Mari kita mengambil iktibar dari kisah ini Berdasarkan al-kisah dari satu ceramah... disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura. Ada satu bahagian tu.. yang betul-betul harus kita jadikan panduan dan teladan. Di riwayat kan begini... ..
Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepada nya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah swa sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut. Doa nya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit menjerit meminta tolong.
Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab..bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah... . Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ?
Maka bercerita lah lelaki itu... Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikat nya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan terus lah saya berhenti untuk makan... .selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu.
Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkan nya dgn lidah tetapi tak berjaya... . kemudian dicubanya dengan menggunakan kuku nya... tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang.
Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini... .astaghfirullah al azim...
Eloklah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini... Adakah kita pernah mengambil barang barang drpd office samaada drpd sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik kerumah untuk di gunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak anak kita Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan ? Sekecil kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya... .? Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar... Azab neraka itu ada lah benar... Dan syurga itu ada lah benar... wassalam...