Gerakan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) (GMP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan mereka terhadap pelaksanaan dasar PPSMI kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussein.
Memorandum tersebut diserahkan oleh Pengerusi gerakan itu, Datuk Dr. Hassan Ahmad di lobi Parlimen pagi ini.
Seramai 20 ahli GMP berarak dari Tugu Negara pada pukul 9.30 pagi tadi ke bangunan Parlimen.
Bagaimanapun, hanya 10 orang yang dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen pada pukul 10.15 pagi bagi menyerahkan memorandum itu.
Dalam sidang medianya, Hassan berkata, masalah PPSMI kini menjadi semakin serius sejak ia dilaksanakan enam tahun lalu.
Sidang media tersebut turut dihadiri oleh beberapa ahli Parlimen daripada pembangkang termasuk Anwar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tian Chua, Azmin Ali dan Lim Guang Eng.
Manakala Berita TV3 pula mengatakan DS Hishamudin berkata GMP di dalangi oleh pembangkang sambil bergelak ketawa dengan A.Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.Apakah PPSMI ini akan dimansuhkan atau diubah? Hmm mungkin Hishamudin nak jaga line nak dekat pemilihan ni. Semoga PPSMI ini dapat dihapuskan seberapa segera sebelum anak-anak luar bandar, kampung dan felda semakin tak reti Math dan Sains.
kredit kpd Jiwokelate
JAMINAN 100% INCOME RM100,RM200,RM700@LEBIH TANPA MENAJA!!
Tambah KETINGGIAN 3cm-9cm Dalam Tempoh 90 Hari. Jaminan 100% Wang Dikembalikan
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!