ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
12 April, 2009
Persoalan Kes Azilah dan Sirul
KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :
1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.
2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?
3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?
4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?
5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?
Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.
Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.
Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.
Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.
"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.
"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.
Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.
Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.
"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.
"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya. - azm _
Admin:
Satu-satunya gambar Azilah dan Sirul yang menampakkan wajah mereka yang sebenar, itu pun hanya berapa peratus sahaja.
Gambar wajah Sirul
Gambar wajah Azilah
1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%
Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma
JAMINAN 100% INCOME RM100,RM200,RM700@LEBIH TANPA MENAJA!!
Tambah KETINGGIAN 3cm-9cm Dalam Tempoh 90 Hari. Jaminan 100% Wang Dikembalikan
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
14 July, 2007
Menyusur Semula Kisah Altantuya
Menyusur Semula Kisah Altantuya
Posted on Saturday, July 14 @ 03:51:26 MYT by greenboc
Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Àëòàíòóÿà Øààðüáóó) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4.
KEHIDUPAN AWAL
Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, kepada bapa Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi, dan ibu Sh Altantsetseg. Mereka membesarkan beliau dan adiknya semasa mereka bekerja di Russia di mana Altantuya memulakan persekolahan awal. Beliau fasih berbahasa Mongolia, bahasa Russia, bahasa Perancis dan bahasa Inggeris.
PEMBUNUHAN
FAKTA MAHKAMAH
Tertuduh : Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda
Hakim : Datuk Mohd Zaki Md Yasin
Pendakwa : Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Manoj Kurp, Wong Chin Kiat, Noorin Badaruddin dan Hanim Rashid.
Peguam bela : Wong Kian Kheong ( peguam bagi Abdul Razak Baginda),
Hazman Ahmad ( Peguam Azilah Hadri), J Kuldeep Kumar ( Peguam Azilah Hadri ), Ahmad Zaidi Zainal, Kamarul Hisham Kamarudin ( Peguam Sirul Azhar Umar)
RAZAK BAGINDA
Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya. Beliau merupakan seorang penganalisis politik yang begitu prolifik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Analisis beliau tentang isu-isu politik dan pertahanan di Afghanistan, Iraq dan Palestin diterima umum sebagai pendapat atau senada dengan pendapat rakyat Malaysia.
Altantuya Shaariibuu, 28, dari Ulan Bator, Mongolia disyakki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
KELUARGA ALTANTUYA
10 November 2006 : Dr Shariibuu Setev (56) tahun) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 6 petang . Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan ke Hospital Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dan ujian sampel DNA. Polis bahagian forensik menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas Shaariibuu Mash-Muj untuk mengesahkan kesahihan identiti cebisan mayat yang dikutip oleh unit forensik di Empangan Tasik Subang . Sampel darah ibunya, Altantsetseg, 53 turut dibawa dari Mongolia. Sampel darah Altanchagai, 16 bulan, belum diambil lagi. Altanchagai sedang sakit dan sedang mendapatkan rawatan di Mongolia.
BACA ARTIKEL PENUH <<<---
06 July, 2007
Sirul letupkan Altantuya -- Azilah beritahu
Sirul letupkan Altantuya -- Azilah beritahu Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah – Mastor
Oleh AMIRUDDIN HARUN, NORAZLITA MOHD. SIES dan NOOR AZMAH IBRAHIM
|
|
SHAH ALAM 5 Julai – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri telah mendedahkan bahawa Koperal Sirul Azhar Umar adalah orang yang membunuh Altantuya Shaariibuu dan meletupkan mayat wanita Mongolia itu.
Azilah, tertuduh pertama dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, menyatakan demikian kepada Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan semasa soal siasat dijalankan pada November tahun lalu.
Asisten Komisioner Mastor Mohd. Ariff, 45, yang menyambung keterangannya dalam pemeriksaan utama sebagai saksi pendakwa ke-11 berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Syed Ismail kepadanya ketika Syed Ismail mengarahkan beliau membawa Sirul Azhar pulang dari Pakistan pada November tahun lalu untuk tujuan siasatan.
Ketika itu koperal polis berkenaan bertugas mengiringi lawatan Perdana Menteri ke Pakistan.
Menurut Timbalan Komander UTK Bukit Aman itu, beliau memaklumkan mengenai pendedahan Azilah kepada Sirul Azhar semasa mereka menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Bangkok ke Kuala Lumpur pada pukul 11.20 pagi 6 November tahun lalu.
“Masa dalam pesawat, saya telah beritahu dia bahawa saya telah diarahkan oleh Datuk Syed Ismail supaya membawa dia pulang ke Malaysia untuk disiasat berhubung kes kehilangan wanita Mongolia.
“Datuk Syed Ismail beritahu saya bahawa masa disoal siasat, Azilah telah mendedahkan bahawa wanita Mongolia tersebut telah dibunuh dan diletupkan dengan bahan letupan.
“OKT1 (Orang Kena Tuduh pertama) telah menyatakan bahawa dia (Sirul Azhar) adalah orang yang telah melakukan pembunuhan itu dan meletupkan mayat tersebut,” kata Mastor.
Di peringkat ini, peguam bela Azilah, Hazman Ahmad dan peguam bela Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar mengemukakan bantahan.
Menurut Kamarul Hisham, beliau percaya kenyataan Mastor itu adalah pengakuan anak guamnya dan ia perlu dibuktikan terlebih dahulu sama ada ia dibuat secara sukarela atau paksaan dan beliau memohon prosiding bicara dalam perbicaraan diadakan.
Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, apa yang diberitahu oleh saksi tersebut kepada Sirul Azhar boleh diterima dan bicara dalam perbicaraan hanya melibatkan pengakuan Sirul Azhar.
Hazman pula menegaskan, jika saksi itu terus memberi keterangan, ia akan dimasukkan dalam rekod mahkamah dan ini akan menimbulkan prejudis kepada mahkamah kerana ia adalah keterangan dengar cakap.
Katanya, selagi Syed Ismail tidak dipanggil menjadi saksi, keterangan tersebut seolah-olah menunjukkan tertuduh pertama itu ada membuat pengakuan kepada Syed Ismail.
Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin kemudian memerintahkan supaya bicara dalam perbicaraan dimulakan.
Prosiding bicara dalam perbicaraan dengan Mastor sebagai saksi pendakwa pertama diadakan bagi menentukan sama ada pengakuan yang dibuat oleh Sirul Azhar kepada Mastor di dalam pesawat MAS itu dibuat secara sukarela atau paksaan.
Perbicaraan kes berprofil tinggi itu yang turut membabitkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya masuk hari ke-14 hari ini.
Pada prosiding bicara dalam perbicaraan, Mastor berkata, beliau menceritakan pendedahan Azilah itu kepada Sirul Azhar dalam nada suaranya yang sangat tegas sebagai seorang ketua dan selepas itu, Sirul Azhar ada memberikan respons atau jawapan tetapi bukan atas desakan atau paksaan beliau.
Tun Abdul Majid: “Adakah kamu beri tekanan kepada OKT2 untuk memberi respons?”
Mastor: “Saya bertanya dan mengharapkan jawapan daripada dia.”
Tun Abdul Majid: “Ada guna apa-apa cara?''
Mastor: “Saya bertanya dan minta jawapan.”
Tun Abdul Majid: “Apakah perkataan yang kamu gunakan?''
Mastor: “Saya hanya bertanya dan meminta dia ceritakan perkara sebenar. Cerita ini telah terdedah dan Azilah telah memberitahu cerita sebenar dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan.”
Menurutnya, Sirul Azhar agak lambat memberi respons kepada pertanyaan itu dengan mengambil masa antara dua hingga tiga minit.
Saksi itu berkata, beliau tidak memberikan apa-apa janji, membuat ugutan, dorongan atau memujuk Sirul Azhar untuk memberikan respons.
Menggigil
Mastor memberitahu, Sirul Azhar juga dilihat berada dalam keadaan gelisah dan menggigil selepas beliau memaklumkan perkara sebenar.
‘‘Selepas Sirul Azhar memberikan respons, saya tidak ada memberitahunya apa-apa,” kata beliau.
Jelasnya, beliau tidak mencatatkan respons Sirul Azhar kerana pertanyaan itu dikemukakan olehnya sebagai seorang ketua yang ingin mengetahui perkara sebenar dan bukan sebagai pegawai penyiasat.
Beliau juga tidak menyatakan kepada Sirul Azhar tentang apa yang beliau akan buat mengenai respons tertuduh itu.
Setibanya di Malaysia dari Bangkok, kata Mastor, beliau telah membawa Sirul Azhar keluar dari lapangan terbang dan terus membawanya ke pejabat Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dengan kenderaan polis.
Semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau telah menghubungi Syed Ismail melalui telefon bimbit untuk memaklumkan mengenai respons Sirul Azhar.
Pada peringkat awal prosiding tersebut, Mastor memberitahu, beliau yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pegawai Pemerintah Unit Perjawatan Khas PDRM menaiki pesawat MAS MH 0785 bersama Sirul Azhar di Lapangan Terbang Bangkok serta ditemani oleh dua anggota UTK, Sarjan Jelima Tasiran dan Koperal Zamri Abu Bakar.
Menurutnya, beliau pada asalnya duduk di tempat duduk berasingan manakala Jelima dan Zamri duduk bersebelahan dengan Sirul Azhar tetapi selepas pesawat berlepas, beliau telah berpindah ke sebelah Sirul Azhar sementara dua anggota UTK itu beralih ke tempat lain.
Saksi pendakwa pertama dalam prosiding itu berkata, Sirul Azhar setuju mengikutinya pulang ke tanah air setelah beliau pada awalnya memberikan alasan bahawa bekas isteri lelaki itu telah membuat laporan polis berhubung masalah rumah tangga mereka.
Tun Abdul Majid: “Adakah dia mempercayainya?”
Mastor: “Jika saya beritahu alasan tersebut, pada pendapat saya, dia akan mempercayainya.”
Menurutnya, Sirul Azhar ada bertanya alasan sebenar mengapa dia dibawa pulang semasa transit di Lahore dan Bangkok tetapi beliau menyatakan perkara itu hanya akan diberitahu apabila mereka menaiki pesawat dari Bangkok ke Kuala Lumpur.
Ketika dalam perjalanan dari Islamabad ke Bangkok, katanya, keadaan fizikal Sirul Azhar agak resah walaupun dia tidak menyatakan yang dia tidak sihat.
Menjawab soalan lain, Mastor berkata, tugas Jelima dan Zamri adalah untuk mengiringi kepulangan Sirul Azhar dan mereka hanya mengetahui alasan sebenar tertuduh itu dibawa pulang dari Pakistan semasa dalam penerbangan ke Malaysia.
Terdahulu, semasa pemeriksaan utama, Mastor turut memberitahu, Sirul Azhar berlepas ke Pakistan pada 31 Oktober 2006 dan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur hanya melibatkan dua transit iaitu di Lahore dan Bangkok.
Semasa dalam pesawat dari Bangkok ke Kuala Lumpur, katanya, tertuduh ada menyerahkan kepadanya serangkai tiga anak kunci, sebuah telefon bimbit dan sehelai jaket kulit.
30 June, 2007
Alantuya : Suasana Hangat Di Luar Mahkamah
Alantuya : Suasana Hangat Di Luar Mahkamah |
Posted on Friday, June 29 @ 15:24:14 MYT by greenboc
Semalam sebelum perbicaraan kes pembunuhan kejam Altantuya berlansung, keluarga Altantuya yang diketuai oleh bapanya, Shaariiibuu Setev tampil dengan poster. Dia memegang poster bertulis ‘ Malaysia! Baginda’s team is proud of my daughter’s murder ’ manakala poster anak saudara Altantuya, Uuriintuya Gal Ochi bertulis ‘Hope justice will be done by the Malaysian court’.
Ahli keluarga Razak Baginda telah memakai pakaian kemeja-T yang tertulis "AND PROUD OF YOU" dengan pertalian persaudaraan dengan Razak Baginda tertera di hadapan baju masing-masing.
Kakitangan Razak Baginda juga dilihat memegang kain rentang yang bertulis "RAZAK BAGINDA'S STAFF AND WE ARE WITH YOU AND PROUT OF IT!!!"
Difahamkan bahawa keluarga dan kakitangan Altantuya berbuat demikian dengan tujuan memberikan sokongan moral kepada Abdul Razak Baginda di samping pada masa yang sama memberikan tekanan psikologi kepada kelurga Altantuya.
Kita hairan bagaimana keadaan sebegini boleh berlaku dan mengapa serta apa motif POLIS berdiam diri seolah-olah membiarkan provokasi dilakukan oleh pihak keluarga dan kakitangan Razak Baginda dengan pakaian serta poster sedemikian.
Malah akhbar-akhbar pedana di negara ini sendiri telah menampakkan ciri "berat sebelah"nya di dalam melaporkan kes pembunuhan kejam ini dengan "menghitamkan" terus watak mangsa iaitu Altantuya sendiri dengan menyatakan bahawa beliau adalah seorang model. Hal ini telah dinafikan keras oleh bapa Altantuya iaitu Stev Shariibuu yang mendakwa anaknya ialah seorang penterjemah profesyenal.
27 June, 2007
Bicara Altantuya
Razak hantar 2 lelaki ugut bunuh Altantuya
25-06-2007 08:58:23 PM
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Abdul Razak Abdullah Baginda, penganalisis politik yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu, telah menghantar dua lelaki untuk mencampak wanita Mongolia itu, serta dua yang lain, keluar dari tingkap dan membunuh mereka. Namiraa Gerelmaa, 23, dari Ulan Bator, Mongolia berkata beliau, Altantuya dan rakan mereka, Uuriintuya Gal Ochir, telah beberapa kali didatangi K. Suras Kumar, pembantu P. Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak, di hotel mereka menginap, untuk mengugut membunuh mereka. "Setiap kunjungan Suras tidak pernah mesra. Setiap kali dia datang, dia kata Razak Baginda menghantarnya untuk membunuh kami. Itu tidak menyenangkan," kata Namiraa ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, semasa sesi pemeriksaan semula perbicaraan kes itu. Namiraa: Suras datang ke bilik kami dua atau tiga kali pada Oktober 2006, bagi tempoh antara setengah jam dan lima jam. Pada satu malam, dia tidur di katil kami dari 5 pagi hingga 10 pagi. Kami berdiri, takut dan tidak tidur. Namiraa memberitahu mahkamah bahawa Balasubramaniam juga pernah sekali datang ke lobi hotel itu dan mengugut untuk mencampak mereka keluar dari tingkap bilik. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin: Awak dengar sendiri Bala mahu campak kamu dari tingkap? Berikutan kejadian itu Namiraa, sepupu kepada Altantuya, memberitahu mahkamah bahawa Altantuya dan Uuriintuya telah membuat laporan polis pada keesokannya berhubung ugutan dan ancaman oleh Balasubramaniam dan Suras Kumar terhadap mereka. Namiraa: Ketiga-tiga kami berasa tertekan. Bala dan Suras sentiasa mengugut untuk mencampak kami keluar dari tingkap. Setiap malam Suras datang ke hotel kami antara 3 dan 4 pagi, mengetuk bilik kami. Bala dan Suras selalu kata Razak Baginda akan bunuh kami. Namiraa: Pada paginya, Uuriintuya dan Altantuya pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Saya tahu dia amat tertekan. Dalam keterangannya lagi, Namiraa menafikan Suras Kumar menjalin hubungan rapat dengan seorang daripada mereka bertiga, seperti yang dicadangkan sebelum ini oleh Wong Kian Kheong, peguam yang mewakili Abdul Razak. Ketika ditanya oleh Wong dalam sesi soal balas, wanita Mongolia itu berkata kejadian mereka diugut oleh Balasubramaniam dan Suras Kumar itu bermula empat hari selepas kedatangan mereka ke Malaysia pada 8 Okt 2006. Namiraa: Untuk tiga atau empat hari, Suras mengetuk bilik kami, jadi kami beritahu pengurus hotel. Wong: Walaupun dengan adanya ancaman dan laporan polis dibuat oleh mendiang Altantuya, kamu masih pergi ke rumah tertuduh ketiga (Abdul Razak) dengan teksi pada petang 19 Okt 2006? Wong: Dengan mengambil kira ancaman dan laporan yang dibuat, tidakkah kamu bimbang keselamatan Altantuya apabila dia pergi seorang diri ke rumah tertuduh ketiga? Beliau tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela itu bahawa Abdul Razak tidak pernah menghantar kedua-dua lelaki terbabit untuk mengugut mereka bertiga. Dalam sesi soal balas itu lagi, Namiraa berkata beliau tidak pernah meminta wang mahupun tiket penerbangan balik ke Mongolia daripada Abdul Razak, malah beliau juga tidak mengetahui Altantuya ada meminta wang daripada tertuduh itu. Dalam prosiding pagi ini, Namiraa turut diasak soalan oleh Wong mengenai tujuan kedatangannya ke Malaysia pada 8 Okt 2006. Wong: Jumaat lepas (semasa memberi keterangan), kamu berkata kamu dan Uuriintuya datang ke Malaysia untuk mengikuti satu kursus? Wong: Kamu pergi tak ke mana-mana universiti atau kolej yang menawarkan kursus bahasa Inggeris? Namiraa tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela itu bahawa beliau boleh menghubungi institusi itu terus dari Mongolia tanpa perlu datang ke Malaysia kerana beliau tidak fasih dalam bahasa Inggeris (untuk menghubungi HELP). Saksi itu juga tidak bersetuju bahawa beliau berbohong mengenai tujuan kedatangannya ke Malaysia, dan semasa sesi pemeriksaan semula, beliau menegaskan kedatangannya adalah untuk melawat Malaysia dan meninjau kursus bahasa yang boleh dipelajari di negara ini, dan bukan untuk mengugut sesiapa. Namiraa, ketika disoal peguam bela Hazman Abdullah yang mewakili tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri, memberitahu mahkamah bahawa beliau mengikuti berita kematian Altantuya melalui televisyen pada 27 Nov 2006 setelah pulang Mongolia. Namiraa: Berita itu menyebut bahawa seorang wanita Mongolia dibunuh dengan kejam di Malaysia, ditembak dua kali dan diletupkan. Ada klip video mengenai mendiang, tempat berlaku kejadian, dan Razak Baginda, sebagai orang yang didakwa membunuh. Saksi itu juga berkata bahawa beberapa hari selepas melaporkan kehilangan Altantuya di balai polis pada 20 Okt 2006, beliau telah memberi kenyataan kepada pihak polis yang direkodkan oleh Sarjan Hussain Abu Bakar. Namiraa selesai memberi keterangannya hari ini. Perbicaraan disambung sebelah petang dengan saksi baru. Azilah, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, dekat Shah Alam, antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt tahun lepas. Abdul Razak, 46, pula dituduh bersuhabat dengan mereka. BERNAMA |