Ikan-ikan Fresh di Jalan Telawi........  
 Sebagai pengenalan, Pelepak Jalan Telawi adalah geng-geng intelek pseudo  yang biasanya suka lepak di Bangsar. Mereka ini lah golongan yang perasan mereka  ini liberated, open-minded, modern, dan sebagainya. Beginilah contoh  spesimen orang Melayu Jalan Telawi berfikir:-
 “Kita orang melayu teleh diArabkan, bukan di  Islamkan sebenarnya. Orang Arab memang kerkena dangan bermacam-macam. Sekarang  melayu telah terikut-ikut dan ter-terArabnya. Ada kemungkinan kita orang telah  silap fahami agama. Tersilap taksir mungkinnya. Bagi saya, janganlah nampak  sangat alim orang nya tapi hati nafsu marak seperti gunung nak meletup dan  fikiran macam syaitan.
 Satu contoh yg sangat baik betul-betul berlaku di Indonesia:-
 Satu kumpulan National Geography pergi  ke satu kampung dalaman di Indonesia dimana orang asli situ tidak berpakaian.  Sampai sana dan jumpa orang aslinya yang anehnya semua orang hanya pandang kawan  NG dari Arab. Tau mengapa? Sebenarnya kebanyakan ahli NG biasa tengok perempuan  dan yang bogel termasuk pegawai dari Indonesia. Tapi ahli dari Arab tak biasa  tengok perempuan dan bogel pulak. Jadi adik ahli Arab naik menuju ke langit.  Seluar yang ketat pun tak dapat melindungi dia. Ini sebenarnya memberitahu kita  kalau kita orang selalu memilih untuk mengelakkan sesuatu dan tak berani  face on matters, kita silap. Orang asli di Indonesia biasa dah bogel  sejak dulu sampai hari ini. Dalam hati mereka sangat mulia dan tak ada fikiran  kotor. Tapi bagi orang asing yang tak pernah tengok perempuan, lain pulak  cerita.
 Satu contoh yg berlaku di Kuala  Terengganu:–
 Seorang guru cina telah  ditugaskan untuk mengajar di Terengganu. Guru cina tu dah biasa pakai skirt  pendek di kota. Dia telah dinasihatkan oleh guru-guru cina tempatan supaya pakai  skirt yang panjang sebab murid-murid tempatan tak biasa. So guru cina baru pun  memilih skirt yang panjang sikit sampai ke lutut dan pergi mengajar pada  keesokan pagi. Kamu semua tau tak apa berlaku? Kebanyakan murid lelaki hanya  tengok skirt dekat lutut guru tu dan ada yang turun kepala untuk tengok apa kah  dalam skirt tu. Apa berlaku? sama-sama fikir….”
 (Pelepak Tetap Jalan  Telawi)
 Manusia ini memang suka akan  generalisation jika ia memenuhi kepentingan kita. Sebab itu kita suka  sangat akan teori pseudo dan berita-berita angin yang belum pasti akan  kebenaranya. Ramai juga muslim masa kini yang memilih arus pemikiran dan cara  hidup barat yang mengindulge nafsu masing-masing mengatasi cara Islam  yang mengajak kita bermujahadah melawan nafsu. Usahlah kita bersembunyi  di sebalik topeng-topeng lojik akal bagi menglegitimate kehendak nafsu  rakus kita. Sudah tentu berbuat baik itu lebih susah daripada berbuat  jahat.
 Nafsu tertakluk kepada semua  orang tanpa mengira bangsa, warna kulit, atau agama. Orang NG ke, orang arab ke,  orang asli ke, sama sahaja kerana ia in the genetics. Cuma beza antara  setiap individu dalam bab ini ialah kemampuan mengawal nafsu itu. Dekat sini  (penulis berkelana di Canada - negara asal orang-orang NG), cikgu pakai skirt  juga seperti cikgu cina di Kuala Terengganu itu, tetapi murid-murid memang tak  jakun sebab girlfriend dierang pon pakai skirt macam tu juga dan  dierang selalu pon buat benda haram dangan girlfriend dierang. Tambahan  pula hardcore pornography ditayangkan di saluran televisyen perdana di  waktu primetime secara terang-terangan, jadi siapa la yang berminat nak  jakun-jakun bila cikgu dierang pakai skirt pendek mana pon. Tetapi ini tidak  membuatkan mereka lebih mulia, apatah lagi untuk memilih jalan ini sebagai jalan  penyelesaian.
 Tiada asas kepada teori selalu  terdedah kepada aurat dan benda-benda haram lain akan condition manusia  kepada lebih open-minded dan kurang ‘jakun’. Ingin saya petik satu  analogi yang dinukilkan oleh Ustaz Zaharuddin bagi memudahkan penjelasan tentang  isu ini:-
 “Ye la, bila orang lelaki  yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya,  mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak  terkawal..”
 ”Kerana itu saya katakan  berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di  sekelilingnya”
 “Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah  dengan ikan ‘fresh’ yang digoyang-goyangkan di hadapannya tentu geram kucing tu,  malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah  juga”
 “Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam,  hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal  kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan  liar”[1]
 Kalau seekor kucing itu sudah kenyang, 24 jam  dapat makan ikan ‘fresh’ dari tuanya, bila dia diacah-acah dengan  seekor ikan ‘fresh’ di hadapan matanya sudah tentulah dia pejam mata  buat don’t know sahaja. Tetapi memberi kucing makan 24 jam ikan  ‘fresh‘ bukan satu cara penyelesaian kerana ikan-ikan ‘fresh’  haram itu semua berdosa besar kalau makan. Orang-orang NG yang Pelepak Jalan  Telawi anggap mulia sangat tu dah tiap-tiap hari bergelumang dengan dosa itu,  orang arab itu pula baru ingin mencuba pertama kali. Sama sahaja mereka ni  sebenarnya.
 Tak perlu la kita berpura-pura  di sini bahawa nafsu lelaki ini boleh dihapuskan dngan menyuruh atau membenarkan  wanita bogel tiap-tiap hari di khalayak ramai seperti orang-orang asli itu  ataupun seperti wanita-wanita barat yang memakai pakaian serupa macam tidak  pakai langsung. Ia sama sepeti kita mengatakan: “Bagi penagih-penagih dadah tu  dadah tiap-tiap hari dan masalah ketagihan akan dapat diselesaikan - we are  facing the matter like this. Kalau masukkan dia dalam pusat serenti dan  ajar dia supaya kawal ketagihannya nanti dia keluar pusat serenti dia ambik  dadah balik juga kan? Jadi baik bagi dia dadah tanpa henti, senang cerita,  selesai masalah.”
 Analoginya, boleh la kita  selesaikan masalah ketagihan dadah dengan memberi si ketagih, dadah secara  non-stop a.k.a. pendedahan aurat meleluasa. Cumanya kita terima bahawa  dadah itu tak bagus kerana kita tahu si ketagih itu akan mati jika kita berbuat  demikian. Oleh itu, memberi dadah non-stop sebagai cara penyelesaian  memang out of the question la. Persoalannya, adakah kita terima bahawa  seks bebas dan awrat wanita bukan mahram itu tak bagus juga? Benda-benda ni tak  mati dan tiada kesan mudarat segara kalau ‘digunakan’ tiap-tiap hari pon (tak  seperti dadah), jadi mungkin ramai yang keliru akan mudaratnya benda-benda ini.  Hanya mereka yang benar-benar mengimani akan hari akhirat dan panasnya azab api  neraka baru boleh nampak magnitud kesalahan benda ini semacam atau lebih teruk  dari ketagihan dadah. Itu pon Allah sudah membantu kita dengan adanya  kemudaratan sejak di muka bumi ini lagi dalam bentuk penyakit AIDS dan  penyakit-penyaikit seksual lain.
 Usahlah kita menipu diri  sendiri dengan mengatakan kita boleh mewujudkan society yang penuh dengan wanita  ‘terbogel’ di kawasan awam tanpa perlu adanya pergaulan seks bebas seperti di  negara-negara barat. Kiranya mengambil jalan tengah begitu: Zina haram tetapi  pendedahan awrat dan zina mata halal, malahan dikatakan pendedahan awrat dan  zina mata ini boleh membanteras zina! Mana-mana manusia berfikiran waras tahu  bahawa ini idea gila yang dipelopori oleh orang-orang yang cuba menggunakan akal  untuk menglegitimate nafsu rakus mereka. Jikalau anda menginginkan  kehidupan tanpa agama - boleh buat seks bebas tiap-tiap hari, boleh tengok  kecantikan wanita in all its splendour tiap-tiap hari, dan sebagainya -  maka memang tak perlu kita terapkan iman dalam dada. Kalau benar kita rasa tak  salah menghidang ikan-ikan ‘fresh’ ini, silalah ikut cadangan cara penyelesaian  saudara Pelepak Jalan Telawi tu.
 Betul ke claim orang  yang terbiasa dengan pendedahan awrat ini “Dalam hati mereka sangat mulia dan  tak ada fikiran kotor”? Bagaimana pula dengan pandangan pihak yang hendak  dijadikan The Meat Market?
 “Sometimes I watch a guy  walk past a girl and he’ll turn back and look at her legs or her chest and I  just think, I would hate that to happen to me. It doesn’t appeal to me. It’s not  flattering, I can’t understand how that can make a woman happy. To me, it’s  nicer when a Muslim brother passes by me and looks down. To me, that is more  respectful than someone whistling at my legs,” sister Rabia (beliau tinggal  di London). [From My Sisters’ Lips, m/s 125]
 Sudah tentu ada wanita yang  berbangga apabila mendedah sana-sini dan lelaki yang matanya sentiasa liar  mencari daging percuma, tetapi bukanlah spesies ini yang diakatakan “Dalam hati  mereka sangat mulia dan tak ada fikiran kotor.”
 Sekarang ini memang ramai  muslim yg akhlak runtuh dan iman entah kemana, jadi bila diacah ikan ‘fresh’ di  depan mata mereka terus menerpanya. Tak perlu la nak bagi 1001 contoh orang yang  macam alim tetapi mereka ni sebenarnya korup untuk membuktikan teori pseudo  Pelepak Jalan Telawi yang jelas-jelas hanya merupakan teori yang direka kerana  otak sudah ditakluk nafsu. Penyelesaiannya tetap mengajar orang ramai agama dan  tanamkan sifat taqwa. Memang la jalan ini lagi susah daripada jalan  yang Pelepak Jalan Telawi cadangkan. What is wrong is still wrong, you don’t  change it into something right just because it is an easy way out or just  because it suites your whims.
 Akhir sekali, inilah etika  pergaulan dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut Islam:-
 1.Menundukkan pandangan:ALLAH  memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA;  Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya  dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkan  kepadakaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dankatakanlah kepada wanita  yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.  (an-Nuur: 31)
 2.Menutup Aurat;ALLAH berfirman  dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak  daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur:  31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepadaisteri-isterimu, anak-anak  perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan  jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah  dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi  MahaPenyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua  jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata:Rasulullah SAW bersabda:  Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita  jangan melihat aurat wanita.
 3.Adanya pembatas antara  lelakidengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza  jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan  apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari  balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
 4.Tidak berdua-duaan Di Antara  Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah  SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita  kecuali bersama mahramnya. (Hadis RiwayatBukhari & Muslim) Dari Jabir bin  Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian  berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis  RiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
 5.Tidak Melunakkan  Ucapan(Percakapan):Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara  selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian  tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu  tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang  yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang  baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang  diperintahkan oleh ALLAH kepada paraisteri Rasulullah SAW serta kepada para  wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain  tanpa suara merdu,dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan  orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir  3/350)
 6.Tidak Menyentuh Kaum  Berlawanan Jenis;Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang  ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita  yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam  Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman  keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya.  (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam  saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi  ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali  meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)
 Inilah sebahagian etika  pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar  semuanya atau sebahagiannya sajaakan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana  sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:
  Sesungguhnya ALLAH menetapkan  untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata  dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta  berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.  (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang  perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina.  Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu  adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
 Tidak perlu la kita mengikut  Tafsir Jalan Telawi dalam hal ini…