adsense

Showing posts with label Michael Toyad. Show all posts
Showing posts with label Michael Toyad. Show all posts

08 July, 2007

Michael Toyad sahkan peluk Islam



Mereka yang mencari kebenaran akan mendapat kebenaran,
mereka yang lari dari kebenaran akan kesesatan.

Berita Harian 7 Okt 2006
Michael Toyad sahkan peluk Islam

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr
Leo Michael Toyad , 56, mengesahkan beliau
sudah memeluk Islam, selepas mendalami dan mendekati
agama itu sejak sekian lama.

Dr Toyad yang kini menggunakan nama Islamnya, Muhammad
mengesahkan beliau memeluk Islam dan gembira kerana
hasratnya untuk berbuat demikian sejak sekian lama,
kini tertunai.

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar
kepada Berita Harian, di sini semalam, beliau berkata:
“Ya Alhamdulillah. .. niat saya untuk menjadi seorang
Islam tertunai. Selamat berpuasa dan wassalam”.

Dr Toyad juga berkata, beliau kini menggunakan nama
Muhammad dan keputusannya memeluk agama Islam dibuat
semata-mata kerana Allah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai
perkara itu, dipercayai kerana kini berada di luar
negara.

Dr Toyad yang berkelulusan ijazah perubatan dari
Universiti Malaya (UM), mempunyai tiga anak perempuan
dan seorang anak lelaki, menceburi politik sejak
kira-kira 25 tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah digugurkan
daripada Kabinet dalam rombakan yang dilakukan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada
Februari lalu.

Sejak itu, beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) bergiat cergas dalam sektor
swasta serta pelbagai kerja kebajikan


Blog Widget by LinkWithin