adsense

Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

31 May, 2009

Keajaiban di peperangan Gaza





Adakah Gaza masih dalam ingatan kita atau sedikit demi sedikit kita lupakan? Masih teruskah boikot anti produk Israel dan sekutunya? Sebagai refresh saya mendapat artikel yang menarik mengenai peperangan Gaza-Israel lalu.

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut

keajaiban Gaza
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.

Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Baca artikel penuh


"TEKNIK MEMBEBASKAN DIRI ANDA DARI HUTANG!...KLIK DI SINI"


"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"

Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Iklan Di ISUHANGAT!

02 March, 2009

Senyuman Syuhada di Gaza



Selamat tinggal dunia, selamat tinggal ibuku sayang, ayahku tercinta, isteriku, anak-anakku, kami tidak mati..kami hidup dalam syurga,

senyuman syuhada Gaza
Kami seronok dimandikan oleh malaikat diatas langit, diangkat kelangit bertemu Allah s.w.t, disambut oleh penghulu bagi para syuhada...syaidina Hamzah..singa Allah yang dikenali..

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

28 February, 2009

Hamas dan Fatah bersatu



Iklan online murah


Alhamdulillah, pemimpin tinggi Fatah ,kiri, Ahmed Qureiad dan Moussa Abu Marzouk dari Hamas ketika berunding untuk bersatu di Cairo, Egypt, Feb. 26, 2009. (AP Photo/Amr Nabil)

Fatah dan Hamas ingin memecahkan kebuntuan pertelingkahan sesama mereka untuk kepentingan rakyat Palestin. Semoga penyatuan Hamas dan Fatah dapat menjadi kenyataan supaya rakyat Palestin bersatu dan sekaligus dapat menghalang Israel dari terus membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Palestin.

Memang benar, hanya bersatu dapat mengalahkan kejahatan Israel. Jika rakyat Palestin sudah bersatu, Amerika Syarikat pun tidak boleh buat apa-apa.

Bagaimana dengan di Malaysia? Bila parti besar orang Melayu Islam iaitu PAS dan UMNO dapat bersatu demi agama,bangsa dan negara?

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

25 February, 2009

Fakta mengenai Palestin,Israel dan Mesir



peluang ubah hidup anda

Mesir....Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine...

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel.

(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT




RAHSIA LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN KERAJAAN (PTD) TERBONGKAR!!!

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

06 February, 2009

Penggunaan White Phosphorus oleh Israel

Your Car Solution providers



Pinjaman blacklist ok

Yahudi Zionis Israel menggunakan senjata WP alias White Phosphorus (fosfor putih). Senjata ini digunakan terhadap manusia, maka daya bunuhnya sangat mengerikan. Senjata ini berupa asap putih yang jatuh dari langit seperti kembang api.

Senjata ini pernah digunakan di Falluja oleh tentera AS semasa menyerang Iraq. Senjata ini biasa digunakan untuk menandai target tentera dan seterusnya akan dibom melalui serangan udara. Selain itu senjata ini juga untuk menutup dan melemahkan gerakan pasukan lawan kerana asap putih WP akan menggangu pandangan . Namun kesan dasyat dari WP ialah kemampuannya membakar tubuh manusia!

Lihat bagaimana Israel menggunakan white phosporus ini ke sekolah di Palestin.








Lihat koleksi gambar di Blog Untuk Sesama Insan



Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Dapat $1US P.ERCUMA dengan baca laporan!

Iklan Di ISUHANGAT!

30 January, 2009

Penyanyi Amerika buat lagu pertahan Gaza



Pinjaman blacklist ok




“Download” di SINI

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!

Iklan Di ISUHANGAT!

29 January, 2009

Imam Syafie berasal dari Gaza



Pinjaman blacklist ok

Salam,

Imam Syafie, imam mazhab rakyat Malaysia berasal dari Gaza. Fakta ni saja kurang "glamour".

Tahniah kepada Gaza kerana melahirkan seorang ulama yang hebat.

Menurut Dr Ahmad Asy-Syurbasi di dalam bukunya Al Aimmatul Arba'ah, Imam Syafie berasal dari daerah Ghazzah, Palestine dan membesar di daerah 'Asqalan.

Imam Ahmad pernah berkata, "Diceritakan daripada nabi bahawa Allah akan menghantar kepada umat ini seorang pembaharu agama, Umar Abdul Aziz dihantar untuk seratus tahun pertama dan aku berharap Imam Syafie adalah pembaharu abad kedua"

Imam Syafie seorang ulama hebat, beliau banyak menghafal hadith. Telah diceritakan bahawa beliau telah menghafal kitab Al-Muwatta hanya selama 9 malam. Beliau telah menyusun 13 buah kitab di dalam pelbagai bidang yang diguna pakai sehingga sekarang. Mazhab Syafie diikuti oleh rata-rata rakyat Malaysia, Indonesia, Brunie.

Kalau nak cerita pasal Imam Syafie, memang panjang.

Hari ini bandar Asqalan yang terletak lebih kurang 18 km dari Gaza itu dan merupakan salah satu wilayah Israel. Majoriti orang-orang di Gaza hari ini merupakan warga asal Asqalan yang telah diusir pada suatu ketika dahulu.

Asqalan telah dijajah. Gaza telah "dimusnahkan".

Wallahu'alam.


Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!

Iklan Di ISUHANGAT!

23 January, 2009

Mohamed Aboutreika



Pinjaman blacklist ok

Semua orang berbicara mengenai isu hangat perlantikan Obama. Obama dalam ucaptamanya mengatakan akan berbaik dengan dunia Islam. Entahlah..kalau betul apa yang dia cakap, pastikan Perdana Menteri Israel di hadapkan ke Mahkamah Perang Antarabangsa.




Mohamed Aboutreika pemain bolasepak Mesir yang menyokong Palestin tidak seperti Perdana Menterinya yang penakut tu..

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!

Iklan Di ISUHANGAT!

21 January, 2009

16 January, 2009

Sajak - GAZA ITU MEMANGGILMU

Pinjaman blacklist ok



tangisan itu memanggilmu,
ratapan itu merayumu,
suara wanita yang tidak bermaya
jeritan si kecil yang tidak berdosa
ratapan si tua yang tidak terdaya
darah pemuda yang ditumpah
nyawa perwira yang dimamah
kau biarkan mereka dilapah
suara sayu memanggilmu
bumi Gaza yang diserbu
dek bangsat yang penuh muslihat
tentera khianat yang dilaknat


tergamaknya kau bersahaja
cuma menjadi penonton setia
sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma
tanpa kau rasa duka
airmata dosa membiarkan mereka dihina derita
manakah janji bahwa kita bersaudara
darah Gaza akan menuntutmu di hari muka
kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan
bangkitlah dengan keinsafan,hulurkan tangan pertolongan
demi Tuhan! buat Palestin yang ditawan!

Oleh Dr. mohd asri zainul abidin,lampeter, wales, uk.11.1.09


Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!

Iklan Anda Di Sini!

13 January, 2009

12 January, 2009

Bagaimana nak tewaskan Israel





Saya teringat satu ceramah yang mengatakan antara kandungan protokol Yahudi ada mengatakan pihak yahudi sendiri mengatakan cara untuk menang dengan Yahudi ialah;

" Apabila umat Islam solat jemaah di Masjid untuk solat Subuh seramai seperti jemaah solat Jumaat"

Apakah maknanya?

Solat subuh adalah waktu yang singkat dan paling selalu ditinggalkan oleh orang Islam kerana waktunya yang dinihari, waktu sedap tarik selimut. Apatah lagi untuk pergi solat berjemaah di Masjid atau surau.

Solat berjemaah pada waktu-waktu biasa pun masih kurang walau pun masjid tersergam indah tetapi terdapat beberapa saf sahaja yang datang berjemaah, apalagi waktu solat subuh. Fenomena di Malaysia hari ini, walau pun pahit inilah kenyataannya solat jemaah di Masijd dan surau hanya beberapa kerat sahaja yang hadir berjemaah. Kadang-kadang hanya bilal dan imam sahaja yang berjemaah.

Yang tersirat dari kenyataan di atas ialah umat Islam mesti bersatu dan apabila kuat iman di dada semua muslim dan sedar kepentingan solat berjemaah. Di zaman Rasulullah SAW dahulu, kalangan sahabat akan memikul keranda di depan rumah sahabat yang tidak solat berjemaah di Masjid. Begitulah kuatnya Islam di zaman tersebut dan pihak Bani Israel pun pun tidak berani angkat muka.

Hakikatnya kita semakin lemah sekarang, saya menyeru kepada diri saya dan anda semua marilah penuhkan masjid dan surau, datang dolat berjemaah setiap masuk waktu bukan datang ke Masjid hanya pada hari Jumaat sahaja.

Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada saya.

Berikut pula ialah slide show power point yang bertajuk "Jahanam Israel" mengenai kekejaman Israel di Semenanjung Gaza untuk dikongsi .Download sekarang..





Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

10 January, 2009

Frederic Kanoute tunjuk sokongan kepada Palestin





Frederic Kanoute adalah seorang pemain bolasepak kelab Sevilla liga Sepanyol telah menunjukkan sokongannya kepada rakyat Palestin selepas menjaringkan gol semasa mewakili kelabnya menentang Copa.

Frederic Kanoute memeluk Islam semasa berusia 21 tahun adalah bekas pemain Spurs telah menyarung jersi ke kepalanya dan menunjukkan t'shirt dalamnya yang berwarna hitam dengan perkataan "Palestin" dalam beberapa bahasa. Tahniah kepada Frederic Kanoute yang berani menunjukkan pegangannya dan menyampaikan mesej ke seluruh dunia.

Frederic Kanoute yang berasal dari Mali adalah pemain terbaik Afrika tahun 2007 Akibat perbuatannya Frederic Kanoute telah dilayangkan kad kuning dan berdepan dengan tindakan yang mungkin dikenakan kepadanya oleh Persatuan Bolasepak Spanish




*Gambar dari Reuter

Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

09 January, 2009

Doa untuk rakyat Palestin





"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ...."




HIDUP PALESTIN!!
HIDUP PALESTIN!!
HANCUR YAHUDI!!

Lihat lagi kezaliman Zionis di Blog Sesama Insan



Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

Derma Palestin





Assalamualaikum wh wb

Saban hari, kita mendengar dan melihat di media massa berkenaan dengan "Holocaust" ataupun pembunuhan beramai-ramai di Palestin oleh Zionis Israel. Keadaan mereka yang daif, dikepung, dikenakan sekatan dan diperangi amat memilukan sekali. Prof Dr. Sheikh Yusof Qardawi telah mengeluarkan fatwa bahawa SETIAP ORANG ISLAM WAJIB MENOLONG RAKYAT PALESTIN yang menderita akibat diserang oleh Zionis Israel.

Bila bercakap tentang bantuan Kemanusiaan di Palestin, ramai yang ikhlas nak menderma sering bertanyakan soalan-soalan ini;

......"Macamana nak menderma"?
......"Kepada tabung mana yang saya boleh hulurkan derma saya"?
......"Boleh ke Tabung ini dipercayai"?
......"Sampaikah derma saya ini kepada orang Palestin"?

Pertubuhan Jaamah Islah Malaysia Negeri Johor telah menyediakan satu akaun khas untuk tujuan ini. Butirannya adalah seperti berikut;

Nama Akaun : Tabung Dana Palestin Pertubuhan Jaamah Islah Malaysia
No. Akaun : 01041010031695
Bank : Bank Islam (Tampoi, JB)

Untuk makluman pihak dermawan, derma yang masuk ke akaun ini akan disalurkan ke Al-Quds Institution di Beirut Lebnon melalui Pejabat JIM Pusat. Al-Quds Institution adalah sebuah NGO yang fokusnya adalah memberi bantuan kemanusiaan rakyat Palestin terutama sekali Pelarian Palestin yang dipengerusikan oleh Prof Dr. Sheikh Yusof Qardawi sendiri.

Semoga penerangan ringkas ini dapat menjelaskan akan tabung bantuan kemanusiaan rakyat Palestin ini. Dan semoga semua derma kita menjadi amal soleh yang diterima oleh Allah SWT.

Wassalam

Dr. Abdull Rahim bin Mohd Yusoff
Pengerusi
Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa JIM Johor


Bagaimana suri rumah mendapat RM4329.60 Dalam Masa 3 hari!
Iklan Anda Di Sini!

16 August, 2007

Dialog Bersama Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam---Mantan Rektor Universiti Islam Ghaza, Palestin.



HALUAN Malaysia telah menziarahi dan mengadakan dialog dengan Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam, yang merupakan Mantan Rektor Universiti Islam Ghaza, Palestin. Beliau juga merupakan salah seorang daripada 5 khatib jemputan di Masjid Aqsa, Palestin. Antara yang hadir ialah Presiden HALUAN Dr. Abdullah Sudin, Setiausaha Agung HALUAN Dr. Azizan Ahmad, exco-exco HALUAN, YDP HALUAN Selangor Dr. Ahmad Makinuddin Dahlan dan para aktivis HALUAN. Ikuti dialog HALUAN bersama dengan Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam.


S: Pendapat Syeikh tentang bagaimana kita khususnya umat Islam di Malaysia untuk membantu rakyat Palestin bagi menyatakan sokongan kepada mereka?


J: Kami merasakan bahawa umat Islam di Malaysia begitu mengambil berat permasalahan umat Islam dan membantu mereka bukan setakat permasalahan Palestin semata-mata bahkan di Iraq, Lubnan, Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Filipina. Mereka datang atas kepentingan agama dan melihat keadaan serta menerangkan pengalaman mereka dan mengumpulkan wang bagi yang memerlukan. Kini rakyat Malaysia telah menubuhkan pelbagai institusi atau pertubuhan seperti HALUAN dan Muslim Care untuk mengumpulkan kewangan yang berterusan kepada yang memerlukan. Kami merasakan umat Islam di Malaysia mengambil berat kepada mereka yang memerlukan dan ini merupakan kaedah untuk membantu mereka mengutip sumbangan bagi membantu mereka. Kaedah berikutnya adalah menerangkan isu ini di kalangan masyarakat kerana ramai di kalangan masyarakat tidak mengetahui permasalahan sebenar berkaitan Palestin. Isunya adalah Yahudi telah merampas tanah Palestin daripada penduduknya dan mereka ini datang dari kawasan luar seperti Eropah, Afrika, Amerika, Rusia, India.


Kita melihat pelbagai etnik Yahudi yang memasuki Palestin. Jadi kita hendaklah menerangkan kepada umat Islam seluruh dunia dan ini merupakan salah satu matlamat saya datang ke Malaysia selepas beberapa hari di Tehran, Iran untuk menerangkan isu ini dan menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam terhadap saudara mereka di Palestin. Ini merupakan matlamat utama kita. Kita tidak perlu menghantar jumlah orang yang ramai dari Malaysia untuk berperang dengan Israel bahkan rakyat Palestin tidak berhajatkan kepada jumlah yang ramai kerana jumlah rakyat Palestin sudah terlalu ramai dan mencukupi. Tetapi kita berhajatkan kepada saudara Muslim kita di luar seperti Malaysia, Iran, Indonesia untuk mengetahui keadaan kita dan membantu kita melalui saluran media, saluran politik dan sebagainya.


S: Berdasarkan apa yang berlaku di Palestin, adakah masalah yang berlaku ini merupakan ketentuan yang disebutkan di dalam Al-Quran atau Sunnah Nabi atau bencana daripada Allah SWT?


J: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dan memberi berita gembira kepada mereka:

"Tidak akan berlaku Qiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi?

"Akan sentiasa ada dari kalangan umatku mereka yang akan mempertahankan kebenaran?

Maka rakyat Palestin merasakan mereka merupakan golongan yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.


S: Keadaan di Baitul Maqdis khususnya perancangan Yahudi yang ingin membina Ma`bad (tempat ibadat) Haikal Sulaiman seperti yang didakwa golongan Yahudi dan mereka menggali terowong di bawah kawasan Masjid Al Aqsa dalam menjayakan misi mereka ?


J: Mereka (Yahudi) cuba untuk meruntuhkan Masjid Aqsa dan mendakwanya sebagai tempat ibadat mereka sedangkan pada hakikatnya tiada sebarang Ma`bad yang didakwa berada di situ. Mereka hendak mengumpulkan kaum Yahudi dari seluruh pelusuk dunia dan dalam usaha untuk menjadikan Masjid Aqsa sebagai tempat ibadat mereka lantas mereka mendakwanya sebagai Ma`bad Sulaiman A.S atau Ma`bad Daud A.S sedangkan sebenarnya mereka telah menipu. Tiada Ma`bad seperti yang didakwa.


Di satu bahagian daripada masjid digunakan oleh Yahudi untuk beribadat dan di bahagian lain digunakan oleh umat Islam untuk beribadah. Dari atas bangunan Masjid Aqsa umat Islam membaling batu ke arah Polis Yahudi dan menjadikan polis-polis tersebut mengambil masa yang lama untuk pergi ke sekeliling Masjid untuk menangkap mereka. Maka mereka menggali lubang di bawah Masjid Aqsa untuk memudahkan mereka menangkap umat Islam yang membaling batu kepada puak Yahudi. Ini adalah matlamat utama lubang ini digali. Dan matlamat kedua yang jarang disebut ialah untuk menjadikan asas Masjid Aqsa lemah dan tidak stabil, dalam usaha mereka untuk meruntuhkan Masjid Aqsa. Israel akan menggerudi bawah Masjid Aqsa dengan pantas di waktu malam sahaja dan kadang-kadang usaha jahat mereka disedari oleh para pemuda Islam lalu para pemuda ini akan menghalang usaha para yahudi ini.


Mereka cuba menghalang umat Islam khususnya golongan pemuda pemudi bawah 45 tahun dari memasuki Masjid Aqsa. Ini ada sebahagian daripada tekanan kepada orang Muslim di Palestin. Mereka berlagak seolah-olah Masjid Al Aqsa milik mereka dan kami tiada hak beribadah di masjid yang diberkati ini.


S: Apakah sumber kekuatan yang menjadi inspirasi rakyat Palestin?


J:Banyak faktor yang menjadi sumber kekuatan mereka. Pertamanya arahan daripada Allah SWT untuk memerangi mereka: "Perangilah mereka, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tanganmu dan Allah akan memberi kehinaan kepada mereka dan menolong kamu terhadap mereka serta melegakan hati orang-orang beriman." (9:14). Ini menjadi satu kekuatan bagi rakyat Palestin untuk melawan Israel. Keduanya adalah mempertahankan tanah suci mereka. Masjid Aqsa tidak seperti masjid yang lain kerana banyak sejarah dicatatkan di situ seperti kiblat pertama umat Islam,tempat Nabi Muhammad saw melalui peristiwa Isra` Mi`raj dan disebutkan dalam Hadis "Jangan kamu bermusafir kecuali ke 3 Masjid, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa." Ketiganya rakyat Palestin merasakan bahawa mereka tidak akan menerima penghormatan dari negara Arab dan negara Islam lain. Keempat mereka mempertahankan anak-anak, perempuan-perempuan, diri mereka dan lain-lain.


S: Sejak dijajah adakah Masjid Aqsa pernah dibaiki?


J: Sejak dijajah tidak dibenarkan sebarang proses penyelenggaraan terhadap masjid tersebut dan Alhamdulillah ia masih dalam keadaan baik dan kukuh lagi.


S: Pengalaman Syeikh sepanjang menjadi Khatib Masjidil Aqsa.


J: Khatib Jumaat di Masjid Aqsa terdiri daripada 5 orang. Kami dijemput dari luar Baitul Maqdis iaitu dari Selatan Ghaza, dari Utara Jenin dan Nablus dan dari Barat Ramallah dan Haifa` untuk menghubungkan antara Masjid Aqsa dan masyarakat seluruh daerah di Palestin. 2 orang lagi khatib dilantik dari penduduk yang tinggal berdekatan Masjid Aqsa. Setiap dari kami mempunyai giliran masing-masing. Sekiranya saya tidak mampu datang untuk menyampaikan khutbah, maka sesiapapun dari daerah lain akan datang untuk menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat. Apabila tentera Israel tahu giliran saya mereka akan menutup pintu Ghaza supaya saya tidak dapat datang berkhutbah di Masjid Aqsa. Apa yang kami buat ialah saya terpaksa bermusafir ke Jerusalem sehari lebih awal. Saya akan bermalam di rumah anak perempuan saya di Jerusalem. Pada pagi Jumaat tentera Yahudi akan terkejut melihat saya berkhutbah. Mereka tidak akan menghalang saya tetapi kami menggunakan sesiapa sahaja yang datang dari segenap pelusuk Palestin kerana saya merupakan Rektor Universiti Islam Ghaza dan kami mempunyai banyak bas yang membawa para pelajar kami ke Masjid Aqsa dan yang datang dari setiap daerah Palestin untuk meramaikan jumlah orang di Masjid Aqsa. Mereka tidak akan menutup setiap pintu sempadan tetapi mereka akan menutup pintu di mana khatib akan keluar ke Masjid Aqsa keesokannya. Selain itu sehari selepas saya menyampaikan khutbah iaitu pada hari Sabtu, mata-mata (pengintip) Israel akan datang bertemu saya untuk mengetahui tentang isi kandungan khutbah. Selain itu saya turut menerima tekanan dibuang daerah oleh mereka.


S: Pendapat syeikh tentang perbezaan antara Hamas dan Fatah.


J: Ada masalah utama antara mereka. Fatah ingin berdamai dan menerima perjanjian bersama Yahudi sedangkan Hamas ingin membebaskan Palestin dan mengembalikan hak rakyat Palestin dan mereka merasakan Yahudi merupakan perompak yang telah merampas tanah kami, maka mereka akan berbalah dengan Yahudi sehingga Yahudi meninggalkan Palestin. Jadi ia merupakan perbezaan paling besar antara Hamas dan Fatah.


S: Mengapakah rakyat Palestin mengundi Hamas?


J: Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Fatah kerana apabila bantuan disalurkan dari luar, mereka (Fatah) akan mengambil sebagai hak mereka tanpa mengedarkan kepada masyarakat umum. Mereka mengambil keuntungan untuk kepentingan diri mereka bukan atas dasar kepentingan umum. Jadi apabila tiba pilihanraya maka rakyat Palestin mengundi Hamas kerana HAMAS bukan sahaja menentang dan menghalau Israel tetapi juga amat mengambil berat menjaga kebajikan, kesihatan, makan minum dan keselamatan rakyat Palestin.


S: Bolehkah Hamas mencapai kemenangan ke atas Israel tanpa sokongan dari mana-mana pihak?


J: Ini bergantung kepada ketentuan Allah SWT.Kita tidak mampu memberi jaminan samada menang atau tidak. Antara perkara yang kami (Hamas) tidak ambil berat dan bimbang ialah memperoleh kemenangan kerana ia daripada Allah. Kami hanya mengambil berat 1 perkara sahaja iaitu terus memerangi Israel sehingga mereka keluar dari Palestin meninggalkan kami. Sesiapa yang begitu mengambil berat tentang kemenangan maka mereka ini mempunyai kepentingan daripada kemenangan seperti kepentingan duit dan bersenang lenang dengan keluarga mereka. Yang paling penting adalah kerajaan yang berkhidmat untuk kepentingan rakyat. Jika kamu tidak berkhidmat untuk kepentingan rakyat kami akan tinggalkan kamu. Sebagai contoh, kenderaan rasmi Kabinet Fatah berharga RM 1 juta (USD 250 000) sedangkan kenderaan rasmi kabinet Hamas seperti kenderaan pada tahun 1950an. Jadi Fatah merasakan satu kerugian atas kekalahan mereka di dalam pilihanraya kerana mereka mempunyai kepentingan di atas pilihanraya tersebut sedangkan kami tidak mempunyai apa-apa kepentingan melainkan menegakkan al Haq. Walaupun kami (HAMAS) memenangi pilihanraya namun hak kami mentadbir Palestin dinafikan. Mereka menangkap dan memenjarakan menteri-menteri kabinet Hamas sedangkan ini tidak berlaku kepada pihak Fatah ketika mereka memerintah.


S: Adakah berlaku peperangan saudara di antara Hamas dan Fatah?


J: Kita amat takut dan bimbang untuk berperang sesama kami kerana sangat berbahaya. Mahmud Abbas, Presiden Palestin mempunya 60 ribu tentera dan Hamas mempunyai beberapa ribu tentera. Jadi jika kami berperang sesama sendiri maka akan menguntungkan pihak Israel. Maka kami cuba untuk mengelak daripada bergaduh sesama sendiri.


S: Nasihat dan pesanan buat kami.


J: Pertamanya membina kekuatah ukhwah. Sentiasa bekerjasama antara organisasi dan sesama muslim. Kedua berterusan memberi kesedaran kepada masyarakat Islam khususnya di Malaysia mengenai perjuangan mempertahankan bumi Al Aqsa.


Terjemahan:
1. Ustaz Wan Mohd Nahar b Othman
2. Ustaz Wan Zaharuddin b Wan Ismail Al Hafiz
3. Ustaz Muhammad Muzakkir b Che Ani





Blog Widget by LinkWithin