adsense

Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

29 June, 2007

ASTRO Untung RM31.9 Juta





ASTRO RM31.9j, Tapi Yuran Langgan Tetap Naik RM 15
Posted on Thursday, June 28 @ 13:31:04 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh pemudawilayah

"
\\ASTRO All Asia Networks Plc mencatat keuntungan bersih RM31.9 juta bagi suku kewangan pertama berakhir 30 April 2007.



Keuntungan ini diperolehi sebelum kadar yuran langganan dinaikkan kepada RM 15 pada bulan lepas. Dengan pengumuman yang dibuat oleh ASTRO ini, seluruh pelanggan Astro dinegara ini terasa seperti dibuli oleh syarikat pengedali TV Satelit ini.


ASTRO masih mampu mengaut keuntungan yang besar sekalipun kadar yuran langganan tidak dinaikkan sebenarnya.


Tindakan ASTRO yang menaikkan kadar yuran langgan mulai bulan lepas adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak diteliti dengan baik.


Dalam keadaan ekonomi rakyat yang kurang stabil akhir-akhir ini, ASTRO mengambil tindakan yang agak melampau terhadap pelanggan-pelanggannya dan memaksa mereka membayar lebih bagi mendapatkan perkhidmatan mereka.

Etika perniagaan yang buruk ini berkemungkinan akan menyebabkan kapitalis ASTRO yang menguasai siaran TV satelit dinegara ini mendapat untung yang lebih pada suku tahun yang kedua dan seterusnya selepas ini.


Pemiliknya, Ananda Krishnan pasti akan tersenyum lebar kerana berjaya mempergunakan Kerajaan untuk menindas pelangan-pelanggannya.


Sebenarnya, isu menaikkan harga ini telah menjadi Trend yang gagal dikawal oleh Kerajaan pada masa kini dan iannya digunakan oleh kapitalis untuk memperoleh untung lebih dengan cepat.


Mereka mengunakan helah seperti teori kenaikan harga barang lainnya serta kos bagi caj perkhidmatan yang kononnya membebankan mereka, yang sekaligus didakwa sebagai 'memaksa' mereka untuk turut serta dalam aliran kenaikkan ini bagi mengelakkan kerugian.


Hakikat ini hanyalah satu lagi penipuan yang seharusnya disiasat memandangkan kebanyakan Kapitalis ini tidak membuat congakan yang betul terhadap jangkauan pasaran masa depan dan hanya mengambil faktor semasa bagi mengambil keputusan untuk menaikkan harga barang.


Memandangkan ASTRO memonopoli sektor TV Satelit ini maka mereka mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan kenaikkan harga yuran langganan tanpa perlu merujuk mana-mana pesaing. Ini juga akan menyebabkan kerugian yang amat tinggi dipihak rakyat kerana terpaksa menjadi mangsa tanpa kerelaan.


Pihak Kerajaan pula langsung tidak menyebelahi rakyat malah memberi kata dua pada rakyat sama ada ingin bayar atau jangan gunakan perkhidmatan ASTRO.

Keuntungan besar syarikat-syarikat swasta yang dijana melalui pakej kenaikkan harga barang ini dijangka akan memberikan pulangan yang agak tinggi pada Kerajaan melalui pelangsaian cukai-cukai langsung dan tidak langsung.


Tapi, adakah perkara itu wajar sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat. Walaupun Kerajaan mengumumkan kenaikkan gaji tetapi itu hanya dinikmati oleh 1 juta rakyat Malaysia yang bekerja dengan Kerajaan.


Sebab itu MTUC bangkit berjuang agar nasib lagi 26 juta rakyat dapat dibela.


Walau apa pun. ASTRO diminta untuk memikirkan semula kenaikkan harga perkhidmatannya dan menurunkannya pada kadar yang lebih rendah bagi menarik lebih ramai pelanggan -Herman Samsudeen

25 June, 2007

Info Yang Astro tidak mahu kita tahu tapi salah le








Astro Tamak kerana tawarkan lebih dari satu decoder dlm satu rumah, kemudian yuran langganan utk DMT kedua itu dikenakan pula 50% dari langganan DMT pertama iaitu sekiranya yuran DMT pertama RM80 sebulan, DMT kedua ialah RM40 sebulan.
Ketamakan Astro menjadi-jadi bila hanya menawarkan DMT kedua kpd langganan yg melebihi RM80 sebulan saja, yg kurang RM80 sebulan, tak layak.Astro pandai mengumpan pelanggan dgn pemberian DMT percuma, kemudian mengikat pelanggan selama 24 bulan.
Pelanggan pula kurang bijak, kerana tertarik dgn DMT Astro (yg harga tak seberapa) terpaksa tanggung yuran langganan selama 24 bulan.
Sekiranya Astro mesra pelanggan, sepatutnya mrk perlu jual terus DMT tu pada pelanggan tanpa beri kad pintar kedua dan tak perlu bayar yuran utk DMT kedua tu kerana ada teknologi yg membolehkan kad pintar dari DMT pertama itu dikongsi utk beberapa DMT.
Tak kisahlah kalau Astro sendiri yg memasarkan alat itu.

Ada 3 jenis alat yg diberi nama card splitter ini.
Jenis 1, tanpa wayar..


Boleh kongsi 1 kad dgn 3 DMT, dgn pilihan channel masing-masing.

Smartcard Asal dimasukkan di sini


Yg bertiga ini di masukkan dlm tiap2 DMT


Secara ringkasnya..


Satu rumah, 3 bilik boleh enjoy channel masing-masing



Jenis 2, berwayar (Jenis ni boleh pergi panjang tak seprti jenis pertama yg boleh guna dlm lingkungan 15 meter saja, jenis berwayar ni boleh sampai 100 meter..jgn share satu kampung dah le)

Kad asal masuk sini..


Kat belakang ini ada tempat sambung wayar talipon..

Dan boleh sambung byk DMT..(ini macam pelanggan Astro yg ada 2.2 juta akan tinggal 400 K saja..)

Jenis 3. Yg ini lagi haru. Kalau jenis pertama boleh pergi 15 meter, jenis kedua 100 meter..jenis ke3 ni boleh pegi satu Malaysia...ini Astro tak suka..
Macammana ia berfungsi? Melalui talian ADSL..
Kad TV asal diletak dlm awan (ada server dlm awan tu), dari awan tu disambung ke rumah para share holder melalui talian ADSL (Streamyx)..dari router 4 port tu, disambung pada alat ini



kad hijau itu kemudian di jolok dlm DMT, dari DMT keluar gambar dlm TV..ada putus juga terutama bila talian ADSL tuan punya server ada gangguan atau talian para share holder yg problem.



Peringatan: Penemuan ini adalah utk kajian dan pembelajaran semata-mata. Menerima siaran Astro tanpa langganan yg sah adalah salah di sisi undang-undang negara Malaysia. Sabit kesalahan boleh didakwa bawah Akta Multimedia 1987.


.
Blog Widget by LinkWithin