelajar berkenaan dibebaskan selepas bapanya membayar jaminan bernilai RM2,500 sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 17 Julai depan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor, Yosree Ikhsan ketika dihubungi semalam, mengesahkan kes berkenaan.

Katanya, adalah memalukan seorang pendidik mengambil kesempatan dengan membawa pelajar balik ke rumah untuk bermalam sehingga ditahan berdua-duaan di dalam sebuah bilik yang boleh menimbulkan curiga.
Blog Widget by LinkWithin