ANAK lembu berkepala dua mati sebaik sahaja dilahirkan di Kampung Lobong, Nambayan, Sabah, semalam.
KESUKARAN seekor lembu melahirkan anak di Kampung Lobong, Nambayan, Keningau, Sabah, semalam akhirnya terjawab apabila anak yang dilahirkan didapati berkepala dua. Menurut penduduk kampung yang dikenali sebagai John, lembu tersebut dilihat terbaring di tepi jalan pada pukul 7.30 pagi dalam keadaan lemah dan kaki anaknya terjulur keluar.
"Demi untuk menyelamatkan lembu betina itu penduduk kampung cuba menarik lembu berkenaan tetapi gagal. "Bagaimanapun penduduk akhirnya berjaya mengeluarkan anak lembu berkenaan selepas mengikat kaki dan tanduk lembu betina itu sebelum ditarik menggunakan kereta," katanya. Bagaimanapun, anak lembu itu didapati sudah mati
Gerhana penuh matahari pada semalam (22 Julai 2009) merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21. Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.
Di tempat saya tak dapat melihat gerhana matahari semalam kerana hujan turun semenjak lepas subuh lagi. Dengarnya orang Utara dapat menikmati pemandangan indah ciptaan Allah ini semalam.
Gerhana penuh dapat dilihat dari India dan China
Lagi gambar gerhana matahari 22 Julai di blog HOT PICTURES
Jika dalam bulan lepas isuhangat ada memberi video hangat di label download hangat kalimah Allah di langit Brunei, kali ini admin mendapat foto "kalimah Allah" dari gumpalan awan di langit Jakarta pula.
Tarikh: 22 Mac 2009 Tempat : Daerah Condet, Jakarta
Kejadian sebatang pokok kelapa mengeluarkan air tidak henti-henti menarik perhatian penduduk di Felda Gugusan Sungai Koyan.
Mereka menyifatkan kejadian itu agak luar biasa terutama pada Ramadan sekarang dan ramai penduduk menadah serta membawa pulang air itu untuk disimpan.
Seorang penduduk, Pakruzzman Ismail, 43, berkata sehingga ini pokok kelapa itu dipercayai mengeluarkan lebih 1,000 liter air. Lebih 300 penduduk sudah menadah dan membawa pulang sekurang-kurangnya tiga liter air setiap seorang.
Kejadian itu disedari oleh seorang peneroka yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada penduduk lain.
Berikutan itu, beberapa peneroka, termasuk Pakruzzman pergi ke tempat itu dan melihat ada lelehan air pada batang pokok berkenaan.
“Sebaik kulit itu ditarah, air dari batang pokok berkenaan memancut laju. Kami menebuk bahagian itu dan menyumbatnya dengan paip kecil sebagai saluran untuk memudahkan air ditadah.
“Rasa airnya agak payau tetapi lebih hampir dengan rasa air kelapa muda. Pancutan air itu keluar 24 jam dan masih keluar sehingga hari ini,” katanya ketika ditemui ditempat kejadian.
Bersesuaian dengan isu hangat kekeliruan penggunaan perkataan 'Allah' didalam penerbitan gereja Kristian.
Kelmarin Ahli Parlimen Baling, Dato Taib Azamuddin semasa pembahasan di Parlimen mengenai isu ini mengulas "Allah yang mana" yang mereka maksudkan. Kita biasa mendengar orang Cina menyebut 'Tuhan Alah'.
Sesiapa yang pernah mengambil subjek TITAS (Tamaddun Islam Tamadun Asia Tenggara) dahulu ada mengajar mengenai agama-agama mereka iaitu Hindu,Budha, Kristian dan sebagainya, juga yang tidak beragama dipanggil "pagan" serta yang tidak mempercayai agama di panggil ateis .
Agama Budha,Kristian dan Hindu dipanggil agama langit. Tutor saya ada menyebut mereka juga percaya Tuhan yang betul ialah Allah cuma mereka menggunakan perantaraan.
Di dalam Kristian, mereka mendakwa 'God' di dalam bible mereka tu adalah Allah iaitu bapa kepada jesus mereka dan suami kepada Mary mereka . Namun begitu tiada sepatah pun di dalam bible yang menyebut perkataan Allah. Begitu juga dengan agama Hindu dan Budha.
Namun begitu, orang Kristian di Indonesia telah menggunakan perkataan Allah. Contohnya lirik lagu Agnes Monica (Kristian) yang bertajuk "Allah Peduli".
Di sini jelas menunjukkan keburukan jika mereka dibenarkan menggunakan perkataan Allah walau pun tidak sama dengan Allah SWT kita.
Tidak mustahil orang Islam yang kerana fanatik atau pun jahil tentang Islam menyanyikan lagu tersebut. Saya yang kurang ilmu agama ni berpendapat adalah murtad menyanyikan lagu tersebut walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja kerana Allah yang Agnes Monica itu adalah bapa Jesus mereka.
Jadi kepada peminat Agnes Monica khasnya dan peminat lagu-lagu Indonesia amnya..berhati-hatilah! Mungkinkah Agnes Monica cuba mengkristiankan orang Islam!
Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti Mengapakah harus terjadi Di dalam kehidupan ini Su at u perkara yang ku simpan dalam hati Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti Allah peduli Segala persoalan yg kita hadapi Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri Sbab Allah mengerti
Allah mengerti Allah peduli Segala persoalan yg kita hadapi Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri Sebab Allah Yesus kumengerti
Saya pernah melihat pokok pisang berbuah di batang. tapi gambar ni menunjukkan buah pisang dari dalam perut pokok pisang itu sendiri.
Kekuasaan Allah, mungkin ada sebab saintifik kejadian pokok pisang berbuah di batang kerana kejadian ini walaupun pelik tapi kerap juga kita mendengarnya.