adsense

Showing posts with label Pasir gudang. Show all posts
Showing posts with label Pasir gudang. Show all posts

30 August, 2007

49(1)(a) AKTA HASUTAN 1948 (ISU PERKAUMAN)



Jaga keharmonian -- Pihak cetus ketegangan kaum dikenakan tindakan tegas – PM

Oleh HATA WAHARI dan SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum.

Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan, apa yang dilakukan oleh pihak terbabit boleh memporak-perandakan rakyat dan negara ini.

Menurut Abdullah, negara boleh rosak sekiranya wujud golongan yang sengaja mengeluarkan kenyataan melampau tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat pelbagai kaum.

''Orang seperti ini langsung tidak fikir pasal kebaikan, perpaduan dan sensitiviti orang lain.

''Saya sebenarnya tidak kisah mereka memberi pandangan tetapi jangan sampai ia boleh memporak-perandakan rakyat dan negara,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO di sini.

Beliau menambah: ''Jika apa yang mereka katakan itu melampau dan boleh mencetuskan ketegangan kaum, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka.''

Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai kecenderungan sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan sensitif yang dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan kaum jika tidak dibendung.

Ketika diminta mengulas lanjut isu itu, Perdana Menteri memberitahu, golongan tersebut memang wujud dan akan cuba melakukan apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai.

''Mereka ini jenis manusia yang tiada kerja lain. Mereka hanya tahu bohong, bohong dan terus berbohong,'' katanya.

Perdana Menteri berkata, kumpulan itu juga sering menyebarkan fitnah yang sebenarnya boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

''Dalam Islam, fitnah ini merupakan dosa paling besar dan Allah akan melaknat mereka yang sengaja menyebarkan fitnah.

''Namun begitu, mereka ini bukan manusia yang faham mengenai kesan buruk akibat fitnah. Mereka tetap mahu melakukan kerja-kerja itu,'' jelasnya.

Sambil memberikan contoh khabar angin kononnya berlaku rusuhan kaum di Johor, beliau berkata, ia merupakan maklumat yang langsung tidak boleh dipercayai.

''Mengarut... mengarut. Ini merupakan satu lagi cubaan orang yang sengaja mahu menimbulkan satu isu yang boleh membuatkan rakyat rasa marah.

''Mereka pada asalnya tidak berjaya mempengaruhi rakyat, dan kerana itu mereka sengaja mengada-adakan terdapat ketegangan kaum di Johor. Ini semua satu bentuk pembohongan,'' ujarnya.

Menurut Abdullah, Malaysia dibentuk melalui satu nilai persefahaman yang jitu antara kaum sejak lima dekad lalu dan hubungan baik itu harus dipelihara sampai bila-bila.

''Sepanjang 50 tahun merdeka, kita telah menempuh hidup dengan rasa harmoni dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Perasaan ini perlu terus dipupuk dan dipelihara sepenuhnya,'' jelas beliau.


So sendrik mau ingat beb..

29 August, 2007

Berita Terkini Rusuhan Kaum Di Pasir Gudang

Pada malam tadi (28 Ogos 2007) jam 9.15 malam, bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Cendana telah berlangsung satu sessi penerangan berkenaan masalah yang sedang melanda penduduk kawasan P.Gudang amnya dan Taman Cendana Khasnya. Antara yang hadir adalah ADUN Plentong Datuk KS Balakisnan, Wakil Rasmi Datuk Khaled Nordin, Ketua Polis Daerah Seri Alam (OCPD Roslan), Ketua Kampung Mukim Plentong, Wakil-wakil Penduduk kawasan berhanpiran dan orang awam.

Majlis yang pada mulanya dijangka dihadiri sekitar 50~60 orang, tetapi sungguh luar biasa apabila bilangan yang hadir melebihi 500 orang yang datang dari seluruh pelusuk kawasan P.Gudang dan sekitarnya. Mereka datang dengan satu niat untuk mendapatkan maklumat yang tepat dari pihak berkuasa dan pemimpin yang dilantik.

Sessi penerangan yang dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Kampung Mukim Plentong itu dengan jelas menegaskan bahawa semua berita yang disebarkan oleh SMS, email dan lisan adalah khabar angin semata-mata. Memang tidak dinafikan terdapat beberapa kes yang berlaku di kawasan P.Gudang tetapi ia merupakan kes2 biasa dan terpencil dan rakyat tidak perlu bimbang kerana pihak polis sentiasa menjalankan tugas mereka dengan cekap untuk menjaga keselamatan penduduk setempat.

Wakil Datuk Khaled Nordin juga memberitahu yang Datuk Khaled Nordin berasa sangat kecewa dengan apa yang melanda penduduk P.Gudang. Malahan berita ini juga tersebar dengan cepat sehingga ke Kedah. Semua ini adalah KUASA SMS yang begitu mudah memperdaya rakyat dan hanya menguntungkan syarikat telekomunikasi dengan SMS-SMS yang dihantar.

Di dalam ucapan Datuk K.S Balakrisnan pula, beliau meminta penduduk supaya lebih menekankan soal pendidikan anak-anak daripada memikirkan SMS yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Datuk K.S Balakrisnan yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor juga meminta semua penduduk saling hormat menghormati dan mengeratkan perpaduan kaum demi kesejahteraan bersama. Di dalam mengakhiri ucapannya beliau juga melaungkan kalimah MERDEKA! sebanyak 3 kali dan diikuti oleh semua yang hadir.

Yang pasti majlis yang berlansung malam tadi dihadiri oleh kaum Melayu dan India yang dilihat begitu akrab, bergurau senda dan bertepuk tampar tanpa ada rasa takut dan saling membenci. Segala SMS yang dihantar hanyalah fitnah yang direka. Namun begitu, penduduk P.Gudang perlu berhati-hati dengan cubaan oleh pihak luar yang cuba merosakan keharmonian kaum di kawasan ini.

Untuk memudahkan penduduk menyalurkan maklumat atau aduan, pihak polis telah meletakkan 2 anggota mereka di ZON 11 iaitu di Taman Cendana untuk memantau dan membantu penduduk. Pegawai polis ini boleh dihubungi di talian 019-7040446 (L/Kopral Yusri)Panggilan telefon juga boleh dibuat terus ke IPK Johor di talian 07-2212999.

Sekian untuk makluman semua.

Selamat Menyambut UlangTahun Kemerdekaan Ke-50
















28 August, 2007

MESEJ PENTING untuk seluruh penghuni PASIR GUDANG!

Subject: Re: MESEJ PENTING untuk seluruh penghuni PASIR GUDANG! Mesti Baca
Salam,

Tuan-tuan, Puan-puan di jemput hadir ke

"Program Taklimat Keselamatan Pasir Gudang"

Oleh Ketua Balai Polis Pasir Gudang

Bersama -sama turut serta :-

- Datuk S.Balakrishnan ADUN Permas
- IPD Seri Alam
- Ketua Kampung
- Pegawai Perpaduan Masyarakat

Tempat : Perkarangan Blok Taman Cendana
Masa
: 8:30 malam
Tarikh
: 28 August 2007


Nota :-

Mengenai berita palsu isu perkauman yang tersebar luas melalui surat layang ,Internet & SMS

Saudara -Saudara di ingatkan supaya tidak menyebarkan atau memanjangkan lagi khabar angin mengenai isu-isu tersebut
yang mana boleh mengugat perpaduan antara kaum,sila serahkan kepad pihak yang berkuasa bagi menangani sesuatu isu

* melalui saat ini jangan panjangkan lagi mengenai isu ini
e-mail & SMS anda di perhatikan oleh pihak berkuasa yang menyiasat,

Sekian Terima Kasih

Mohd Azam Jamlus

Biro Penerangan & ICT
Pemuda Bahagian Pasir Gudang



Pak Lah juga dalam temubual di TV3 menggesa hentikan pembohongan atau fitnah berhubungan rusuhan kaum Melayu-India yang dikatakan berlaku di Masai Johor yang menjadi isu hangat warga Johor Bahru sejak Ahad lepas.

Diharap sempena menjelang Kemerdekaan Malaysia ke 50, rakyat Malaysia hentikan segala permusuhan kaum,perasaan benci membenci antara kaum dan sesama kaum sendiri kerana perbezaan idealogi politik . Isuhangat juga berharap warga muda terus meneruskan kemerdekaan Malaysia selama-lamanya. Saya juga ada menerima email dan sms berkaitan tetapi tidak akan dipaparkan di isuhangat kerana sayangkan keharmonian kaum Malaysia. Sejak akhir-akhir ini antara isu hangat Namawee dan isu Taman Cendana adalah cabaran yang diharap sama-sama kita tangani secara harmoni. PEACE TO ALL dan sendrik mau ingat beb!!

Blog Widget by LinkWithin