ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
Showing posts with label kg baru. Show all posts
Showing posts with label kg baru. Show all posts
25 April, 2007
Isu Hangat: NASI LEMAK KG BARU - PENGAJARAN UNTUK SEMUA .........
Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian .....
Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai
makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk
mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga
turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.
Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang
dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk
menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam
periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut
keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.
Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan
bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan
renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka
beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk
membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja
dalam ilmu perubatan ini.
Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum
berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat.Saya
selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja
Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.
Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki
beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya
berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta
air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak
lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang
digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan
Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut
saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang
bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke
atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin
kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak
lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.
Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada
bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak
yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh
dengan ............ ......... ...
.......
Nasi Lemak
Heh...Heh... Heh...Jangan mare ...... Dah! Cerita ni tipu jer ........Pergi buat keje tu haa ...apo ... nak makan gaji buto ko ?????
*p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ..... "Haram betul! bukan main srius aku baca cerita ni,
hampeh!!"
Subscribe to:
Posts (Atom)